BAB 4-FATHIA LATIF

82 12 3
                                    

KEESOKAN malam, Altimet yang menjadi peneman Ami, melihat kawan baharunya itu beraksi di tengah kafe The Limit. Pemilik kedai hanya membiarkan mereka berentap kerana sudah menjadi kebiasaan di situ. Orang ramai pula menyaksikan perlawanan antara Ami dan seorang lelaki kecil.

"Makan ni!" pinta Ami memberi tumbukan padu.

Lawannya rebah ke lantai. Kemenangan milik Ami... lagi! Ami menghampiri Altimet yang dari tadi perhatikannya.

"Nice game!" puji Altimet terhibur.

Ami menghirup air kopinya yang tertinggal. Dia memandang kawannya itu. "Selama aku hidup dekat KL ni, aku tak tahu pula ada kafe macam ni."

"Bro, ni KL. Kau asal dari mana ya? Aku tak tahu latar belakang kau."

"Aku dari Shah Alam. Aku ada seorang kakak dan seorang adik lelaki. Ayah kami dulu gengster, tapi sekarang... dia dah tak ada. Adik aku pun sama."

"Oh, minta maaf pasal tu!" Altimet bersimpati.

"It's okay. Lagipun, aku masih ada ibu dan kakak," ucap Ami tersenyum.

"Hmm... baguslah kalau macam tu."

Ami melihat sekelilingnya. Kotak jukebox di kiri. Meja snuker di kanan. Meja minum berada di depan. Ruangan yang lain pula dipenuhi meja dan kerusi.

"Hei, kau tengok siapa tu!?" tegur Altimet kepada Ami.

"Tak ada siapa," balas Ami mengerutkan dahinya.

"Eleh, jangan nak kelentong oranglah! Kau hendap awek hot dekat sini, kan?"

Memang benar apa yang dikatakan Altimet itu. Ami sebenarnya memerhati empat perempuan yang dikatakan paling anggun dan jelita di situ. Kayda sedang bermain snuker. Mizz Nina sedang menikmati jus. Zamaera pula sedang memainkan lagu Wanita (seperti video di atas) di kotak jukebox manakala Nora Danish bekerja di situ sebagai pelayan.

"Kau pergi sajalah. Aku dah berpunya," kata Altimet tersengih berpaling muka.

"Ceh, berlagak! Kau tengok cara aku tackle perempuan," balas Ami dengan bongkak.

"Pergilah!" kata Altimet acuh tak acuh.

Ami membuka langkah ke arah perempuan yang dia inginkan-Kayda. Dia hendak menegur Kayda tetapi seorang lelaki sasa menghalangnya.

"Hei, dia tu aku punya!" kata lelaki itu, bengis wajahnya.

"Macam mana kalau dia ada laki lain?" kata Ami, selamba.
 
Tiba-tiba, lelaki itu menumbuk muka Ami lantas menyerangnya tamparan henti-henti. Ami yang tidak bersedia apa-apa, cuba mencari ketahanan. Dia terus dihempuk ke kotak jukebox. Kemudian, dia dibaling ke atas meja snuker. Ami mengaduh kesakitan yang amat lalu bergerak turun dari meja snuker itu. Baru hendak memandang muka lawan, Ami terus dipukul dengan kayu snuker lalu rebah. Dia diangkat lalu ditumbuk berkali-kali.
 
"Rasakan!" jerit lelaki itu memberi tumbukan padu.
 
Badan Ami terpelanting ke atas meja snuker semula. Sudah tidak berdaya lagi untuk berlawan. Lelaki itu terus membawa Kayda pergi dari situ.
 
"Jom sayang! Tempat ni macam tak selamat," pinta lelaki itu membawa Kayda pergi.
 
Altimet ketawa dengan tindakan Ami yang membawa malang itu. "Itu ke cara kau tackle perempuan? Haha...😂"
 
Ami mengaduh lagi lalu melihat seorang perempuan berhijab berdiri di depannya. Tangan perempuan yang bersarung tangan hitam itu dihulur. Ami menyambut tangan perempuan itu lalu dipimpinnya.
 
"Jom! Saya bawa awak pergi klinik. Siapa nama awak? Saya Fathia," kata Fathia Latif, perempuan itu membawa Ami pergi dari situ.
 
"Ami," balas Ami, ringkas.
 
Altimet hilang ketawanya sebaik melihat Ami mendapat seorang teman wanita😶. Sempat lagi Ami mengenyitkan mata kirinya ke arah Altimet. Tercengang mulut Altimet dibuatnya.

★★★

AMI melangkah keluar dari klinik bersama Fathia Latif. "Terima kasihlah, awak sebab bawa saya ke sini! Terima kasih ya!"
 
"Tak apa! Sudah jadi kerja saya. Lagipun, saya kerja di sini," jelas Fathia Latif menunjukkan klinik di situ.
 
Ami melihat klinik yang mereka masuk tadi. "Oh, awak kerja sini!"
 
"Yap! Kalau awak cedera sebab teruk bertumbuk macam tadi tu, datanglah sini," kata Fathia Latif mengukirkan senyuman manis lalu berwajah murung tiba-tiba. "Saya risau tahu tak tadi!?"
 
Ami memandang Fathia Latif, terasa hairan. "Kenapa awak pilih saya? Kan ada laki lain yang cedera tadi?"
 
"Entah kenapa? Mungkin aromanya, tak?" Jari telunjuk dan ibu jari menyentuh dagu.
 
"Aroma?" Kening kiri Ami dinaikkan.
 
"Haha... awak ni kelakarlah!" Fathia Latif tersenyum sampaikan lesung pipit jelas dilihat.
 
Ami sekadar tersenyum lalu menutup mukanya dengan tangan kanannya. Dia membuang pandangan ke tempat lain. Senyumannya terus hilang sebaik ternampak Altimet sedang memerhatikan mereka dari dalam kereta Mitsubishi Lancer Evolution X.
 
Sudah berapa lama dia berada di situ? Desis hati Ami.
 
Pandangan Ami dibuang ke arah Fathia Latif semula. "Awak, saya pergi dulu eh!"
 
"Ah, kejap!" pinta Fathia Latif menggenggam lengan Ami.
 
Ami melihat Fathia Latif menghalangnya pergi. "Kenapa?"
 
"Pinjam telefon awak boleh? Kredit saya dah habis nak call kawan."
 
Ami melihat lengannya yang masih belum dilepaskan. "Kalau ya pun nak pinjam telefon, janganlah sampai pegang lengan saya." Dingin.
 
"Oh! Sorry!" Fathia Latif terus melepaskan genggamannya.
 
Ami mengeluarkan telefon Nokia yang sudah ketinggalan zaman itu lalu membuka aplikasi Phone. Dia memberikan telefonnya kepada Fathia Latif. "Nah!"
 
Dia ni biar betul! Muka gengster macam ni pun boleh guna telefon Nokia. Apakah aku sedang bermimpi ke apa ni? Desis hati Fathia Latif.
 
Telefon milik Ami itu bertukar tangan. Jari Fathia Latif terus menaip nombor lalu membuat panggilan.
 
Tiba-tiba, telefon milik Fathia Latif berbunyi dari beg tangan lantas dikeluarkan. Muka Fathia Latif tersenyum lebar melihat nombor yang diingininya itu diterima.
 
"Dah dapat! Saya dapat nombor awak," kata Fathia Latif, teruja lalu memberikan telefon Nokia kepada tuannya semula. "Nah!"
 
Ami mengambil telefonnya dengan penuh kehairanan. Apa ni? APA NI??? Desis hatinya.
 
"Goodbye, awak! Saya balik dulu ya! Kalau saya free, saya call awak," ucap Fathia Latif, tersengih.
 
Ami melihat Fathia Latif menaiki kereta Perodua Axia. Kereta kecil itu dipandu pergi. Mata Alif melihat skrin telefonnya itu. Mulutnya mengukirkan senyuman lebar. Dapat juga nombor Fathia Latif.
 
Pin! Pin!
 
"Sudah-sudahlah berdrama! Jomlah aku hantar kau balik!" kata Altimet memberhentikan kereta di sebelah Ami.
 
Ami meloncat keriangan lantas menaiki kereta jalanan dengan penuh teruja. Punggungnya dilabuh kuat ke atas kusyen. Altimet melihat Ami yang sudah dijangkiti 'demam cinta'. Dia mengeluh kecil lalu memandu keretanya pergi dari situ.
 
"Musim dah berbunga~😍!" kata Ami tersenyum seorang diri.

HipsteriaWhere stories live. Discover now