BAB 18-SHAHEIZY SAM

36 8 0
                                    

Nota: MV di atas adalah bagi merancakkan lagi perlawanan...

LAWAN Ami ditumbuk di dalam sangkar. Perutnya terus diserang berkali-kali. Ami memberi sepakan ke muka lawan, membuatkan lawannya rebah. Badan lawan diangkat lalu ditolak ke pintu masuk arena berbentuk segi enam itu. Kepala lawan dihempuk kuat ke pintu sangkar. Pintu terbuka. Ami meletakkan kepala lawan di kekisi pintu lantas memberi serangan penamat, menghempap kepala lawan dengan menutup pintu dengan kuat. Kepala lawan menjadi bengkak. Lawan Ami rebah dengan kesan luka yang mendalam itu, tidak berdaya lagi untuk menyerang. Sekali lagi, Ami menjuarai satu pertarungan kalah mati. Pengadil perlawanan mendekatinya bersama satu trofi emas.

"Dah agak awak boleh menang!" kata Fathia Latif gembira melihat Ami mengambil trofi perlawanan itu.

Dari jauh, Geng Salam memerhatikan Ami, seakan-akan mahu mengambilnya sebagai rakan sekumpulan. Yang lain pun turut sebegitu. Mereka melihat Ami dan kumpulannya beredar lalu mengekori mereka.

★★★

KERETA Nissan Skyline dihampiri trio dari Kru Joe Flizzow. Tanpa disedari mereka, sebuah kereta jalanan dipandu perlahan di belakang mereka. Lampu depan sengaja ditinggikan-apatah lagi lagu When We Rise (seperti video di atas) yang dimainkan dengan suara tinggi-, menarik pandangan Ami, Altimet dan Fathia Latif. Lampu depan direndahkan semula. Shaheizy Sam menuruni kereta Subaru Impreza biru langit miliknya, diikuti dengan dua orang yang bersamanya - Cat Farish dan Fiquetional. Trio dari Geng Salam itu menghampiri trio Kru Joe Flizzow.

"Hei, Salam nak kau masuk team kita orang!" pesan Shaheizy Sam, serius.

Ami berlagak sinis. "Kau fikir, aku akan sertai kau orang ke? Memang taklah!"

"Kalau kau tak join kita orang, dia akan ugut kau!"

"Ugut? Ugut apa?"

Orang ramai yang lalu-lalang di situ menghampiri situasi genting itu, mengelilingi mereka berdua. Altimet membimbing Fathia Latif memasuki kereta terlebih dahulu.

"Dia akan pastikan, kau takkan sesekali hidup dengan aman. Dia boleh buat macam-macam, bro!" kata Shaheizy Sam berwajah serius.

Ami berwajah sinis mendengar kata-kata Shaheizy Sam lalu berpaling badan. "Sikit pun tak takut!"

Shaheizy Sam menolak Ami tiba-tiba dari belakang. Badan Ami terjatuh ke atas hud keretanya. Ami bangun semula lalu memusingkan badan ke arah Shaheizy Sam. Lawannya terus berlari ke arah Ami. Pantas, Ami melompat ke atas hud keretanya lantas membuat tendangan udara, menyepak muka lawan. Shaheizy Sam berundur sedikit. Licik juga si Ami ni. Shaheizy Sam mendekati Ami dengan langkah berwaspada. Ami membuka langkah sedia seraya menghampiri lawannya. Mereka berentap dengan fokus. Cekap juga mereka berlawan. Orang ramai yang berada di situ kagum dengan pertarungan tersebut. Shaheizy Sam serta-merta menangkap Ami lantas mencampaknya ke arah kereta Skyline. Badan Ami dihentam ke cermin depan kereta. Fathia Latif yang duduk di kusyen depan, terjerit kecil melihat Ami diserang secara kasar itu.

"Lebih baik kau tutup mata kalau tak nak tengok!" pesan Altimet kepada Fathia Latif.

Badan Ami terguling jatuh ke lantai lalu bangun semula, mampu bertahan. Ami melihat lawannya berlari ke arahnya, terus mengelak serangan. Dia berjalan jauh sedikit lalu melihat keretanya sudah rosak sedikit. Kemarahannya mula membara.

"Kau kasi rosak kereta aku!??" kata Ami, geram menunding jari ke arah keretanya.

Shaheizy Sam memandang Ami, bongkak. "Kenapa? Ada masalah ke?"

Ami melihat Shaheizy Sam mengambil batang pemukul yang dipegang Cat Farish itu lalu memukul kereta Skyline serta-merta. Kemarahan Ami kian meluap. Ami terus menyerang Shaheizy Sam dari belakang lantas menariknya ke arah kereta Impreza pula. Kepala lawan dihempuk ke hud kereta itu dengan kuat. Hud terbuka. Ami memasukkan kepala lawan ke dalam bonet depan lalu menghentamnya dengan hud berulang kali. Dia melepaskan segala amarahnya lalu mengeluarkan kepala lawan dari bonet depan. Hud ditutup semula. Badan Shaheizy Sam terus dicampak ke cermin depan kereta Impreza, seperti mana Shaheizy Sam buat terhadap Ami tadi. Batang pemukul diambil Ami lalu dihayun ke cermin pandang sisi kereta Impreza. Tercabut dibuatnya. Ami memukul cermin pintu kereta itu pula sampai pecah. Shaheizy Sam bangun lalu melihat Ami merosakkan keretanya. Dia menghampiri kereta Skyline lalu merosakkannya pula menggunakan batang besi kecil. Fathia Latif yang berada di dalam kereta itu terjerit-jerit, menarik perhatian Ami. Batang kayu di tangan Ami terus dilontar ke arah Shaheizy Sam yang memukul cermin keretanya. Ami menyerang Shaheizy Sam pula, bertumbuk pada muka dengan geram.

"Jangan kau cuba apa-apakan kereta aku!" kata Ami dengan penuh amarahnya.

Badan Shaheizy Sam ditolak ke tengah arena. Ami menyerang lagi. Tidak pernah dia kelihatan marah sebegini sebelum ini. Satu tendangan kuat pada perut lawan membuatkan Shaheizy Sam terpelanting ke arah kereta Impreza. Habis cermin depan pecah. Shaheizy Sam terduduk di kusyen depan. Cat Farish dan Fiquetional kaget melihat serangan kuat dari Ami yang berbadan kecil daripada Shaheizy Sam itu. Mereka memandang Ami, memang tidak mahu bergaduh buat masa sekarang ini lalu menaiki kereta Impreza yang sudah rosak teruk itu. Cat Farish memandu kereta itu pergi dari situ dengan segera. Ami memandang sekeliling, melihat orang ramai melangkah beredar lalu menaiki keretanya yang rosak sedikit.

"Jadi, kau memang tak nak join Geng Salam, kan?" soal Altimet tiba-tiba.

"Tak pernah terlintas dalam fikiran," jawab Ami, dingin.

Cermin depan yang sudah retak seribu itu ditumbuk serta-merta oleh Ami, membuatkan Fathia Latif terkejut. Sudah tidak kisah apa yang telah terjadi dengan keretanya. Enjin dihidupkan. Ami terus memandu pergi seraya menghirup angin semula jadi. Tidak perlu penghawa dingin lagi.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now