BAB 13-MABUK GASOLIN

34 8 2
                                    

"APA!??" Mata Ami kembali melihat botol lalu terbuntang luas. Memang betullah minyak gasolin dia minum!!!

"Awak okey, tak?" soal Fathia Latif kerisauan.

Ami terasa pening melihat sekeliling. Dia melihat Daly Filsuf diserang Shaheizy Sam.

"Malique!" seru Daly Filsuf meminta pertolongan.

Ami tidak mampu berbuat apa-apa. Dia semakin pening.

"MALIQUE!!!" teriak Daly Filsuf lagi.

Sorry, bro! Aku tak boleh tolong kau buat masa sekarang ni, desis hati Ami dilema.

"MAL..."

Krraakk!!

Laungan Daly Filsuf terhenti. Sasaran Shaheizy Sam ditukar. Terlebih dahulu batang ekzos buruk diambil dari tangan seorang penonton sebelum langkah diatur mendekati Ami. Penyokong Ami keresahan melihat bahaya menghampiri Ami-Fathia Latif apatah lagi.

"MALIQUE!!!" jerit Fathia Latif sekuat hatinya.

Ami menoleh muka ke arah punca suara itu. Secara spontan, dia mengelak pukulan batang ekzos dari Shaheizy Sam. "Apa? Siapa tu?" soalnya seraya melihat pandangannya yang kabur dan memeningkan.

Fathia Latif berasa lega melihat Ami mengelak serangan lalu kembali panik melihat Shaheizy Sam hendak memukul Ami lagi. "Jaga-jaga!"

"Jaga-jaga?" Ami kebingungan lalu memusing ke belakang.

Spontan, botol kaca yang dipegang Ami itu terkena kepala Shaheizy Sam lantas pecah. Minyak petrol yang tersisa di dalam botol itu membasahi lantai arena.

"Benda apa?" jerit Ami, tidak dapat melihat apa-apa dengan jelas.

Shaheizy Sam menahan kesakitan pada dahi kirinya lalu membuka langkah untuk menyerang. "Tak guna!"

Tiba-tiba, Shaheizy Sam terjatuh tergelincir dek minyak di atas lantai yang dipijaknya. Dia terbaring di depan Ami. Ramai yang mentertawakannya termasuk Daly Filsuf yang mula sedar sedikit dari pitam. Ami terasa loya sedikit. Shaheizy Sam yang terbaring di lantai, melihat Ami berdiri di sebelahnya. Tangan kanan Ami menutup mulutnya sendiri, seperti menahan sesuatu.

"Kau nak buat apa tu?" kata Shaheizy Sam mula gelisah.

"Uuwweeeeeeeeekkkk!! Errrkkk!!" Mulut Ami mengeluarkan sisa toksik dari perut. Habis air muntah membasahi badan Shaheizy Sam.

Semua orang berasa jijik melihat air kuning hijau tersebut. Ada yang mula terasa loya dan muak. Shaheizy Sam cuba menahan bau mual dari muntah atas badannya.

"Kau boleh muntah atas badan aku!" kata Shaheizy Sam, geram.

Ami berasa lega, tetapi masih pening sedikit. Dia mula mabuk. "Bro,... hiccup... lebih baik... hiccup... bro JANGAN... hiccup... MINUM AIR... hiccup... TU!!! HICCUP!" Tersedu-sedan Ami berkata, membuatkan orang lain hilang loya tetapi mula tertawa.

"Siap kau! Aku kerjakan kau!" Kemarahan Shaheizy Sam meletus.

Shaheizy Sam bingkas lalu menyerang Ami dengan tangan kosong. Ami mengelak, rileks sahaja.

"Alah... hiccup... janganlah... hiccup... terburu-buru sangat... hiccup... Kita rileks dulu... hiccup... Music, please! HICCUP!" kata Ami berdiri longlai, macam zombi dengan sedunya.

Zhao Yen memasang satu lagu serta-merta. Lagu Foo nyanyian Kumpulan M.O.B. bergema dari pembesar suara. (Boleh dengar di MV di atas).

"Whoa! Hiccup... Bro pernah... hiccup... dengar kan... hiccup... lagu ni? Hiccup... Macam mana... hiccup... lirik lagu ni? Hiccup... Aku tak ingatlah... Hiccup!" ujar Ami tersengih, mabuk.

"KAU DIAMLAH!" jerit Shaheizy Sam melepaskan kemarahannya.

Satu tumbukan dituju ke muka Ami tetapi berjaya dielak. Sempat lagi Ami menggenggam tangan lawannya yang sasa itu.

"Tak kena! Hiccup... Nak aku tolong ke? Hiccup!" cela Ami, selamba.

Krraakkk!!!

Shaheizy Sam masih bertahan lagi dengan serangan maut itu. Lengan kanannya sudah lemah untuk berlawan tetapi mampu berdiri lagi. Ami terpegun dengan kekuatan lelaki itu. Dia diserang pula, perutnya ditendang kuat sampai terpelanting badan. Ami rebah. Kakinya tiba-tiba dibelit dengan kaki Shaheizy Sam, cuba dipatahkan. Ami menjerit sekuat hatinya sebaik kesakitannya mula terasa.

"Habislah kau kali ni!" kata Shaheizy Sam tersenyum lalu ketawa.

Kettaanngggg!!!

Shaheizy Sam rebah serta-merta. Penderitaan pada kaki Ami terus terhenti, tetapi masih tersisa dengan kesakitan yang teramat perit. Ami melihat Daly Filsuf menghulurkan tangannya lalu mencapainya. Dia bangkit dengan keluhan kesakitan.

"Aduh, sakitlah! Hiccup!" keluh Ami, perlahan.

Mereka melihat lawan mereka tidak bangun dari lantai. Pengiraan terus dibuat. Satu... Dua... Tiga! Loceng terus berdeting, menamatkan permainan itu.

"Ya, kita sudah ada pemenangnya!" ucap Zhao Yen, teruja seraya melangkah masuk ke pentas.

Semua orang bersorak kepada Ami dan Daly Filsuf. Zhao Yen memberi kunci kereta kepada Ami.

"Nah, untuk kamu! Wa dah agak lu mesti menang punya!" kata Zhao Yen tersenyum lebar.

Ami mengambil kunci kereta itu. "Terima kasih! Hiccup!"

Zhao Yen memandang orang sekelilingnya. "Okay, everyone! The show is over!"

Pertandingan itu menjadi usai. Orang ramai mulalah bergerak keluar dari situ. Ami memandang Daly Filsuf yang masih berdiri di sebelahnya lalu memberikan kunci kepadanya.

"Nah, ambillah! Hiccup!" ucap Ami, ikhlas.

Daly Filsuf menolak tangan Ami ke dada. "Ambil saja! Aku okey ja nanti."

Mata Ami melihat Daly Filsuf melangkah beredar dari situ lalu ternampak Altimet dan Fathia Latif memasuki gelanggang. Fathia Latif mendakap badan Ami serta-merta, membuatkan Ami terasa sakitnya lagi.

"Sakit... sakit!" keluh Ami cuba bertahan. "Hiccup!"

Fathia Latif melepaskan dakapannya. "Oh! Sorry."

"Terbaiklah, Malique! Aku salute kau!" ucap Altimet, tersenyum lalu memberi tabik hormat.

Ami membalas tabik lantas terasa kesakitan pada lengan. Mulutnya mendesis lalu tersedu lagi.

"Jomlah saya rawat awak!" pinta Fathia Latif, resah sedikit.

"Awak datang... hiccup... sini dengan apa? Hiccup..." tanya Ami, ingin tahu.

"Naik Uber," jelas Fathia Latif, ringkas.

"Tolong pandu... hiccup... kereta tu... hiccup... untuk saya! Hiccup!" Ami menunding jari ke arah kereta Skyline GT-R biru itu.

Fathia Latif memandang kereta tersebut. "Boleh juga."

Lantas, mereka beredar dari situ. Fathia Latif memandu kereta Skyline, diekori Altimet yang memandu kereta Lan Evo merahnya. Ketika mereka hendak bergerak keluar dari kawasan itu, Ami ternampak susuk tubuh seorang lelaki sasa. Dia memandang Shaheizy Sam dan Juzzthin yang sedang berjalan.

"Hei, rilekslah! Hiccup... Ada banyak lagi... hiccup... kereta di luar sana... hiccup... tu!" kata Ami kepada duo itu sebelum bergerak ke depan lagi.

Duo itu kelihatan geram dengan kata-kata Ami itu tadi. Mereka melihat Ami mengeluarkan tangan yang menggenggam dengan ibu jari terkeluar secara terbalik itu👎. Sudah pasti Ami mencemuh mereka.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now