BAB 2-JUZZTHIN

77 14 0
                                    

SETELAH selama hampir 24 jam bersembunyi, Ami melangkah keluar dari markas untuk menjalankan tugasan pertamanya. Dia ditemani Joe Flizzow, Altimet dan Fiquetional ketika meluru ke suatu tempat.

★★★

LANGKAH diatur masuk ke dalam sebuah gudang lama sekitar Kepong. Sorakan orang ramai yang menyaksikan perlawanan tertutup itu jelas bergema masuk ke gegendang telinga Ami. Mereka menghampiri arena yang dikelilingi orang ramai itu untuk menyaksikan perlawanan di situ. Pertarungan satu lawan satu sedang berlangsung di situ. Salah satu pesaing rebah dek tumbukan kuat pada muka. Dia kalah. Si pemenang pula berbangga. Orang ramai bersorak untuknya.

"Siapa lagi!?" kata si pemenang itu berdabik dada, bangga.

Tiba-tiba, Ami ditolak ke tengah arena itu. Dia terpegun lalu menoleh ke belakang. Fiquetional menyembunyikan tangannya, tidak mengaku tindakannya tadi. Dia kembali berpaling ke arah lawannya.

"Baiklah, budak! Malam ni, aku akan pastikan mulutkau berdarah," kata lelaki sasa itu lalu memecahkan segala buih pada jari-jemarinya.

Ami menelan air liurnya. Sudah terlambat untuk keluar dari arena.

"Jangan risau, Malique! Kau boleh buat!" kata Altimet memberi semangat.

Dengan kata-kata lelaki itu, Ami bersedia. Langkah permulaan dibuka. Ami mencemuh lawannya. Serta-merta, lawannya menyerang Ami. Dia cuba menangkap Ami tetapi Ami sempat membuat tindakan balas. Ami menumbuk perut berkali-kali sebelum menyiku muka lawannya. Tendangan pada pinggul turut dibuat. Serangan demi serangan tanpa henti menyebabkan pihak lawan tidak dapat berpeluang membalas serangan. Serangan diakhiri dengan tumbukan kuat pada pipi kiri lawan. Lawan Ami rebah, tak bermaya lagi. Orang ramai terus bersorak untuk Ami. Joe Flizzow dan Altimet berasa kagum dengan orang baharu mereka. Fiquetional bersikap dingin.

"Eleh, baru satu round! Bukan round ketiga lagi," ujar Fiquetional, dingin.

Lima minit kemudian, Ami sudah melepasi tiga perlawanan tanpa sebarang kecederaan. Fiquetional terpinga-pinga. Ami mendekati Joe Flizzow seraya mengesat peluhnya.

"Terbaiklah!" puji Altimet tersenyum.

"Nampaknya, kau makin hebat sekarang ya!" kata Fiquetional berpaling muka, dingin.

"Dah jom! Kita pergi ke tempat lain pula," pinta Joe Flizzow.

"Nanti dulu!" kata seorang lelaki dengan kuat.

Semua orang melihat susuk tubuh lelaki itu. Juzzthin rupanya yang memanggil.

"Kau orang nak ke mana? Awal lagi ni! Marilah masuk! Takkan takut??" kata Juzzthin seperti mahu mencabar Ami.

Semua orang terpegun dengan kata-kata dari pencabar itu. Bahu Ami dipegang.

"Ajar dia ni!" pinta Joe Flizzow, serius dingin.

Ami melangkah masuk ke dalam arena semula. Semua orang bersorak kagum.

"Marilah!" cemuh Juzzthin tersengih.

Ami menghampiri lawannya tetapi Juzzthin berundur perlahan-lahan mendekati orang ramai. Ami memberi tumbukan pertama ke arah Juzzthin tetapi serangannya berjaya dielak. Dia ditolak ke arah orang ramai oleh Juzzthin. Orang ramai menolak Ami balik ke gelanggang seperti memainkan peranan sebagai tali gelanggang. Juzzthin serta-merta menangkap Ami lalu memberi tumbukan padu ke muka Ami. Masih awal lagi untuk rebah. Ami berundur sedikit lantas diserang lagi. Mukanya ditumbuk kuat sampaikan mulutnya mengeluarkan sedikit darah pada hujung bibir. Juzzthin menangkap Ami lalu menghempas muka Ami ke tiang kayu di sudut arena itu. Ami rebah buat kali pertama dengan hidungnya mengalirkan darah keluar. Juzzthin berasa bangga.

"Macam mana sekarang? Sedap?" cela Juzzthin tersengih.

Ami bangun dengan keadaan lemah. Dia berdiri seperti orang mabuk. Kemarahannya sudah meletus. "Marilah!"

Juzzthin tersengih lantas berlari ke arah Ami. Tumbukannya sudah bersedia. Ami mengelak serangan kuat itu dengan selamba. Sipi-sipi sahaja hendak mengenai muka Ami. Juzzthin berhenti melangkah.

"Tak kena!" cela Ami mengejek.

Juzzthin menyerang Ami lagi. Ami hanya mengelak setiap serangan seperti orang mabuk.

"Apa ni? Tak kena pun!" cemuh Ami, selamba mengelak serangan.

Sebaik Juzzthin terhenti langkah rentapnya, Ami terus membuka langkah baharunya-Meyraiyuth. Setiap serangan yang dibuat Ami itu menghasilkan bunyi seakan seperti tulang patah. Juzzthin sekadar meraung kesakitan yang amat. Ami terus merebahkan Juzzthin lantas menghimpit kepala lawan dengan kedua-dua kakinya. Serta-merta,...

Kraakk!!!

Perlawanan tamat! Dengan leher yang telah dipatahkan, Juzzthin tidak berdaya untuk bangun lagi. Ami melihat sekelilingnya.

"Siapa lagi?" tempik Ami macam orang mabuk sewel.

Semua orang berdiam. Tidak mahu mereka ingin bertarung dengan lelaki sewel itu.

"Aku tanya, 'siapa lagi?'!" kata Ami, lebih kuat.

Masih berdiam tanpa suara. Hanya suara Ami yang bergema di gudang terbiar itu.

"Okey kalau macam tu," kata Ami membuka langkah pergi dari situ, dingin.

Altimet membimbing Ami keluar dari situ. Seorang lelaki menegur Joe Flizzow.

"Cantik perlawanan tadi, bos. Orang baru kita ke?" ujar SonaOne terpegun.

"Yes, dia orang baru kita," balas Joe Flizzow memandang anak buahnya yang paling berkarisma itu.

"Nice, bos! Bukan calang-calang orang ni," kata SonaOne lalu ketawa kecil.

Fiquetional yang mendengar kata-kata pujian itu membuatkan dia bertambah dengki dengan si Ami itu.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now