PROLOG

140 15 3
                                    

Sebelum anda membaca novel ini, saya ingin memohon maaf terlebih dahulu kerana menyelitkan nama-nama artis Malaysia terkenal dalam novel ini. Novel ini hanyalah rekaan semata-mata tahap auta dan tiada kaitan langsung dengan artis-artis yang tertulis di sini. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf🙇.
Selamat membaca!

★★★

JOE Flizzow ditahan oleh dua anggota polis di kelab malamnya, Kelab 357. Dia dibawa ke arah kereta peronda dengan tangannya yang digari. Pintu kereta dibuka untuknya. Joe Flizzow memasuki kereta itu lalu kepalanya terhantuk sedikit pada bingkai pintu kereta.

"Hati-hati kepala tu!" tegur Sarjan Eiman memasukkan suspek ke dalam kereta.

Pintu dikatup rapat. Dua anggota polis itu menaiki kereta putih itu. Enjin dihidupkan. Koperal Zulhelmi terus memandu pergi dari situ.

"Malam ni, kita dapat 'ikan' besar!" kata Sarjan Eiman dengan ketawanya.

"Tuan mesti suka 'ikan' ni!" Giliran Koperal Zulhelmi pula ketawa.

Sepasang lampu depan sebuah kenderaan menyuluh kereta peronda itu dari tepi di sebuah persimpangan. Sarjan Eiman memandang cahaya itu lalu terbeliak matanya.

"Hati-hati!!!" jerit Sarjan Eiman melihat kenderaan jenis SUV dipandu laju ke arah kereta peronda itu.

Gedegang!

Kereta peronda Proton Inspira dilanggar kuat dari tepi lalu terbalik. Pemandu SUV itu menuruni kenderaannya lalu menghampiri kereta peronda. Kelihatan Joe Flizzow merangkak keluar dari kereta yang terbalik itu. Koperal Zulhelmi yang separuh sedar itu melihat suspek dilarikan oleh seseorang. Sempat lagi dia mengecam wajah pemuda itu sebelum pengsan.

★★★

PINTU dibuka. Koperal Zulhelmi memasuki ruang pejabat lalu melangkah ke mejanya. Punggung dilabuh di atas kerusi. Keluhan dilepaskan. Kepalanya yang tercedera, disentuhnya.

"Aduh!" keluh Koperal Zulhelmi, cuba menahan kesakitan.

Inspektor Ayda Jebat menghampiri mejanya seraya membawa secawan kopi. Dia melihat Koperal Zulhelmi kelihatan stres lalu menukar arah, mendekati rakannya itu.

"Stres nampak. Ada masalah ke?" kata Inspektor Ayda Jebat lalu menghirup kopinya.

"Mamat mana entah bawa lari suspek! Tapi, aku boleh cam muka mamat tu!" terang Koperal Zulhelmi.

"Hmm... mari sini! Aku tolong!" ujar Inspektor Ayda Jebat melangkah ke arah mejanya.

Inspektor Ayda Jebat duduk menghadap meja. Kertas kosong bersaiz A4 dan sebatang pensel 2B diambil. Koperal Zulhelmi mendekati kawannya itu.

"Okey, sekarang, bagitau apa yang kau nampak dekat muka suspek baru kita ni," pinta Inspektor Ayda Jebat.

Koperal Zulhelmi terus terang segalanya tentang ciri-ciri suspek baharu mereka itu.

15 minit kemudian,...

Lukisan potret siap dilukis lantas ditunjukkan kepada Koperal Zulhelmi.

"Betulkah suspek ni yang kau nampak?" tanya Inspektor Ayda Jebat inginkan kepastian.

"Ya, memang dia!" kata Koperal Zulhelmi dengan penuh yakin seraya melihat potret suspek itu.

"Kau tahu tak dia ni siapa?"

Koperal Zulhelmi menggeleng. "Tak tahu."

"Dia ni... adik aku, Arif Hakimi namanya."

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now