02

3.2K 468 83
                                    

" sama ada budak tu memang terlalu suka kau ataupun budak tu sakit ota- " aku sumbat pemadam dalam mulut Sekup.

siapa yang perlukan perkhidmatan kawan yang bercakap tak henti, boleh bagitahu aku sekarang. daripada tadi dia tak habis-habis membebel. mahu berdarah telinga aku ni.

" biar je lah dekat dia. harap-harap lepas ni dia tak kacau aku sudah " aku pandang pelajar lain yang masuk lambat. okay sebenarnya waktu sekolah dah lama tamat. rutin harian aku yang sepatutnya lepas balik sekolah aku tidur, terus terbantut bila announcment dibuat.

dan korang perlu tahu benda yang paling aku benci selain sekolah dan kerja rumah.

KOKO!

bukan serbuk koko tu. ini kokurikulum. aku tahu ejaan dia koku tapi semua budak panggil koko.

apa kejadah koko hari selasa tho?

bukan selalunya hari rabu ke?

takpun sabtu?

and nak dijadikan cerita, disini lah aku. dikelas junior blok A bersama Sekup disebelah.

" dah? " soal Puan Shimmie shimmie kokobop mematikan lamunan aku. borang yang baru dia bagi tadi, aku angkat tinggi sebagai tanda aku dah siap isi. lepas Puan Shim dah ambil, aku lentokkan kepala atas meja.

mari kita perhati setiap inci muka Sekup yang huduh bak katak.

" berhenti buat aku malu "

lagak macam perempuan minta ditampar, Sekup tutup muka dia dengan kertas yang dipegang. tak lupa jugak, kepala aku ditolak supaya berhenti pandang wajah dia.

haihh, menyesal pulak usya dia ni.

aku abaikan Sekup dan pandang sekeliling kelas. seriously, budak-budak junior tahun ni memang jenis rare gila. aku perhati kelas ni pun dah macam zoo.

tengah aku usya kelas ni sambil bandingkan dengan kelas aku yang lawa nak mampos lepastu tambah pula aku kutuk, entah hawau mana baling kertas tepat kena kepala aku.

yer memang lah tak sakit tapi kepala woi!

KEPALA!!

dalam kepala ni ada otak. otak ni lah aku guna nak berfikir walaupun kadang-kadang tak de fungsi.

aku kutip kertas yang jatuh kat sebelah kaki kanan aku dan toleh belakang. sekor-sekor aku pandang sambil kemam bibir.

ok tak jumpa. kusyuk je diaorang isi borang.

" asal? " soal Sekup dan aku abaikan dia lagi.

tahi mana yang baling ni ehh. memang mak kau hi- eh mak mak jangan main. haa bontot kau hijau.

" cikgu! hakak ni kacau kitew! " aku baru nak toleh depan semula, ada sorang budak jerit. mula tu aku buat donno sebab aku fikir bukan aku tapi lepas Puan Shim datang hampiri, okay aku dah faham.

and satu lagi, wtfish is kitew???

" berapa kali saya pesan, jangan kacau pelajar lain "

" saya tak kacau sesiapa pun " aku larikan anak mata dari bertembung dengan mata Puan Shim.

" tipu! tadi dia pegang kitew" sekali lagi budak belakang aku ni menjerit. cakap biasa dah lah hawau. kau fikir aku pekak ke?

" wei kau jangan nak menipu ehh!! aku pu- " terdiam aku.

budak ni...

budak ni yang aku dengan Sekup jumpa tadi, kan?

yang duduk dengan geng muka minta kaki tu!

yang cuba mengorat aku tapi tak mengaku tu!

haaa betul lah budak ni!!!

" tengok... hakak ni diamkan? betul lah dia pegang kitew " budak lelaki ni pegang lengan Puan Shim lepastu goyangkan laju-laju.

benda sekarang ni dia ingat Puan Shim ni mak dia ke sampai nak goyang-goyang lengan macam tu?

" mana ada saya pegang dia "

" tipu! " dia jeling aku. ohh, kalau lah aku boleh cucuk mata dia sekarang.

" serius saya tak pegang dia pun, cikgu " aku angkat tangan kanan sebagai tanda sumpah.

" pegang tak pegang, jom kita sembang dekat balai ehh bilik saya "

=

𝗅𝗎𝖼𝖺𝗌 + 𝗄𝖺𝖼𝗁𝗂 𝖻𝗈𝗈𝗆 [2018]Where stories live. Discover now