SORRY GAIS TAK ON GAIS.. SIS SIBUK KERJA GAIS.. 😭Taehyung melepaskan Irene, mukanya kemerah-merahan.. nak cendol? eh salah.. Kerana Irene menipu nya hidup-hidup..
Di sangka kan Aira, rupanya Irene.
Benar lah kata Jimin, orang yang dah meninggal takkan hidup kembali. Tapi kerana cintanya masih terpaut pada Aira, dia pun menjadi seperti seorang bodoh. Hanya mempercayai tutur kata Irene.
Dahlah bodoh, bengap pula tu. Nasib handsome. huh
Taehyung bergerak perlahan ke arah Hyera, lalu dia melutut di hadapan Hyera, "S-sayang.. abang dah banyak buat silap.. abang banyak buat dosa.. abang dah sakitkan hati sayang.. silap abang kerana mencintai perempuan lain.. silap abang kerana mencintai lebih seorang perempuan.. sedangkan abang sendiri tak mampu berlaku adil.. sedangkan abang sendiri tak pernah layan sayang seperti seorang isteri..
Silap abang kerana buta.. Abang buta.. Abang tak nampak cinta sayang pada abang.. sedangkan sayang sedaya upaya mencurahkan semua sayang dan cinta pada abang.. abang silap kerana memilih perempuan lain.. sedangkan sayang cukup sempurna... sayang layan abang macam raja.. sedangkan abang pula layan sayang seperti hamba..
Abang tahu abang kejam.. Abang-"
"Dah lah Taehyung.. awak buat speech macam namjoon pun saya takkan kembali pada awak.. saya dah tawar hati.. setawar2 air teh.. lagi tawar hati saya untuk menerima awak.. awak sanggup cakap saya ni kandungkan anak lelaki lain.. sedangkan awak la lelaki tu.. Taehyung, kalau sampai sini hubungan kita. Tolong move on, tolong lupakan saya.. dan.. saya juga akan lupakan awak.
kita mula hidup baru.."
Taehyung memeluk kaki Hyera, jantungnya berdegup laju bagaikan nak meletop apabila Hyera berkata sedemikian, dan tidak berbincang dengannya soal cerai.
Taehyung cuba untuk membawa Hyera berbincang.. namun hampa. Hyera hanya pergi dari situ tanpa sepatah kata.
Taehyung amat terkejut. Tidak sangka dia ditipu oleh Irene. dan dalam masa yang sama, Hyera meminta cerai.
Taehyung merasakan dirinya bodoh, bodoh kerana mempercayai Irene.
Irene menjerit2 apabila perutnya semakin lama semakin sakit, darah keluar dari celah kakinya. Dia berasa amat takut dan sakit.
Lopa yang berasa kasihan, membantunya. Mereka berdua segera ke hospital.
Taehyung pula hanya melihat pemergian mereka, dia memeluk lutut. "Ya Tuhanku, Adakah aku terlalu banyak melakukan dosa. sehingga Kau menduga ku sebegini?"
(Skip)
Hyera mengesat air matanya, perutnya yang kelihatan sedikit buncit itu di usap. Matanya tidak lepas memandang keluarga bahagia di hadapannya.
Hyera memilih untuk menenangkan dirinya, jadi dia membawa diri ke pantai.
Seorang lelaki duduk di sebelahnya, "Are you okay?"
Hyera memandang lelaki tersebut, lalu memeluk erat lelaki tersebut. "oppa..."
lelaki tersebut mengusap kepalanya, "Ye oppa ada kat sini.. nangis puas2.. oppa dah lama tak jumpa adik kesayangan oppa ni.. oppa tahu Rara ada masalah dengan Taehyung. Tapi tolong berbincang dahulu dengan dia. Jangan Rara buat keputusan yang menyeksakan hati Rara."
"Ini keputusan muktamad Rara, Rara dah tak sanggup kena pukul dengan dia, kalau Rara masih bergelar isteri Taehyung.. ntah apa yang akan jadi pada anak ni.."
"Oppa tahu Rara masih sayangkan Tae, kalau Rara rasa dia akan berubah lepas ni.. Rara teruskan hubungan ni.."
"Rara tetap dengan pendirian Rara, Kalau Rara cerai dengan Tae.. mungkin Rara akan lebih tenang.. Rara boleh besarkan anak Rara sendiri"
(Skip)
Hyera tidak boleh bercerai selagi dia tidak melahirkan anak, Hyera terpaksa menunggu lagi 7 bulan. Taehyung dan Hyera tidak lagi duduk bersama atas permintaan Hyera, kerana dia risau apa-apa terjadi. Taehyung hanya mengikut kehendak Hyera.
Taehyung masih mencuba untuk memikat semula hati isterinya, walaupun di tolak sebanyak mana pun, dia tetap mencuba.
Sehinggalah Hyera bersalin, Taehyung masih juga tidak dapat memikat hati Hyera. Sememangnya Hyera sudah tawar hati untuk kembali pada Taehyung.
Taehyung memandang wajah kecil anaknya, Kini dia bergelar ayah dan juga akan bercerai dengan ibu kepada anaknya.
Hatinya sungguh sebak melihat wajah comel itu, selepas ini Hyera juga akan berpindah, mereka juga akan putus komunikasi.
Di cium banyak kali wajah anaknya, Saat ciuman terakhir, Taehyung mengalirkan air matanya. Melihat wajah anaknya buat kali terakhir. Entah bila mereka akan bertemu semula.
Taehyung menyerahkan anaknya kepada Hyera, Taehyung memakaikan anaknya gelang bertulis "Kim Tae Min" iaitu nama anaknya sendiri.
"Hyera, walau sejauh mana pun awak pergi.. saya akan tetap mencintai awak, dan saya akan tetap menunggu awak sehingga akhir hayat saya."
The End
tamat sudahhh.. sedih tak sedih tak? Macam mana nak sedih.. author karang pun tunggang-langgang.. alaaaa biasheee latuuuu. Maap kalau ada kesilapan dalam cerita ini. Season 2 akan di siarkan pada malam ini juga. Selepas Episod terakhir cerita Mr Cold.
Salam kasih daripada Author paling arok.
Muahh
YOU ARE READING
Mr. Cold : Taehyung
FanfictionSejahat-jahat dia, dia suami aku, dia pembimbing aku ke syurga bukan syurga, tapi neraka.