BAB 6-FIRST DATE

61 11 3
                                    

MALAM melanda ibu kota lagi. Ami menunggu Fathia Latif di depan klinik. Dia bersandar pada kereta kecil kuning milik Fathia Latif seraya melihat empat staf klinik itu bergerak pulang.
 
"Bye!" ucap Fathia Latif kepada rakan sekerjanya seraya melambai tangan.
 
Fathia Latif melangkah ke arah keretanya lalu terlihat Ami berjaket hitam di situ. Dia mengukirkan senyuman manis. "Hai!"
 
"Bagilah salam dulu!" tegur Ami tersengih.
 
"Oh, hehe..! Assalamu'alaikum!"
 
"Wa'alaikumussalam! Sihat?"
 
"Alhamdulillah, sihat! Dah lama tunggu?"
 
"Tak lama. Lima jam lebih kurang."
 
Mata Fathia Latif terbeliak. "Lima jam!"
 
"Lima minitlah!"
 
"Oh!" Fathia Latif ketawa kecil.

"Kita nak pergi mana malam?"
 
"Kita... pergi shopping dulu. Saya tengok awak pakai jaket ni sejak kita jumpa lagi. Pagi tadi pun, awak pakai jaket ni. Tak panas ke?"

"Babe, man's not hot. Never hot," Lancar juga lidah Ami berbahas Inggeris, membuatkan Fathia Latif terpegun.

"Sskkkrrrrrrrrrrraatt!! Skidi kat kat! Boom!" Lirik lagu 'Man's Not Hot' rupanya.

Fathia Latif tergelak ketawa mendengar Ami menyanyi lagu itu. "Dah! Dah! Skrrat... skrrat pula dia ni! Jomlah kita gerak! Jangan sampai saya potong badan awak sekerat-sekerat pula!"
 
Mereka menaiki kereta kecil itu lantas beredar dari situ. Tanpa disedari mereka berdua, Altimet memerhatikan mereka dari dalam keretanya lalu mengekori mereka.

★★★

PASANGAN kekasih itu berjalan di sekitar Central Market. Ami melihat jarak antara mereka agak jauh sedikit, tidak seperti pasangan kekasih yang lain. Katanya, mahu menjaga ikhtilat.
 
Tiba-tiba, tangan Fathia Latif memegang tangan Ami secara tidak sengaja lalu menarik Ami ke kedai baju milik kawannya. Mereka memasuki kedai itu bersama.
 
"Selamat datang, Tia! Baju baru dah sampai," ucap pekerja kedai di situ, mesra.
 
"Betulkah?" kata Fathia Latif terpegun lalu memandang Ami. "Jomlah!"
 
Ami mengekori Fathia Latif dari belakang. Mereka menuju ke bahagian pakaian baharu. Banyak juga jenis pakaian di kedai itu.
 
"Okey, pilihlah baju yang awak nak. Saya belanja," ujar Fathia Latif tersenyum ikhlas.
 
"Sekejap!" tegas Ami, serius.
 
"Kenapa? Awak fikir saya tak ikhlas ke? Atau awak fikir baju di sini mahal sangat sampai saya tak mampu beli?" ujar Fathia Latif membuat andaian.
 
"Bukanlah! Saya tak fikir pasal tu pun," jelas Ami selamba dingin.
 
"Habis tu, apa?" Dahi Fathia Latif dikerut.
 
"Met, kau ikut kita orang, kan?" kata Ami menyebut nama singkatan Altimet secara dingin lalu menoleh muka ke arah 'model' di sebelahnya. "Betul tak, Encik Model?"
 
Altimet yang berdiri seperti model plastik itu terus mengeluh. "Yalah! Yalah! Aku cuma nak pastikan kau orang selamat je. Itu je."
 
"Kalau ya pun, janganlah sampai sembunyi satu badan! Macam pengintip musuh pula," kata Ami, dingin.
 
"Fine," ucap Altimet acuh tak acuh.

★★★

MEREKA bertiga melangkah keluar dari kedai pakaian itu. Ami dengan penampilan berbaju kemeja-T merah, berseluar jean biru muda dan berkasut sukan merah gelap. Nampaklah segak sedikit berbanding kebiasaan.
 
"Kan handsome abang kita ni!?" puji Altimet tersenyum sinis.
 
Ami menyigung tepat ke perut Altimet lalu memandang Fathia Latif semula. "Lepas ni, kita nak ke mana?"
 
Fathia Latif melihat penampilan Ami yang belum cukup sempurna lagi. Dia melihat gaya rambut Ami yang jenis sikat ke tepi. "Rambut awak tu... macam rambut budak baru nak up."
 
Ami terdiam mendengar kata-kata dari mulut kekasihnya itu. Altimet pula tertawa melihat kawannya terkena begitu oleh seorang perempuan. Ami terus menyerang Altimet, melepaskan geram.

★★★

KEDAI rambut sekitar Subang Jaya dimasuki Ami dan Altimet.
 
"Ya, selamat datang!" ucap tukang gunting rambut dengan ramah.
 
"Bos, kasi dia ni style nombor dua!" ujar Altimet menunjukkan jari telunjuk dan jari hantunya.
 
"Wokey!" balas lelaki mamak itu tersenyum seraya menggoyangkan kepalanya.
 
Ami melabuhkan punggung di atas kusyen hitam. Lelaki mamak itu terus menjalankan tugasnya. Altimet menunggu di sudut kedai itu seraya membaca majalah.

★★★

RAMBUT siap dipotong. Lelaki mamak itu mengesat peluhnya.
 
"Wokey! Siap!" ujar tauke kedai gunting rambut itu.
 
"Berapa harganya, bos?" tanya Altimet mendekati lelaki mamak itu.
 
"Tujuh ringgit 50 sen," kawan mamak itu.
 
Wow! Cuma, RM7.50 untuk rambut pacak depan. Memang terbaiklah! Desis hati Ami, puas.
 
"Jom, Malique!" pinta Altimet setelah membuat pembayaran.
 
Ami terus bangun lalu melangkah keluar dari kedai itu bersama Altimet. Fathia Latif yang setia menunggu di luar, melihat rambut baharu Ami.
 
"Wah, baru nampak hipster sikit!" ucap Fathia Latif terpegun.
 
"Hmm... alang-alang kau orang dah payung aku, bagilah aku payung kau orang pula. Kau orang nak apa?" kata Ami, ikhlas.
 
"Burger nasi lemak!" pinta Fathia Latif, pantas.
 
"Hmm...okey! Jomlah! Teringin juga nak makan," kata Ami, akur.
 
Pasangan itu terus menaiki kereta kecil buatan Malaysia itu, jelas diperhatikan Altimet.
 
"Haih, bahagianya dia orang ni!" ucap Altimet tersenyum lalu menaiki keretanya. Dia melihat kereta kuning itu kian jauh meninggalkannya. "Woi, tunggulah aku!"

★★★

SETELAH membuat pesanan makan malam di sebuah francais, mereka mengambil tempat makan di tingkat atas. Dari situ, mereka dapat melihat para pelanggan di tingkat bawah.
 
"Minta diri ke tandas sekejap!" pinta Fathia Latif tersengih, berdiri lantas melangkah ke tandas.
 
"Okey," balas Ami, ringkas seraya melihat kekasihnya pergi.
 
Dalam sedang memerhati pergerakan Fathia Latif, mata Ami terlihat seorang perempuan yang menikmati santapan seorang diri. Cuma sebelah satu meja sahaja jarak mereka. Perempuan tersebut melihat Ami memandangnya lalu mengukirkan senyuman simpul. Ami membalas senyuman biasa.
 
"Whoa! Kau jangan nak curang dengan awek kau! Awek kau dah cukup caring dan setia dengan kau tahu, tak?" nasihat Altimet, serius.
 
Kaka Azraf, perempuan itu menghirup air Pepsi sehingga habis lalu menghampiri Ami. Dia berdiri di sisi Ami. "Hei, nak keluar dengan I tak nanti!?"
 
"Minta maaf. Boleh saya bantu?" ujar Fathia Latif kepada Kaka Azraf muncul pada saat itu.
 
Kaka Azraf memandang Fathia Latif lalu berkata, "Itu bukan hal aku. Lu lambat macam mana? Itu bukan hal aku. Bukan hal aku!" Berlagak diva.
 
Fathia Latif ditolak tiba-tiba lantas menolak Kaka Azraf balik. Mereka terus memegang bahu sesama sendiri lalu cuba menolak lawan masing-masing sampaikan mereka terlanggar pagar berkaca lantas jatuh ke tingkat bawah bersama. Mereka terhempas ke atas meja makan, membuatkan para pelanggan terkejut. Ada yang terjerit-jerit. Ami dan Altimet melihat dua wanita itu dari tingkat atas.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now