Pengorbanan

95 4 0
                                    

Wajahnya berang
Tempikannya rakus menggegarkan hati ini
Dia kelihatan penat
Dia tampak lemah hari berganti hari
Dia menempelak
Setiap salahku
Setiap onarku

Dia masih gagah
Menggalas beban yang tidak terpikul
Oleh sesiapun
Melainkan dia
Hanyalah Dia
Segalanya rapi terurus
Semuanya kerana Dia

Kuhidup dibesarkan oleh air tangannya
Suapan demi suapan walau penuh dengan keperitan
Walau hanya seekor ikan kering
Walau hanya sepiring nasi basi

Kekuatannya tidak tertanding
Bahkan pengorbanannya yang jauh mendada kelelahan
Butakah setiap insan bergelar anak?
Dimanakah mata hatimu yang diasuh dan dididik olehnya?
Bertunjangkan iman di dada
Kesabarannya tidak bisa kuukur
Ketabahannya tidak mampu kutafsir
Kegagahannya tidak terlafaz oleh hati nuraniku

Dosaku
Nakalku
Dendamku
Kekadang bermaharajalela
Menunding jari pada kekhilafannya
Mendabik dada mengangkuhkan diri dihadapan manusia itu

Sungguh aku berdosa?
Memacu setiap dendam kerana amarahnya
Menjadi mercu tanda kepada sang hatiku yang kelam diwarnai nafsu
Nafsu amarahku yang tidak berkesudahan

Dia
Ibuku
Tapak syurga yang utuh berdiri
Membina pembentukan rohani yang jitu
Aku kini sirna kekuatan
Citra hati dan iman seperti tidak kupelihara
Namun
Adanya dia
Aku tertabal menjadi insan mulia di hari muka
Hanya kerana sepetak pengorbanan yang luas
Hanya kerana sebatang jalan kesabaran yang tiada perhentian

Koleksi Puisi KehidupanWhere stories live. Discover now