BAB 14-KEBENARAN

34 8 0
                                    

"AWAK okey, tak!?" kata Fathia Latif merawat Ami di atas bangku.

"Saya okey. Hiccup!" balas Ami sedikit lega, masih tersedu lagi.

Mereka terdiam sejenak. Lengan Ami dirawat perlahan-lahan. Ami berdesis. Fathia Latif meletakkan kain tebal ke mulut Ami. Altimet sekadar berdiri di depan, melihat mereka.

"Tahan!" pinta Fathia Latif lalu memperbetulkan lengan Ami.

Ami menggigit kain tebal itu sekuat-kuatnya kerana cuba menahan kesakitan.

Krraakkk!!

Ami terlompat-lompat cuba menahan keperitan. "Sakitlah, awak!"

Jadi, beginilah lawan aku terasa apabila dirawat tulangnya, desis hati Ami memahami keadaan sebenar lawannya yang pernah menderita kerana dipatahkan tulang olehnya sebelum ini.

"Itulah balasan bagi orang yang sukakan patahkan tulang," kata Altimet, sekadar bergurau.

Ami sekilas memandang muka Altimet. "Kau nak aku patahkan tulang kau ke?"

"Rilekslah," Altimet mengerutkan dahi.

"Awak masih rasa apa lagi?" tanya Fathia Latif inginkan kepastian.

"Sakit kepala, pening, mual sedikit dan... sedu saya hilang," jawab Ami, jujur.

"Hmm... Taklah kronik sangat."

"Kenapa?" kata Altimet sepatah.

"Ami dah alami 'otak hitam'."

"Otak hitam?"

"Kesan minum minyak tadi. Nasib baiklah dia minum sikit saja," terang Fathia Latif lalu memandang Ami. "Itulah awak ni. Lain kali, tengoklah dulu air apa yang awak minum."

"Minta maaflah!" ucap Ami bersalah.

"Tak apa! Pagi esok, awak akan sembuh tapi awak kena makan ubat ni. Banyakkan minum air kosong. Lepas tu, rehat," terang Fathia Latif lalu mengeluarkan ubat dari beg tangannya.

Ami mengambil ubat pil itu. "Okay, thanks!"

"Jom saya hantar awak balik!"

★★★

AMI melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya seraya memegang lengannya yang sakit. Katil tilam dihampiri. Ubat yang diberi Fathia Latif, sudahpun dimakannya. Ami bergerak ke atas tilam lalu berbaring. Matanya terlelap perlahan-lahan. Lega rasanya.

Tiba-tiba, jam loceng di atas meja sebelahnya berbunyi menandakan pukul tiga pagi. Mata Ami terbuntang luas serta-merta. Jam loceng diambil lantas dicampak keluar ikut tingkap.

"Aiyoo anne!" kata penunggang motosikal berbangsa India yang terkena jam loceng tersebut, hilang kawalan lalu terlanggar tong sampah.

Keluhan dilepaskan Ami. "Aman sikit dunia," katanya lega lalu tidur.

★★★

LANGKAH diatur mengelilingi Tasik Titiwangsa pada pagi itu. Ami semakin sembuh dengan penyakit yang berpunca dari semalam. Dia terserempak dengan Fathia Latif ketika beriadah di situ. "Hai, awak!"

"Oh, hai!" balas Fathia Latif memandang Ami seraya menanggalkan fon telinganya. "Kan saya dah suruh awak berehat!?"

"Tak bolehlah. Bosan duduk dekat rumah," kata Ami mencekak pinggang.

"Bosan eh... Jom ikut saya ke satu tempat ni!"

★★★

BADAN Ami berasa lega duduk di atas kerusi urut di sekitar Sentral KL. Fathia Latif memerhatikannya dari jauh di atas bangku.

"Fathia Latiflah!!!" ujar sekumpulan gadis teruja.

Fathia Latif memandang gadis di situ. Mereka melambai tangan ke arahnya. Fathia Latif membalas lambaian. Menjerit-jerit mereka dibuatnya. Ami memandang ke arah punca suara itu lalu melihat Fathia Latif berswafoto bersama peminat, biarkan sahaja.

"Biar jelah dia tu!" kata Ami, dingin kembali merehatkan badan.

Ami terfikir sesuatu. 'Tapi, kan? Sejak bila dia ada peminat? Bukankah dia jururawat dari klinik ke? Ah, biarkan jelah!' Mata kembali berpejam.

"Kak Fathia, nak selfie sekali!" ujar seorang lelaki kepada Fathia Latif.

Mata terbuka luas sebaik mendengar suara itu lalu tertumpu pada Fathia Latif yang bersama peminat lelaki. Mesin mengurut yang Ami duduk itu terhenti. Ami terus menuruni kerusi itu lantas melangkah ke arah Fathia Latif. Dia semakin dekat.

Tiba-tiba, seseorang mengheret Ami ke tempat lain, jauh dari Fathia Latif.

"Hei, apa ni!? Lepaslah!" pinta Ami, geram.

"Janganlah bising!" pinta Altimet berjaket putih, dilindungi wajah dengan hud.

Ami hilang geramnya, melihat Altimet di depannya. "Kau Altimet!"

"Jangan cakap kuat-kuat!" kata Altimet, perlahan.

"Apa yang sedang berlaku ni?" soal Ami kehairanan.

Altimet berhenti melangkah lalu memegang kedua-dua bahu Ami. "Kami semua ada penyakit hipsteria, termasuk aku sekali."

"Hipsteria? Penyakit apa ni?" kata Ami mengerutkan dahinya.

★★★

"HIPSTERIA ni sejenis penyakit yang sudah terjebak di kalangan artis hip-hop sejak era 80-an dari negara Barat lagi. Cuma, ramai yang tak perasan pasal penyakit ni. Ini bukan kes pertama penyakit ni, dah banyak dah kes ni. Kes yang paling terbesar di NYC, New York, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Sekarang, tahun 2018, kes yang sama muncul lagi. Kali ni, di KL, Malaysia," terang Fathia Latif kepada Ami membentangkan tentang 'Hipsteria' di komputer riba.

"Whoa! Awak cakap pasal 'Def Jam Fight for NY' ke?" kata Ami teringatkan sesuatu. Padahal, itu permainan video sebenarnya, desis hati Ami, dingin.

"Ya, lebih kurang," kata Fathia Latif mengiakan kata-kata Ami itu tadi.

"Habis tu, apa kaitannya dengan artis pula?" soal Ami ingin tahu.

"Waktu siang, tempat terbuka,... kami berkawan. Waktu malam, tempat tertutup,... kami berlawan," terang Altimet, serius.

"Habis tu, kenapa aku boleh terlibat dalam hal ni?"

Tiba-tiba, telefon Altimet berdering lalu dijawab cepat, membuatkan persoalan tadi tergantung.

"Kartello Hello, bos!" ucap Altimet. "Ya, dia ada... Ha'a okey, malam nanti, kita orang pergi sana!"

Panggilan ditamatkan.

"Malique, malam ni, kita kena pergi ke Bilik Merah. Be ready!" pesan Altimet.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now