20 : Abcdefghiloveyou..

1.4K 88 4
                                    

"Taehyung ah... nah sarapan. Saya ada kerja nak buat ni.. kalau awak dah sarapan pinggan tu biarkan sahaja di situ"

Kataku sambil mengemas begku, semalam terlupa nak kemas beg.

"Hm"

Itu sahaja yang di jawabnya dari semalam lagi. Apa masalah dia ni sebenarnya?

Dulu sebelum kahwin bukan main baik dengan aku. Sekarang?

Taehyung yang sedang memakai baju kemeja aku pandang, lalu ke dapur. Aku tahu kalau dah nak pukul 8 dia takkan sarapan di rumah.

Baik aku bawakan bekal kepadanya.

Nasi goreng kimchi dan satu biji buah epal merah, aku letak di dalam bekal tersebut.

Aku tersenyum.

"Harap-haraplah dia makan" desis hatiku.

Aku kembali ke bilik aku dan taehyung. Aku melihat taehyung yang sedang membetulkan butang bajunya agar kelihatan lebih kemas.

Aku mengambil tie nya lalu di sangkutkan di lehernya.

Aku menolong taehyung memakai tie lehernya. Taehyung tidak membantah.

Kedua-dua belah tangannya itu memeluk kemas pinggangku perlahan.

Taehyung bagaikan patung yang handsome dan sememangnya tidak boleh bercakap.

"Taehyung ah.. balik ni awak suruh jelah unnie lofa masak, sebab saya balik lambat sikit.

Yelah saya dah-"

"Shut up and continue your work. Hari ni aku akan balik lambat, ada kerja"

Aku terkedu apabila taehyung mengeratkan lagi pelukkannya. Suaranya yang serak basah itu menampakkan lagi kejan- amende seh kau merepek author?

Ting tong~

"Ah t-taehyung saya p-pergi dulu ye?"

Aku menyalam tangannya lalu mengambil begku dan di galas.

Aku mengambil basikalku dan hoseok ada di situ.

"Yow! Dah kahwin~ best tak kahwin?"

Keningnya di jongketkan buat beberapa kali. Gila budak ni? Datang-datang tanya soalan merepek ni?

"Amende punya soalan lah kau ni? Cer tanya aku ni sihat ke idok.. ni.. apalah"

Hoseok hanya tersenyum, aku tahu dia menipu. Senyuman tu palsu. Sangat jelas dia sedang cemburu.

Aku.. dah lukakan hati dia. Apatah lagi Jungkook dengan Suga oppa. Aish.

Serabutlah!

"Hoseok ah.. nanti sebelum balik aku nak pergi library dulu tau. Aku nak cari buku."

"Okay"

Aku dan hoseok menaiki basikal sambil berbual-bual. Yang aku nak sebelum aku mati, aku nak bahagiakan semua orang.

●○●


Aku pergi ke locker seorang diri kerana hoseok ingin masuk ke kelas awal. Tak siap kerja sekolah lah tu.

Erm.. hari ni aku terpaksalah balik seorang, hoseok ada hal. Kena ambil eomma dan appa dia dekat airport.

Nasiblah dia boleh teman aku pergi library.

Drrtt drrttt..

Aku mengambil phoneku yang berada di poket, mesej dari taehyung? Tak pernah-pernah nak mesej aku.

Mr. Cold : TaehyungWhere stories live. Discover now