BAB 9-PAGI AGRESIF

49 10 3
                                    

PAGI Sabtu menyinari penduduk ibu kota. Ami berjalan-jalan di sekitar Jalan Petaling, ditemani Fathia Latif.
 
"Selalunya awak buat apa waktu hujung minggu ni?" soal Fathia Latif, berjalan di sisi Ami.
 
"Hmm... selalunya berjalan macam ni seorang diri," jawab Ami, selamba lalu menoleh muka ke arah Altimet yang berjalan di sebelahnya. "...tapi sekarang, ditemani 'bodyguard' pula."
 
"Oh, tolonglah!" ujar Altimet, dingin. "Jom makan dekat sana tu!"
 
Mata Ami melihat papan tanda kedai itu. "Dragon House?"
 
Altimet menepuk bahu Ami. "Jomlah!"
 
Langkah diatur masuk ke dalam kedai makan itu. Sebuah 'pentas' jelas teguh di tengah-tengah. Terlihat dua pesaing berentap di gelanggang kayu itu. Mereka seakan-akan menunjukkan seni pertahankan diri masing-masing. Bahu Ami tiba-tiba dipegang dari belakang.
 
"Masuklah! Kau kan belajar tomoi? Masuk je lah. Rule dia cuma martial art sahaja," kata Altimet tersenyum.
 
"Hei, aku tak belajar martial art, okey! Aku cuma tahu bertinju, bertumbuk dan bergusti. Itu je," terang Ami, dingin.
 
"Pergi jelah! Teringin nak tengok Ami conquer tempat ni. Dahlah cantik tempat ni. Kalaulah ada laki yang sanggup conquer tempat cantik macam ni, mesti dia tu romantik orangnya," kata Fathia Latif bermanja.
 
Muka Ami merah mendengar kata-kata dari buah hatinya itu.
 
"Next!" pinta pengadil di tengah arena itu setelah pesaing yang kalah keluar dari arena.
 
"Okey, saya masuk!" ucap Ami dengan senyuman seribu satu makna lantas bergerak masuk ke arena.
 
"Goodluck!" ucap Altimet tersenyum.
 
"Buat elok-elok!" kata Fathia Latif memberi semangat.

Altimet dan Fathia Latif saling berpandangan, tersengih lalu menggenggam tangan dengan ibu jari terkeluar. "Cantik👍!"

★★★

TIGA perlawanan dimenangi berturut-turut. Altimet dan Fathia Latif menonton perlawanan itu seraya menikmati sarapan pagi mereka. Hampir 30 minit mereka di situ.
 
"Wah, 30 minit, empat perlawanan tanpa breakfast! Boleh tahan," kata Altimet, kagum.
 
"Dia belum breakfast lagi!?" ujar Fathia Latif terpegun duduk semeja dengan Altimet.
 
"Yalah... kenapa?"
 
"Semua orang perlukan sarapan pagi untuk mendapatkan tenaga ketika melakukan aktiviti-aktiviti harian. Tanpa sarapan, mereka mungkin akan menjadi lemah dan lesu kerana kekurangan kalori. Sebab tu, kita digalakkan bersarapan. Boleh tingkatkan tumbesaran tau!?"
 
Altimet terkunci mulut, tidak tahu hendak membalas kata seorang jururawat itu.
 
"Minum segelas susu pun dah cukup. Ada tiga jenis susu yang terbaik di dunia ni. Yang pertama, susu kambing. Kedua, susu lembu. Dan yang ketiga pula, susu Fernleaf. Saya selalu minum susu Fernleaf setiap pagi," terang Fathia Latif lagi.
 
"Untung si Malique tu ada perempuan macam kau," kata Altimet berwajah kosong.
 
Fathia Latif ketawa kecil lalu menukar topik perbualan, "Nama sebenar Ami ni apa? Dia tinggal di mana? Sebelum ni, dia kerja apa? Saya masih tak tahu latar belakang dia ni."
 
"Wah, soalan tahap STPM sudah! Jujur saya kata. Saya tak tahu nama sebenar Ami. Dia tinggal dekat Kampung Baharu. Saya tak tahu dia kerja apa sebelum ni. Tapi, dari sudut pemerhatian sayalah, mungkin dia pernah bekerja sebagai pengawal sebab kali pertama kami jumpa dia, dia memang mahir berlawan."
 
"Next!" ujar pengadil perlawanan.
 
Ami berasa dirinya kian berkarisma di situ. "Siapa lagi nak makan kaki aku?"
 
Altimet mengeluh kecil. "Tengok!"
 
Fathia Latif melihat kekasihnya masih bertahan di tengah arena. "Rasanya, dia bukan bekerja sebagai pengawal. Bagi saya, dia mungkin pernah alami kenangan hitam sebelum ini."
 
"Oh, ya! Dia pernah kata yang ayah dia dan adik dia dah tak ada. Cuma kakak dan ibu dia sahaja yang ada. Boleh jadi kemungkinan."
 
"Tunggu! Kalau dia tak ada ayah dan adik, cuma ada kakak dan ibu, siapa yang ajar dia tomoi?" Persoalan hangat itu ditujukan kepada Altimet.
 
"Mungkin ayah dia semasa masih hidup. Yang peliknya, dia belajar Meyraiyuth juga. Boleh tahan juga kekuatan dia di saat hujung nyawa."
 
"AMBIL NI!" jerit Ami memberi tumbukan padu ke muka pesaing kelimanya.
 
Lawannya terpelanting keluar dari arena itu. Permainan tamat serta-merta.
 
"Next!" seru pengadil.
 
Tiada orang yang berani menyahut cabaran menghadap lelaki itu.
 
"Satu... dua... tiga... empat... lima! Dengan ini, tempat ini menjadi milik..." kata pengadil itu membuat pengumuman lalu berbisik kepada Ami. "Siapa nama anak muda? Bawah pimpinan siapa?"
 
Ami kembali berbisik. "Malique di bawah pimpinan Joe Flizzow."
 
Pengadil itu terus membuat pengumuman semula. "Dengan ini, arena ini menjadi milik Malique di bawah pimpinan Joe Flizzow!"
 
Altimet berasa kagum terhadap Ami. "Memang bukan calang-calang orang dia ni."
 
"Tahniah, Ami!" ucap Fathia Latif melihat Ami datang menghampiri mereka.
 
"Terima kasih!" balas Ami tersenyum.
 
"Amboi, sekali perempuan puji kau, senyum ke lesung pipit!" tegur Altimet berpaling muka, dingin.
 
Ami menyigung perut Altimet yang berdiri di sebelahnya. Altimet mengaduh perlahan.
 
"Hmm... awak!" kata Fathia Latif, sedikit malu.
 
"Ya, awak. Kenapa?" tegur Ami tersenyum nipis.
 
"Hmm... awak kerja apa sebelum ni?" soal Fathia Latif ingin tahu.
 
"Tak kerja apa pun."
 
"Habis tu, awak belajar tomoi dari mana?"
 
Spontan Ami menjawab, "Dari ayah... tapi, ayah saya dah tak ada dah."
 
"Betul tak apa yang saya kata?" celah Altimet memegang perutnya.
 
"Oh, minta maaf pasal ayah awak! Mungkin saya tak perlu ambil tahu semua ni," kata Fathia Latif dilema.
 
"Tak apa. Benda dah lepas, kan? Tak payah nak ungkit balik," kata Ami memujuk Fathia Latif.
 
Padahal, bukan ayah aku yang ajar aku Muay Thai, tapi aku belajar sendiri. Aku dulu bekerja sebagai peniaga pasar malam je. Keputusan SPM pun tak seberapa nak sambung belajar. Bukannya macam kakak aku tu, jauh lebih cemerlang dari aku. Sebab tu, arwah ayah ajar kakak bersilat. Minta maaf, Tia sebab terpaksa berbohong, desis hati Ami, dilanda kekecewaan.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now