BAB 10-FFA TOURNAMENT🏆

42 9 3
                                    

MALAM melanda ibu kota lagi. Ami berdua-duaan dengan Fathia Latif sementara Altimet sedang berentap dalam pertarungan besar.
 
"Awak tak pergi tengok kawan awak berlawan ke? Support member ke dekat sana?" ujar Fathia Latif berjalan di sebelah Ami.
 
"Tak, sebab saya kena berlatih lagi," kata Ami menundukkan muka.
 
"Oh, begitu!" Fathia Latif faham. "Jadi, awak nak ke mana sekarang?"
 
"Tempat yang boleh melepaskan kemarahan."
 
"Okey, faham. Saya cadangkan awak pergi ke Bukit Setiawangsa. Sekarang ni, minggu pertama untuk bulan ni, kan? Jadi, malam ni, pembukaan tournament tu."
 
"Tournament apa?" Kening kiri Ami diangkat.
 
"FFA(Free for All) Tournament. Setiap hujung minggu akan ada pertandingan ni. Saya pernah masuk sekali, tapi kalah awal," ujar Fathia Latif tersengih, malu.
 
"FFA Tournament?" Dahi Ami dikerut.
 
"Awak tak pernah dengar ke?"
 
Ami menggeleng. "Tak."
 
Fathia Latif mengeluh kecil lalu bersuara, "FFA tu perlawanan yang mengambil tiga hingga lima orang pemain untuk berentap sesama sendiri. Hanya seorang sahaja yang masih teguh berdiri itu dikira sebagai pemenang. Macam last man standinglah."
 
"Tak faham," ujar Ami menggeleng.
 
"Kita pergi sana. Nanti, awak tahu."

★★★

SORAKAN orang ramai yang menyaksikan perlawanan besar itu jelas kedengaran. Perlawanan FFA itu berlangsung di estet bekalan tenaga elektrik sekitar taman perumahan di situ. Ami dan Fathia Latif menyaksikan perlawanan antara empat pesaing itu. Susuk tubuh mereka sasa benar.
 
"Patutlah awak kalah awal. Sekali kena tumbuk, keluar gigi jawabnya," kata Ami dingin.
 
Fathia Latif menampar bahu Ami, geram. "Janganlah ungkit lagi!"
 
Mereka melihat seorang pesaing teguh berdiri setelah tiga lawannya rebah ke tanah. Pengadil perlawanan mendekati pesaing itu lalu berbual sedikit sebelum pesaing itu beredar.
 
"Siapa lagi? Empat orang!" pinta pengadil itu menunjukkan empat jarinya.
 
"Cepatlah! Cepatlah!" ujar Fathia Latif menolak Ami.
 
"Okey, saya nak masuklah ni!" Ami melangkah masuk lalu melihat tiga pesaing memasuki arena.
 
Empat pesaing itu bersedia untuk berentap. Masing-masing menunjukkan wajah bengis. Orang ramai di sekeliling bersorak untuk mereka.
 
"Ready? Fight!" laung pengadil itu.
 
Serta-merta, empat pesaing itu berentap dengan ganasnya. Ami membuka langkah tinju tiba-tiba terhadap lawannya yang lemah sekali. Dia menendang lawannya berkali-kali lalu menyepak muka. Lawannya berundur beberapa langkah. Ami berlari ke arah lawannya lantas membuat tendangan udara. Lawannya terpelanting ke arah orang ramai lalu disambut, digenggam kuat-kuat.
 
"Cepat! Belasah dia!" ujar pemuda memegang lawan.
 
Ami mendekati lawannya lalu bergabung tenaga dengan orang awam merebahkan lawan. Lawannya ditumbuk kuat oleh orang awam lalu disambut Ami, diangkat serta-merta. Ami terus merebahkan badannya ke belakang seperti ahli gusti. Muka lawan dihentam kuat ke tanah. Dia tidak berdaya untuk bangun lagi.
 
Sasaran Ami ditukar. Serangan dibuat terhadap lelaki sasa yang masih tidak menerima kecederaan lagi itu dari belakang. Lelaki itu mengaduh kecil lalu menoleh ke belakang. Dia diserang oleh pesaing satu lagi pula lantas diserang Ami semula. Mereka berganti serangan sampailah mereka bergabung tenaga. Masing-masing memegang tangan lawan lantas menyepak perut. Lawan mereka terpelanting lalu terbaring. Kaki dipegang mereka pula lantas dipaksa membuka kangkang seluas-luasnya. Keperitan dapat dirasai.
 
Dua pesaing yang tertinggal itu saling berpandangan lantas menyerang sesama sendiri. Ami mengelak serangan terlebih dahulu lantas membalas serangan. Kaki Ami menyepak pinggul lawan lalu menendang perut pula. Lawan Ami terjatuh. Lengan lawan dikepit dengan kaki lalu...
 
Krrraakk!!!
 
Bunyi tulang patah jelas kedengaran, diikuti raungan perit. Ami melihat tiga lawannya tidak mampu untuk bangun. Semua orang bersorak untuk Ami. Pengadil perlawanan mendekatinya.
 
"Nama kau siapa?" tanya pengadil itu.
 
"Malique," jawab Ami.
 
"Okey, Malique. Minggu depan, kita jumpa di Kepong. Nama kau sudah dalam senarai ni."
 
"Okey."
 
"Okey, jumpa minggu depan!"
 
Bahu Ami ditepuk. Langkah Ami diatur beredar dari situ, mendekati Fathia Latif.
 
"Okey, bagi semua duit betting tu dekat saya ya!" ujar Fathia Latif menghulurkan tangan kepada orang tengah yang memegang duit pertaruhan.
 
Ami melihat duit taruhan yang diterima Fathia Latif. "Wow! Menang besar malam ni!"
 
"Mestilah! Saya dah agak awak mesti menang," kata Fathia Latif tersenyum.
 
Ami mengukirkan senyuman. "Jom!"
 
Tangan Ami membimbing tangan kekasihnya. Mereka beredar keluar dari estet itu lalu menaiki kereta Axia. Giliran Ami pula memandu.
 
"Awak menang berapa tu?" soal Ami bersahaja.
 
"RM1K," jawab Fathia Latif menunjukkan duit pertaruhannya.
 
"Wow! Cukup banyak tu! Nak buat apa dengan duit tu?" ujar Ami, kagum.
 
"SHOPPING! Tapi, bukan untuk suka-suka tau. Saya nak perbaiki diri awak tu. Ada sedikit kekurangan," jelas Fathia Latif, serius.
 
"Perbaiki diri saya?" Ami terpaksa akurinya. "Okay, fine!"

★★★

SELESAI memperbaiki diri Ami atas kerjasama Fathia Latif, mereka bergerak keluar dari Sentral KL. Kali ini, Ami berpenampilan lebih bergaya, berbaju kemeja putih berlengan panjang, berweskot hitam dan berseluar slack hitam serta kasut sneaker hitam bercorak merah. Sebagai tambahan, dia berkaca mata hitam. Sudah seperti seorang pelayan restoran bertaraf lima bintang.
 
"Hmm... sekarang lebih baik," puji Fathia Latif, berpuas hati.

"Ermm... Tia, nak buka telefon ni macam mana? Saya tak pandailah," ujar Ami memegang telefon Samsung J7 Prime yang baru dibelinya, tidak tahu menggunakan gajet itu.
 
Fathia Latif mengeluh. "Ketinggalan zamanlah dia ni😑."

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now