BAB 8-PERANCANGAN

51 10 6
                                    

KERETA milik Fathia Latif berhenti di bawah anjung rumah teres setingkat itu. Enjin dimatikan. Ami terus menuruni kereta lalu menghampiri pintu sebelah Fathia Latif. Pintu dibuka. Fathia Latif dibawa keluar dari kereta lalu dibimbing masuk ke dalam rumah itu. Kunci pintu dari poket seluar Fathia Latif diambil lalu membuka pintu depan. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah diatur ke bilik tidur utama. Badan Fathia Latif terus dibaringkan ke atas tilam. Ami melihat uniform jururawat yang dibasahi darah itu masih dipakai Fathia Latif.
 
Takkanlah nak biarkan si Tia sebegini? Desis hati Ami.
 
Altimet memerhatikan pintu depan rumah itu seraya menunggu Ami di dalam kereta merahnya. Mana dia ni? Dia buat apa lama-lama dekat dalam rumah tu? Perlukah aku masuk dan periksa apa yang terjadi? Berbagai-bagai persoalan bermain di fikirannya. Matanya kekal tertumpu pada pintu depan rumah.
 
"Haa... panjang umur!" ujar Altimet melihat Ami bergerak keluar dari rumah.
 
Pintu rumah ditutup. Langkah diatur keluar dari kawasan rumah itu. Pintu pagar turut dikatup rapat sebelum langkah diatur ke arah kereta yang menantikannya. Ami melabuhkan punggung di atas kusyen, bersebelahan dengan Altimet.
 
"Seronok tak tadi?" soal Altimet bersahaja.
 
"Jalan jelah!" kata Ami, dingin.
 
Altimet tersengih lantas memandu keretanya pergi dari situ.

★★★

JALAN tar dilalui kereta Lan Evo merah itu. Sepi sahaja malam itu. Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mengunci mulut.
 
"Kau nampak kan tadi? Dia setia dekat kau tu, sampai sanggup tikam orang," kata Altimet memecahkan kesunyian.
 
"Kalau setia pun, janganlah sampai bergaduh! Ni... tak pasal-pasal kita yang nak hentikan dia orang tu, kena makan penumbuk dia orang pula. Benda boleh bawa berbincang, kan?" ujar Ami, kecewa.
 
"Nanti sekejap! Tadi, buat apa lama-lama dalam rumah awek kau tu?"
 
Ami sekilas memandang Altimet. "Kau jangan fikir bukan-bukan eh! Aku tak buat apa-apa pun dekat dia. Cuma, rawat luka dia tu. That's all."
 
"Oo...key! Aku faham."
 
"Oh, ya!" Ami teringatkan sesuatu lalu mengeluarkan flyer dari poket seluarnya. "Aku nak tunjukkan ni!"
 
Altimet memandang Ami buat seketika lalu memandang depan semula. "Apa tu?"
 
"Jumaat minggu depan ada team competition dekat bengkel kawan aku. Kita pergi, nak?"
 
"Boleh juga. Oh, ni! Aku dapat mesej dari bos. Dia nak kita semua jumpa dia. Ada meeting katanya."

★★★

JOE Flizzow melihat orang-orang kanannya sudah berada di meja mesyuarat kecuali Fiquetional. Ami melihat orang-orang terkuat di bawah Joe Flizzow yang terdiri daripada SonaOne, DJ Fuzz, dan Altimet, sudah tentunya. Zizan Razak pula dibuai mimpi indah di atas sofa.
 
"Okey, kita mulakan mesyuarat kita sekarang," kata Joe Flizzow.
 
Pintu dibuka tiba-tiba. Fiquetional melangkah masuk dengan wajah bengis. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu, jauh dari meja mesyuarat.
 
"Kau lambat!" tegur Joe Flizzow, dingin.
 
Fiquetional melihat Ami turut sertai mesyuarat itu. "Kenapa dia ada di sini?"
 
"Atas arahan aku!"
 
Fiquetional berdengus.
 
"Okey, semua! Kalau kita nak conquer tempat Salam, kita tak boleh terburu-buru. Kita biarkan dia serang kita. Kita pertahankan tempat kita. Akan sampai masa nanti, kita serang balas. Kita guna taktik ni," cadang Altimet, serius.
 
"Tapi, kan? Berisiko juga nak guna taktik ni! Bolehkah macam ni?" kata SonaOne, resah.
 
"Apa kata kita belasah je si Salam tu!?" kata Fiquetional dengan geramnya.
 
"Kalau macam tu, keadaan akan jadi teruk! Perang besar boleh jadi! Itu kerja gila," kata DJ Fuzz berwajah serius.
 
"Bawa bertenang dulu, semua! Kita dengar apa yang bos nak kata," pinta Altimet cuba menenangkan keadaan.
 
Suasana kembali sunyi selepas mendengar kata-kata orang yang paling dipercayai Joe Flizzow.
 
"Jadi, macam mana? Apa pendapat bos?" kata Altimet, inginkan suara dari ketua mereka.
 
"Hmm... macam nilah. Sekarang ni, Altimet cuma perlu fokus pada perlawanan malam esok. Yang lain, cuma tunggu masa sahaja nak serang. Dan Ami... kau kena banyak berlatih lagi. Kau pergilah mana-mana tempat. Altimet akan teman kau," terang Joe Flizzow panjang lebar.
 
"Baik," balas Ami, perlahan.
 
"Yang lain, faham?"
 
"Faham, bos!" balas semua ahli di situ. Cuma, Fiquetional yang lambat memberi respons.
 
"Bersurai!" kata Joe Flizzow bangun lalu berjalan keluar dari situ.
 
Semua orang terus bergerak keluar dari situ kecuali Ami dan Altimet. Zizan Razak dari tadi tidak bangun-bangun lagi. Bahu Ami ditepuk. Pandangan Ami dibuang ke arah Altimet.
 
"Jom! Aku hantar kau balik," ujar Altimet, ramah mesra.

#vote

HipsteriaWhere stories live. Discover now