BAB 19-CINTA ATAU SEKADAR KAWAN?

30 9 2
                                    

HUJUNG minggu muncul lagi. Malam itu, suasana menjadi hangat di kafe The Limit. Perlawanan FFA separuh akhir bakal bermula sahaja lagi. Kali ini, Altimet tidak menemani Ami kerana terdapat hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Fathia Latif sahaja yang menemani Ami di situ biarpun menemani Ami masuk tandas awam lelaki.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu tandas diketuk kuat.

"Kawan, aku cakap..." kata Ami memandang pintu, geram.

Pintu dibuka. Salam melangkah masuk. Shaheizy Sam dan Fiquetional menanti di luar. Pintu dikatup semula.

Air liur Ami ditelan. "Hei! Hai, Salam!"

"Saya mengganggu ke? Zip seluar kau tak tutup. Nampak bebird tu," kata Salam, dingin.

Ami memandang ke bawah, melihat zip seluarnya tidak tertutup lantas menutupnya depan-depan. Kacau daunlah si Salam ni!

"Aku bagi kau tawaran untuk kerja dengan aku. Joe dah tak ada kan sekarang!? Kerja je dengan aku." kata Salam melirik tepat ke mata Ami.

"Tunggu! Biar aku fikir sekejap!" Ami mengusap dagunya lalu kembali memandang Salam dengan senyuman sinis. "Tak!"

"Sekarang, tumpang lalu! Saya ada pertarungan yang perlu diselesaikan," tambah Ami melangkah ke pintu keluar tandas.

Fathia Latif memandang muka Salam yang serius itu lalu memandang wajah Ami. Tudungnya diperbetulkan. Perasaan resah mula dirasai. Mereka melangkah keluar dari tandas tanpa memandang Shaheizy Sam dan Fiquetional yang berdiri di luar tandas dari tadi. Salam berjalan mendekati dua anak buahnya itu. Mereka memandangnya.

"Macam mana?" tanya Shaheizy Sam, mudah.

"Aku serahkan hal ni dekat Fiq!" kata Salam mendatar.

Fiquetional tersenyum. "Dengan sukacitanya!"

Mereka bertiga memandang Fathia Latif yang bersorak di tengah kalangan penyokong Ami lalu membuka langkah beredar dari kafe itu. Fathia Latif tidak sedar dirinya sedang diancam, malah asyik tertumpu pada perlawanan itu.

"Cepat, Ami! Kau boleh buat!" sorak Fathia Latif, kuat.

Ami yang sedang bertumbuk dengan seorang lawannya itu memberi serangan penamat, menolaknya ke meja snuker. Lawannya terjatuh bersandar pada meja itu. Tendangan dilancarkan ke mulut lalu menyepak kepala lawan seperti menyepak bola. Lawannya itu rebah. Ami memandang dua lawannya yang lain, melihat seorang lawan tumpas di tangan pesaing lain. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal. Serangan terus dibuat sesama sendiri. Ami mengelak serangan dari lawan terlebih dahulu lalu menepis setiap serangan sebelum membalas. Dia menendang perut lawan depan-depan. Lawannya terbongkok seraya memegang perutnya. Ami memberi serangan hammerfist ke belakang badan lawan. Lawannya terjatuh tertiarap. Kakinya dipegang lalu diputarbelitkan. Mulutnya terus meraung kesakitan. Bunyi tulang kaki terpatah jelas didengar. Kaki dilepaskan. Lawannya itu menggelentar dengan serangan itu. Ami bangun lalu melihat tiga lawannya tidak mampu berdiri lagi. Mereka semua bersorak untuk finalis Kejuaraan FFA itu.

"Malique!" seru pengadil perlawanan itu lalu melontarkan sesuatu.
"Jumpa dekat bangunan lama!"

Ami memandang punca suara itu lalu menyambut duit yang dilontarkan pengadil. Mungkin dalam 2 ribu ringgit dalam jangkaan Ami. " Roger!"

Langkah diatur mendekati Fathia Latif yang setia di luar arena. Tangan Ami memeluk bahu kekasih malamnya itu.

"Jom!" ujar Ami sepatah mengukirkan senyuman lalu melangkah keluar dari 'kafe liar' itu bersama Fathia Latif.

★★★

JALAN raya diharungi kereta jalanan. Mereka berdua hanya berdiam dari tadi. Tiada topik yang hendak dikatakan.

"Fa..." ujar Ami hendak bersuara.

"Awak, saya nak tanya ni," kata Fathia Latif terlebih dahulu.

Ami terhilang kata lalu bersuara. "Apa dia?"

"Awak pernah bercinta dengan perempuan lain, tak?" tanya Fathia Latif berlagak dingin.

Wajah Ami jelas menunjukkan reaksi dingin. Dia berkata, "Seumur hidup saya, saya tak pernah dengar perkataan 'bercinta', tapi lebih kepada 'berkawan'. Awak faham, kan?"

"Habis tu, saya ni siapa bagi awak?" Fathia Latif menoleh muka ke arah Ami, inginkan kepastian.

"Kawan."

Dahi Fathia Latif dikerut. "What?"

"Dengar dulu apa yang saya nak kata. Please!"

Fathia Latif berpaling muka ke arah jalan malam di Bukit Bintang itu. "Cakaplah! Saya dengar." Dingin.

Ami menghela nafas lalu berbicara. "Saya... bukan budak-budak lagi. Bagi orang lain, saya macam budak mentah baru nak up."

"So?"

"So, saya lebih pegang kepada konsep 'kawan sampai kahwin' daripada konsep 'bercouple'. Senang! Sebab, persahabatan itulah menjadikan hubungan antara satu sama lain menjadi sempurna. Bukan macam couple, sejauh manapun bercinta sebelum berkahwin, belum tentu hidup akan sempurna, apatah lagi menjadi jodoh kita. Jadi, saya lebih kepada berkawan. Lagipun, saya tertanya-tanya, 'Mengapa ramai yang mahukan perhubungan 'couple' yang haram daripada hubungan persahabatan yang lebih mulia ni?'. Lagi satu, saya nak tanya awak," terang Ami panjang lebar.

Fathia Latif tersentak dengan kata-kata Ami itu, sekilas memandang Ami. "Apa?"

"Mampukah wanita seperti awak mampu menjaga martabat awak sendiri?"

Persoalan itu menusuk ke hati Fathia Latif. Dia cuba membalas kata. "Awak tahu tak kenapa saya pilih awak semasa awak teruk kena belasah waktu kita jumpa dulu? Ingat lagi, tak?"

Ami sekadar mengangguk, masih ingat ketika di kafe The Limit dulu.

"Sebab, saya tengok riak wajah awak macam tak ingin dengan perempuan bajet hot dekat situ. Sama juga waktu kita makan di McD, awak tak layan si perampas tu, kan?" tambah Fathia Latif.

"So?"

"So, saya pilih awak sebagai kawan... Eh, silap! Sahabat! Sebab dekat KL ni, saya tak pernah tengok lelaki macam awak. Jarang tau nak dapat lelaki macam ni. Sebab tu, saya pertahankan awak dari perempuan lain. Jadi, berdasarkan persoalan dari awak tadi, 'Mampukah wanita seperti awak mampu menjaga martabat awak sendiri?'. Jawapan saya adalah... Ya, saya mampu... demi awak," ujar Fathia Latif menikam kata ke hati Ami.

Ami berfikiran kosong sekarang. "Jadi, awak berpura-pura jadi girlfriend saya semata-mata nak berkawan dengan saya. Macam tu?"

"Ya!" Fathia Latif berwajah manis. "Macam mana? Hebat tak lakonan saya selama ni?"

Ami tertawa kecil. "Hebat sehingga tak terkata."

Fathia Latif ketawa lalu berkata, "Jadi,... Sahabat?"

"Sahabat."

★★★

KERETA Skyline berhenti di luar pagar rumah. Fathia Latif memandang Ami.

"Terima kasih, ya sahabat!" ucap Fathia Latif.

"Sama-sama. Selamat malam, sahabat," balas Ami.

Fathia Latif menuruni kereta lalu melangkah ke pintu rumahnya. Sempat lagi memandang Ami. "Balik tu hati-hati tau, sahabat!"

"Ya, baiklah." Mata Ami diguling.

Ami melihat Fathia Latif memasuki rumah dengan selamat. Pandangannya dibuang ke jalan pula. Kereta dipandu pergi dari situ. Tanpa disedari mereka berdua dari tadi, Fiquetional sedang memerhatikan mereka dari dalam Subaru Impreza.

Fiquetional menghubungi Salam. "Bos. Kita dapat rumah dia, bos!"

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now