BAB 25-FIQUETIONAL

28 7 2
                                    

KERETA Subaru Impreza dipandu ke satu lokasi. Cat Farish memandang Ami yang duduk di sebelahnya. Ami berpaling muka ke arah jalan malam itu.

"Cuma satu lagi kau kena buat!" pesan Cat Farish beringat.

Ami menoleh muka ke arah Cat Farish, dingin.

★★★

KERETA berhenti di luar kawasan besi terbuang yang pernah adakan perlawanan sebelum ini. Namun, kali ini, suasana sunyi tanpa orang ramai. Ami menuruni kereta, ditemani Adeep dan Cat Farish. Mereka melangkah masuk ke kawasan lapang itu. Bunyi seseorang dipukul jelas didengar Ami. Susuk tubuh Shaheizy Sam dapat dilihat Ami dari jauh. Mereka menghampiri Shaheizy Sam yang sedang memukul Altimet. Shaheizy Sam memandang mereka bertiga, melihat Ami muncul.

"Haa... sampai pun kau! Ingat tak dapat datang tadi!" ujar Shaheizy Sam, dingin lalu memberikan kayu hoki kepada Ami. "Nah, pukul dia!"

Altimet memandang Ami. Mulut dan hidungnya mengalir darah keluar. Dia berkata, "Kau ikut kata hati kau, Mal!"

Kayu hoki diangkat tinggi-tinggi. Ami sudah buntu untuk membuat pilihan. Matanya dipejam. Kayu hoki itu terus memukul seseorang. Mata Ami dibuka lalu terlihat Adeep rebah terkena penangan kuat dari kayu itu tadi. Pandangan Ami dibuang ke arah Altimet. Ami tiba-tiba ditolak Shaheizy Sam lalu terjatuh. Pandangan dua ahli Geng Salam itu dituju ke arah Ami. Altimet melihat Ami dalam bahaya.

"Kau dah silap besar, kawan," ujar Shaheizy Sam, serius.

"Ya, silap besar!" kata Cat Farish menyampuk.

Altimet tiba-tiba muncul berdiri di antara mereka. Dia memandang dua musuhnya itu. "Ya, betul tu. Tapi, dia tak silap pilih kawan, kan?"

"Kalau macam tu, kita belasah je dua orang ni!" ujar Cat Farish, geram.

Ami dengan segera bingkas. Shaheizy Sam menyerang Altimet yang sudah separuh nyawa sedangkan Cat Farish menyerang Ami yang telah cedera teruk dengan perlawanan dengan Zizan Razak tadi. Ami mengelak serangan dari Cat Farish lalu membalas serangan, menyepak pinggul lawan berkali-kali dengan pantas. Kepala Cat Farish dipegang lalu dihentam ke tong sampah besar. Cat Farish rebah buat seketika. Ami memandang Altimet, melihat kawannya diserang Shaheizy Sam dengan teruk. Shaheizy Sam cuba mematahkan tulang tangan Altimet. Batang paip besi diambil Ami dari tong sampah. Langkah larian dibuka ke arah Shaheizy Sam. Ami terus memukul ke kepala Shaheizy Sam dengan batang paip itu. Shaheizy Sam rebah. Ami menghulurkan tangannya. Altimet menyambut tangan Ami, bingkas.

"Kau settle mamat tu. Biar aku settle dia ni!" arah Ami, serius.

"Okey!" balas Altimet, faham.

Altimet terus mendekati Cat Farish yang sudah lemah itu lantas menyerangnya. Ami pula memukul Shaheizy Sam dengan geramnya. Tangan Shaheizy Sam tiba-tiba memegang batang paip itu lalu mencampaknya ke tepi. Dia bingkas lalu menyerang Ami. Ami mengelak setiap serangan secara spontan. Shaheizy Sam cuba menangkap Ami tetapi Ami menepis tangannya. Ami menyepak kakinya dengan pantas. Langkah Meyraiyuth dibuka. Tubuh Shaheizy Sam diserang dengan kuat. Pangkal lengan ditumbuk pantas. Belakang badan turut diserang. Shaheizy Sam cuba menyerang Ami tetapi usahanya gagal. Dia cuba menyerang kaki Ami. Ami terus meloncat ke tepi. Shaheizy Sam mendapat baca pergerakan Ami. Sebaik Ami mendarat, Shaheizy Sam menyepak kaki Ami. Ami rebah.

"Aduh!" keluh Ami menyentuh kepalanya yang terhantuk pada tanah.

Ami memandang Shaheizy Sam, melihat 'pencabut nyawa' berdiri di depannya.

Ketangg!!

Shaheizy Sam rebah dek pukulan batang paip dari belakang. Altimet setia membantu Ami sebaik mengalahkan Cat Farish tadi. Dia menghulurkan tangannya. Ami mencapainya lalu menyambut. Dia bangun.

"Terima kasih! Minta maaf pasal sebelum ni!" ucap Ami.

"Tak apa, bro! Kau settle masalah kau tu dulu!" balas Altimet, setia

Ami memandang Shaheizy Sam lalu duduk di atas perutnya. Kolar baju digenggamnya. "Mana awek aku tu!?" Geram.

"Salam takkan biarkan dia hidup. Dia sendiri tak rancang semua tu. Kau tak mungkin boleh selamatkan dia, kawan. Redha je dengan semua ni!" ucap Shaheizy Sam, lemah.

"Aku tanya mana dia? MANA!!?? CEPATLAH!!" kata Ami dengan geram.

Shaheizy Sam memandang mata Ami yang penuh dengan kemarahannya itu.

KERETA milik Shaheizy Sam itu berhenti mengejut di depan kilang lama. Berdecit tayar dibuatnya. Ami memandang Altimet yang duduk di sebelahnya.

"Kau tunggu sini!" pinta Ami sebelum melangkah masuk ke dalam kilang lama itu.

Altimet sekadar melihat Ami memasuki kilang itu. "Semoga berjaya!"

Ami berjalan ke dalam kilang lama itu. Dia melangkah masuk ke pejabat kilang itu lalu menemui Fathia Latif yang terikat pada kerusi. Kesan luka kemalangan dibalut dengan kain kapas. Kepalanya tidak bertudung, membuatkan Ami berpaling pandangan ke tempat lain. Dia melihat Fiquetional menuang minyak tanah ke atas lantai kayu. Langkah diatur menghampirinya.

"Akhirnya, kau sampai juga," kata Fiquetional berbangga.

Minyak tanah habis dituang. Botol minyak dibuang begitu sahaja. Pandangan Fiquetional beralih ke arah Ami.

"Kau lepaskan dia dulu!" arah Ami, geram.

"Lepaskan dia? Tak semudah tu," ujar Fiquetional, dingin lalu mengeluarkan pemetik api.

"Kau nak buat apa tu?" Mata Ami terbeliak melihat api dinyalakan.

Pemetik api dijatuhkan dengan mudahnya lalu mengenai minyak yang dituang tadi, menyebabkan api mengelilingi mereka berdua. Fathia Latif berada di sudut ruang, memerhatikan api yang sedang marak itu. Dia makin cemas. Ami turut terkejut dengan api yang marak di sekelilingnya.

"AKU NAK KAU BERENTAP DENGAN AKU DEKAT NERAKA NI!" tempik Fiquetional dengan penuh amarahnya.

Fiquetional menyerang Ami serta-merta. Ami mengelak secara spontan. Kesan mabuk masih belum hilang lagi. Dia membalas serangan dengan mudahnya, menolak lawannya ke arah api. Sempat lagi melunjurkan kaki di depan Fiquetional. Fiquetional terjatuh ke dalam api yang sedang mengecilkan arena itu. Fiquetional tertiarap di atas api lalu dibakar satu badannya. Dia bangun, memasuki arena semula dengan api di badannya. Dia meraung kepanasan. Ami terus membuat tendangan udara ke perut lawannya. Fiquetional terpelanting ke dalam api yang marak. Badannya terbaring di atas api lalu rentung. Api makan tuan. Ami memandang Fathia Latif di sudut bilik itu lalu menghampirinya.

Altimet menunggu Ami muncul di luar kilang yang sedang terbakar itu. "Cepatlah, Malique!"

Tidak lama kemudian, Ami membimbing Fathia Latif yang berjaket hoodie keluar dari kilang tersebut. Ami yang bersinglet putih meletakkan Fathia Latif di dalam kereta. Fathia Latif sudah pengsan sejak Ami melepaskan ikatan tadi. Ami cuba membangunkan Fathia Latif, menggerakkan badannya.

"Sekarang, aku faham kenapa kau belot kita orang selama ni... dan kau tak perlu cerita semuanya dekat aku," terang Altimet, faham.

"Kau dah cerita segalanya. So, what's next?"

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now