33: Orang baru

1K 73 16
                                    

"O-oppa"

Matanya melilau melihat sekeliling, kepalanya pening.

"H-hyera? Tunggu jap"

Suga menekan button yang disediakan untuk kecemasan.

Suga mengusap perlahan pipinya, "sabar ye sayang?"

Doktor dan nurse masuk ke dalam wad tersebut.

"Encik tunggu dulu diluar ye"

Kata nurse yang bernama "Youjien".

Suga keluar dan melihat hyera daripada luar.

Doktor dan nurse yang baru sahaja keluar itu terus dia pergi ke arah mereka. "Macam mana dengan ka- isteri saya?"

"Isteri encik okay, dia lemah. Mungkin dia lapar, isteri encik tak makan ke dari semalam?"

Soal doktor yang bernama Seok Jung itu. Suga jadi panik sedikit. Apa nak di jawab ni?

"Ahh saya tak ada di rumah, saya baru sahaja balik pagi tadi dari outstation, tengok-tengok isteri saya dah pengsan di ruang tamu"

Jawab Suga tanpa gagap, nasib sahaja dia tahu sebab hyera pengsan.

"Urmm... Kalau macam tu saya pergi dulu ye"

Suga menunduk sedikit lalu terus masuk ke dalam wad semula. Hyera yang sedang mengelamun itu dipandang.

Suga menghampiri hyera.

"Hey, macam mana? Ok tak? Hyera lapar tak?"

Soal Suga, hyera memandang Suga lalu dia tersenyum nipis. Bibirnya pucat. Matanya sembap.

"H-hyera okay, l-lapar"

"Jom kita pergi kafe dekat bawah"

"Ergh t-tak apalah, n-nanti ada yang makanan. Jadi kita makan dekat sini eh?"

Cadangan hyera, dia nak je makan di bawah. Tapi dengan keadaannya sebegitu.. badannya tidak kuat untuk berjalan.

"Tak pe oppa pakai kerusi roda"

Suga keluar daripada wad lalu meminta kerusi roda pada nurse.

Suga kembali dengan kerusi roda. Suga mendekati hyera. Baru sahaja dia ingin mengangkat hyera, "o-oppa nak buat apa ni?"

"Oppa nak angkat hyera" Suga terus mengangkat hyera lalu diletakkan di atas kerusi roda.

Hyera hanya diam, sumpah dia malu.

"Hyera selesa tak?" Soal Suga sambil melutut di hadapannya untuk menyamakan ketinggian dengan hyera.

Terkejut hyera di buatnya, dia mengangguk perlahan. Suga menggenggam tangan kanan hyera, "Kalau nak apa-apa bagitau oppa nae?"

Suga tersenyum manis, hyera membalas senyuman nya.

Suga menolak kerusi roda keluar daripada wad.

Sepanjang berjalan, mereka hanya berdiam diri.

"Erm o-oppa, taehyung ada datang tak?"

Automatik Suga berhenti.

Aira's pov

Aku menghendap di tepi dinding, nampaknya taehyung sedang sibuk menyiapkan makan tengahari. Apa aku nak buat ye?

Tak sangka rancangan aku selama ni akan berjaya, bodoh juga eh taehyung. Dia dah tau aira tu dah mati.. boleh pula dia terima aku dengan mudah. Tch!

Tak lama lagi aku bakal jadi 'mam' besar lah dekat rumah ni, cop cop.. hyera jadi apa eh? Bibik nak? Ehh tak boleh taehyung dah ada bibik, tapi tulah bibiknya cuti. Makan gaji ke?

Mr. Cold : TaehyungWhere stories live. Discover now