BAB 17-SERANG BALAS

36 8 3
                                    

MESYUARAT tergempar diadakan di markas Kru Joe Flizzow. Ami, Altimet, SonaOne, DJ Fuzz dan Zizan Razak menghadiri mesyuarat itu. Fathia Latif yang berada di sisi Ami, turut sertai, hanya memasang telinga.

"Rasanya, dah tiba masa untuk serangan balas!" kata Altimet, tegas.

"Aku tak setuju," nafi DJ Fuzz, dingin.

"Kalau dia orang datang menyerang dulu, macam mana?" kata SonaOne seperti menyebelahi DJ Fuzz.

"Tapi, aku setuju. Kita tak boleh duduk diam sahaja. Sebelum ni, kita asyik bertahan. Sekarang, inilah masanya. Kita tak boleh lepaskan peluang ni," kata Ami membantah kata-kata mereka berdua.

"Okey! Okey, bawa bertenang dulu! Sekarang, siapa nak ikut pelan aku, angkat tangan!" kata Altimet mengangkat tangannya.

Ami serta-merta mengangkat tangan. Baru dua orang.

"Saya join!" ujar Fathia Latif mengangkat tangan tiba-tiba, memberi impak besar terhadap Kru Joe Flizzow di situ.

Masing-masing terpegun dengan semangat yang membara di dada Fathia Latif.

"Okey, aku masuk!" ujar Zizan Razak baru bersuara seraya mengangkat tangan.

SonaOne dan DJ Fuzz terbeliak mata melihat Zizan Razak mengakuri rancangan Altimet. Masing-masing mengerutkan dahi. "What!?"

Empat orang daripada enam orang mengakuri pelan Altimet.

"Okey, memandangkan..." kata Altimet tersekat.

"Wait! I'm in!" ucap SonaOne mengangkat tangan akhirnya.

DJ Fuzz terkejut dengan keputusan SonaOne. Semua orang memandang DJ Fuzz.

"Cuma kau saja yang..." kata Altimet.

"Setuju. Aku setuju. Cuma malas nak angkat tangan saja," kata DJ Fuzz mengubah fikiran dengan gurauannya lalu tersengih.

"Okey, memandangkan semua dah setuju, apa pelan kau?" soal Zizan Razak memandang Altimet.

"Alright! Mula-mula, DJ Fuzz,..." kata Altimet melirik ke arah DJ Fuzz.

"Ya!" balas DJ Fuzz sepatah.

"Music, please!"

Serta-merta, DJ Fuzz mengambil radionya lalu memainkan satu lagu, menekan butang 'main'. Lagu Mambang nyanyian Altimet dimainkan.

"Bukan lagu nilah!" kata Altimet berwajah kosong, dingin.

"Eh!" DJ Fuzz memainkan lagu lain pula.

Lagu Bangkit nyanyian Salam, Altimet dan DJ Fuzz dimainkan. (Boleh dengar di video atas).

"Haa... Baru betul!" ujar Altimet tersenyum.

"Oh, saya tahu lirik ni!" kata Fathia Latif tersengih.

"Okey, serangan kita yang pertama, di sini!" kata Altimet meletakkan hujung jari telunjuk ke atas suatu pada peta Kuala Lumpur.

Mereka melihat mukim Segambut yang disentuh jari Altimet.

"Wah, Mont Kiara! Nice!" kata SonaOne teruja.

"Okey,..." kata Altimet hendak berucap.

Siap gerak gempur,
Sedia rentap tempur,
Redah onak lumpur,
Maju tiada undur,
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur,
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur.

HipsteriaWhere stories live. Discover now