BAB 23-SONAONE

30 7 0
                                    

PERLAWANAN akhir FFA menjadi hangat dengan penampilan Ami di sebuah bangunan lama sekitar Cheras. Empat lawan yang lain terus menyerang Ami sebaik perlawanan bermula memandangkan Ami yang paling sukar untuk dikalahkan. Ami mengelak setiap serangan dari empat lawannya. Dia membuat serangan pantas. Seorang lawan diambil sebagai tebusan lalu ditumbuk dengan tiga lawan yang lain. Serangan mereka tersasar. Sebaik tebusan menjadi lemah, Ami mengepak lehernya. Seorang lawan tumpas. Ami menyerang tiga lawannya yang tertinggal. Dia menepis setiap serangan dari tiga arah sampailah Ami membalas serangan dengan pantas. Seorang lawan dari belakang rebah lalu dipatahkan tulang lengan kanannya. Ami menghadap dua lawannya lalu menyerang mereka. Serangan daripada mereka sempat dielakkan. Ami memegang dua kepala itu lalu menghempuk sesama sendiri. Dia menyerang salah satu darinya lalu memutarkan lengan, terus patahkannya. Seorang tumpas. Sasaran terakhir masih merasai kesakitan pada dahi. Dia melihat Ami tiada di depannya lalu mencari-carinya. Dia menoleh ke belakang lantas menjadi kelam dek penangan dari batang kayu buruk. Ami menjuarai acara itu untuk bulan ini. Duit kemenangan diambilnya secara dingin. Langkah terus diatur beredar dari situ tanpa sebarang kata.

★★★

ZOUK Club KL menjadi kecoh dengan pergaduhan antara Ami dan SonaOne di tengah kelab malam itu. Orang ramai mengelilingi mereka berdua seraya melihat pertarungan itu. Ada yang merakam mereka. Ada juga yang membuat pertaruhan. Ada pula yang memegang senjata pemukul untuk dua pesaing itu.

"Bro, ambil ni!" ujar seorang penonton memegang botol kaca.

Ami mengambil botol itu lalu memukul kepala SonaOne yang berada di genggamannya. SonaOne berundur beberapa langkah seraya memegang dahinya yang luka. Ami mengambil botol dari penonton lagi lalu menghirup air dari dalamnya itu. Arak membasahi tekak Ami. Satu botol dihabiskannya. Mindanya menjadi tidak keruan lagi. Cara Ami berdiri sudah tidak seimbang lagi. SonaOne menyerang Ami serta-merta, tetapi Ami sempat mengelak serangan secara spontan. Botol kaca yang dipegang Ami itu, dihayun mengenai kepala SonaOne. SonaOne rebah tertiarap di atas lantai. Lagu Firefly (boleh didengar di video atas) bergema dari pembesar suara itu. SonaOne bangun lalu melihat Ami menari tarian break dengan rancaknya. Dia menghampiri Ami seraya mengikut rentak lagu hip-hop yang sedang dimainkan itu. Serangan dilancarkan dalam keadaan menari. Ami mengelak serangan lalu membalas serangan. SonaOne turut mengelak serangan mabuk dari Ami itu.

"Come on, man! Let's dance in drunk!" kata Ami memberhentikan serangannya seketika.

SonaOne terus 'menari' dengan fokus. Tendangannya mengenai perut Ami. Ami berundur ke arah penonton lalu dipegang kedua-dua tangannya.

"Belasah dia!" arah penonton yang memegang Ami itu.

SonaOne terus berganding bahu dengan penonton tersebut, memegang kedua-dua kaki Ami lalu mengangkatnya. Tangan dan kaki Ami ditarik kuat. Buih sendi jelas didengar. Penonton melepaskan tangan Ami. SonaOne serta-merta mengangkat Ami ke udara lantas menghempasnya ke lantai. Muka Ami tersembam dengan kuat. Ami cuba menahan kesakitan pada hidung. Dia terasa seperti hendak menjadi gila. Dia bingkas dengan hidungnya yang mengalir darah keluar. Nyawanya seperti di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja dia boleh tumbang. SonaOne berlari ke arah Ami dengan botol kaca. Ami sudah tidak seimbang lagi lantas memberikan tumbukan ke depan walaupun dari segi pandangannya, SonaOne belum hampir dengannya lagi.

Bukk!!

Para penonton melihat seorang lelaki tumpas dengan mata terbuntang luas. Ami masih berdiri lagi. Matanya tertumpu pada SonaOne yang sudah rebah terbaring di depannya. SonaOne memandang Ami lalu mengukirkan senyuman sinis.

"You got my respect, man!" ucap SonaOne tersenyum.

Ami terus meloncat, membuat backflip lalu mendarat ke atas perut lawannya. Mulut SonaOne terbuka bersama jeritannya. Kaki kanan diangkat.

"Foot for breakfast!"

SonaOne terus menerima 'hidangan' dari kaki Ami. Mulutnya ditutup tanpa suara. Perlawanan tamat!

"Oh, keadaan makin teruk ni!" keluh Altimet memegang kepalanya, serabut.

Zouk Club KL menjadi milik Geng Salam pula. Sejak itu, Ami mula menawan kawasan Kru Joe Flizzow yang lain untuk Geng Salam. Keadaan bertambah teruk lagi bagi Kru Joe Flizzow.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now