BAB 11-BERTAHAN

39 8 6
                                    

"STOP! Stop! Stop dekat sini je," pinta Ami menunjuk ke arah rumahnya yang berwarna biru langit itu.
 
Brek ditekan serta-merta. Kereta kuning itu berhenti di depan rumah kayu itu. Fathia Latif melihat sekeliling rumah itu, dilanda kebingungan.
 
"Awak... tinggal di sini ke?" tanya Fathia Latif inginkan kepastian.
 
"Ya, kenapa?"
 
"Tak ada apalah. Cuma... terasa pelik sikit."
 
"Apa yang peliknya?"
 
"Yalah. Gengster takkanlah nak tinggal dalam rumah kayu. Betul, tak?"
 
"Apapun, dapat tempat tinggal juga, kan? Terima jelah apa yang ada."
 
Fathia Latif berdiam.
 
"Baiklah, awak. Saya masuk dulu," ucap Ami lagi lalu memberi kucupan pada pipi kekasihnya itu.
 
Fathia Latif terpaku dengan kucupan itu. Pipinya disentuh. Matanya pula melihat Ami bergerak keluar dari kereta. Ami melangkah ke pintu rumahnya lalu membukanya, terus melangkah masuk. Fathia Latif memandu keretanya pergi dari situ sebaik pintu rumah Ami ditutup.
 
"Oh, ya! Altimet macam mana ya sekarang? Mungkin dia dah menang," kata Ami seorang diri.
 
Tiba-tiba, telefonnya berdering. Ami mengeluarkan telefon pintar itu lalu melihat nama yang tertera pada skrin—SonaOne. Panggilan diangkat.
 
"Ya, ada apa?" kata Ami berwajah kosong.
 
"Kau jangan cakap dengan Altimet! Angin dia tak elok sebab dia dah kalah teruk berlawan dengan Cat Farish tadi," balas SonaOne, serius.
 
Ami terpegun. "Apa!?"
 
"Ramai dah keluar dari team kita sebab pasal ni. Adeep pun keluar sama."
 
"Habis tu, kita nak buat apa sekarang?"
 
"Kita kena bertahan macam dalam rancangan tu."
 
"Okey, faham."
 
Panggilan ditamatkan. Nampaknya, perang dah bermula.

★★★

KRRAAKK!
 
"Siapa lagi nak conquer ini tempat?" kata Ami setelah mematahkan tulang lengan lawannya.
 
Seorang lawan dari Geng Salam melangkah masuk ke tengah arena di kawasan pembinaan yang terbengkalai sekitar Batu. Mereka berentap untuk kawasan itu. Sudah tiga perlawanan berturut-turut dimenangi Ami demi mempertahankan kawasan itu.
    
"Nampaknya, dia makin... hebat! Aku boleh akuinya," ucap Altimet, terpegun.
    
Tumbukan dilancarkan ke perut lawan. Lawan Ami terbongkok. Kaki Ami terus menendang kepala lawan dari bawah. Kepala lawan mendongak ke atas lalu perutnya ditendang kuat sampai terpelanting. Lawan Ami yang berbadan lebih tinggi daripadanya itu melihat Ami masih berdiri tegak.
    
"Aku tunggu ni," celah Ami memberi isyarat tangan, selamba.
    
Lawan Ami berdiri lantas berlari ke arah Ami. Mata Ami melihat lawannya kian dekat seraya membuat pengiraan;

     Momentum = Berat × Halaju
                               = 58 kg × 0.24 m/s
                               = 13.92 kg·m/s#

    
"You can do this!" monolog Ami dengan penuh keyakinan.
    
Lawannya yang kekal bermomentum 13.92 kg·m/s, kian dekat dengan Ami. Ami bersiap sedia membuat serangan. Lawannya memberi tumbukan padu.
    
Buuukkkk!!!
    
Ami sempat menunduk rupanya lantas menumbuk kemaluan lawannya dengan penuh kekuatan. Lawannya rebah tertiarap. Semua orang kagum melihat serangan tersebut. Hanya lelaki yang memahami kesakitan itu😯. Ami terus duduk di atas badan lawan yang tertiarap. Lengan lawan dipegang lalu ditarik ke belakang.
    
Krraakk!
    
Ami menolak ke depan pula.
    
Krreekk!!
    
Lalu terus menarik dan menolak semula.
    
Kraakkk!!! Krreeekk!!! KRRAAKK!!!
    
Bunyi tulang lengan itu seakan seperti skru pada rim kereta diputar keluar. Lawan Ami menjadi lemah, tidak berdaya untuk bangkit, bersuara apatah lagi. Ami bangun lalu memandang sekeliling. Matanya meliar mencari mangsa seterusnya.
    
Shaheizy Sam, orang kanan Salam melirik mata Ami dengan tajam. Ami mencelanya untuk masuk bertanding dengan senyuman sinisnya.
    
"Kita berundur dulu," arah Shaheizy Sam kepada orang bawahannya.
    
Langkah diatur pergi dari kawasan itu. Yang patah tulang lengan tadi itu diangkut kawannya. Orang-orang di bawah pimpinan Joe Flizzow mendekati Ami.
    
"Cayalah! Kita dapat bertahan juga tempat kita ni," ucap Altimet, kagum.
    
"Jom kita pertahankan tempat kita yang lain!" ajak DJ Fuzz menepuk bahu Ami, mula mempercayai orang baharu itu.
    
Fiquetional pula berasa dengki terhadap Ami, sudah pastinya.

★★★

DARI malam itu, Ami menjadi orang yang boleh bergantung harap untuk mempertahankan kawasan Kru Joe Flizzow... kecuali Fiquetional yang kian berdengki terhadapnya. Mukim Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju, Batu, Kepong dan sebahagian Bukit Bintang berjaya dipertahankan oleh Kru Joe Flizzow atas pengorbanan Ami. Enam malam berturut-turut mereka berjuang. Geng Salam sudah buntu untuk menyerang kawasan Kru Joe Flizzow, terpaksa berundur.
    
"Kita berundur," arah Salam kepada anak-anak buahnya yang teruk dibelasah.
    
"Kita jumpa di Bilik Merah," ujarnya lagi kepada Joe Flizzow, dingin sebelum membuka langkah pergi.
    
"Bilik Merah? Bilik apa tu?" soal Ami dilanda kebingungan.
    
"Kafe Merah, tempat Salam. Sekali kau masuk, kau tak boleh keluar macam tu saja," jelas Altimet.
    
Telefon Ami berdering tiba-tiba. Ami mengambilnya keluar dari poket seluar lalu melihat nama si pemanggil–Zhao Yen. Panggilan dijawab serta-merta.
    
"Helo!" ucap Ami.
    
"Helo, Ami! Lu di mana sekarang? Game mahu start ni!" kata Zhao Yen menunggu Ami dari tadi.
    
"Oh, tunggu sekejap! Nanti, aku sampai!" Baru Ami teringat tentang pertandingan itu.
    
"Cepat sikit!" kata Zhao Yen sebelum menamatkan panggilan.
    
Ami memandang Altimet lalu berkata, "Jom gerak!"

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now