Hyera's pov
Hari sudah larut malam, aku pula duduk di tepi pantai, di sini aku dapat melihat sebuah keluarga yang membuat bbq.
Ada juga yang bermain bersama. Semua happy. Ye happy.
Aku? Erm. Entahlah.
Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedinginan pada tubuhku.
Lengan di gosok perlahan untuk mengalirkan haba. Suasana yang tenang dapat di ungkapkan.
Hati yang berduka lara dapat di tenangkan. Segala masalah dalam otak terbang melayang seperti angin bertiupan.
Aku senyum apabila teringat akan kenangan yang indah pernah di kecapi bersama Taehyung di sini.
Kami seperti pasangan paling bahagia pada malam itu. Suasana yang membawa keromantikan Taehyung malam itu dapat mencairkan hati perempuan di luar sana.
Tapi, sekarang. Taehyung takde. Hanya bayangan minda sahaja menemaniku.
"Annyeong, Hyera.. kan?"
Aku memandang ke arah tuan punya suara, malam yang hanya di terangi cahaya bulan tidak dapat aku melihat wajahnya.
Ini bukan ke Daniel? Yang ada di supermarket tu?
"Daniel? Kan?"
Soalku untuk kepastian.
"Haaa betullah tu, ingat awak dah lupa saya. Hehe"
Aku tersenyum nipis. Tanpa meminta izin, Daniel terus duduk di sebelahku, tapi dia jarakkan kedudukan kami berdua.
"Awak, kenapa sedih je? Ada masalah ke? Kalau ada.. boleh lah kongsi. Saya tak paksa pun. Tapi lebih baik kongsi mana tahu saya boleh tolong?"
Katanya, aku memandangnya. Tadi kata tak paksa? Ayat akhir macam paksa bebenor aku nengoknya?
"Erm takde apalah.. cuma letih je"
Balasku lalu mengeluh kecil.
"Oh ya! Btw.. ni telefon awak. Haritu tercicir... ikutkan nak bagi tapi.. awak dah pergi. Saya simpan sementara waktu ni"
Aku terkejut melihat telefon lama aku yang berada di tangannya terus aku rampas.
"Jangan risau saya tak buka pun telefon awak"
Daniel's pov
Maaflah, tapi saya dah ambil dan buka telefon awak. Bukan saya yang nak, tapi ada betina yang suruh saya buat.
Saya terpaksa.
Hyera ni, aish.. makin lama makin cantik aku tengok! Geram!
Suasana tiba-tiba saja menjadi sunyi sepi, hanya pukulan ombak saja di dengari.
Aku sebenarnya tak sedap hati ni. Dah lah dia keluar malam-malam, lepastu seorang.
Macam mana kalau orang suruhan betina tu nampak?
"Awak.. lelaki memang suka curang ke?"
Soalnya, mungkin dia dah selesa dengan aku. Aku tersenyum.
"Tak semuanya hyera,"
"Lelaki memang suka bagi fakehope ke?"
"Tak semua macam tu hyera, kadang-kadang.. mereka keliru"
Dia memandang aku pelik.
"Keliru?"
"Yess keliru, keliru dengan cinta sejati yang sebenar"
Hahaha macam bodoh seh, takde kena mengena kut.
"Kalau keliru dengan perasaan sendiri, kenapa tak pilih salah seorang"
Pergh cepumas sial.
"Easy.. seseorang kalau dah cintakan dua orang perempuan dan dia tak tahu mana satu cinta sejati, kalau pilih yang tu, takut menyesal"
"Sesetengah orang juga, suka mempermainkan perasaan perempuan.. tapi, kalau betul lelaki tu layan kita dah lain daripada sebelum ni,"
Aku berhenti.
"Sebelum ni?"
"Huh? Abaikan jelah.. yang penting awak kena tahu. Kalau lelaki betul-betul sayangkan perempuan tu, dia takkan tinggalkan perempuan tu. Ada juga ditinggalkan, tapi.. lelaki tu tetap sayangkan perempuan tu mungkin terpaksa."
Dia mengangguk. Tapi.. aku sendiri dah kena tipu dengan perempuan pun still bagi ayat jiwang.
Hahahahaah. Padahal diri sendiri dah kena tipu. Shiel.
●○●
Klik!
"Dah dapat?"
Tanya seorang lelaki kepada kawannya.
"Dah.. tapi satu je tak cukup. Kena banyak lagi ni."
"Takpe esok kita sambung.."
"Ingat beb boss kau tu nak lusa, kalau takde mampus kedana aku"
"Aku sure kita akan dapat banyak punya.. jom ah balik aku dah penat dah ni"
"Jom"
YOU ARE READING
Mr. Cold : Taehyung
FanfictionSejahat-jahat dia, dia suami aku, dia pembimbing aku ke syurga bukan syurga, tapi neraka.