"HAHAHAHA I'm back! Aku rindu katil aku!"
Jerit Jihoon, ergh sahabat ini telah memalukan sahabat yang lain di airport.
Ramai yang memandang ke arahnya.
Mungkin di anggap tidak waras.
"Ish kau ni, dah kenapa jerit! Tak malu eh orang pandang!"
Marah Hoseok yang menutup mulutnya pakai mask.
"Aku tahu aku handsome that's why diorang pandang aku.. hahahahaha"
"Handsome apa muka macam lembu hilang anak"
"Ehh ini mencabar kesabaran iman aku ni!"
"Kau ada iman ke? Ohh tak tahu pun"
●○●
"Sayang, you dah siap belum? kita kena cepat ni.. nanti terlepas meeting"
Kata Taehyung sambil menguak rambut perangnya ke belakang untuk mengemaskan rambutnya.
Aira yang sedang membetulkan dress itu memandang wajah Taehyung.
"I dah siap ni, you tak apa ke you tak ambil wife you dekat airport? Kesian dia tunggu you dekat airport.."
Kata Aira sambil menjeling ke arah gambar Hyera yang elok tergantung di dinding bilik mereka.
"Tak apalah, jangan risau.. kawan-kawan dia yang lain ada.. yang you kalut sangat ni kenapa?"
Soal Taehyung sambil membetulkan tie nya.
"Tak delah, I teringin juga nak berbaik dengan madu I takkan you tak faham? Kalau macam tu tak apalah I tak paksa pun. Dah jom kita gerak"
Aira memegang lengan Taehyung lalu di usap perlahan.
●○●"Laki kau tahu ke tak ni kau balik hari ni ra?"
Soal Sana yang berada di sebelah Hyera,
Hyera mengikut Sana dan Hyemi balik kerana suaminya tidak mengambilnya di airport.
Sudah di beritahu bahawa dia pulang hari ni, namun di bluetick saje.
"Dia sibuk kot- sebabtu lupa ambil aku.. tak apalah aku dah selamat dengan korang kan? Jangan risaulah"
Hyera tersenyum nipis, rindu akan suaminya.
"Oh ye Hyera, maid kau cuti kan seminggu? Lagi dua hari je lagi dia balik.. nanti aku teman lah kau sekejap dekat rumah.. lagipun suami kau takde kan?"
Hyera mengangguk.
"Aku pun ikutlah, bosan lah duduk rumah.. lagipun parents aku tak balik lagi"
Di rumah.
"Wei Hyera, sejak bila kau pakai heels? Hahahaha!"
Sana mengambil heels yang berada di rak kasut itu lalu di tayang pada Hyera.
Hyera menjongketkan sebelah keningnya.
"Aku tak pernah pakai heels lah.. apatah lagi aku tak pernah beli"
Hyera mengambil heels tersebut lalu di belek.
"Seriously?? Jangan cakap... Omo! Suami kauuuu???"
Soal Sana meleret.
"Kau ingat taehyung tu bapok ke? Dia tu dah lah dingin beb, ni nak jadi bapok"
Balas Hyemi.
"Bukan lah! Maksud aku.."
Hyera yang memahami apa yang mahu dikatakan oleh Sana terus potong.
"Ahh aku lupa! Adik taehyung hari tu pergi melawat rumah kami dengan eomma dia!"
Balas Hyera teragak-agak.
"Kau tak bagitahu pun dia ada adik???"
"Adik dia duduk oversea"
Bohong Hyera lagi, taehyung tak ada adik. Eomma taehyung tak pakai heels.
Siapa yang melawat pula?
"Ohh kalau macam tu jom lah.. aku penat gila ni"
Hyemi melangkah menuju ke arah ruang tamu lalu dia berhenti.
"Whaaattttt adik Taehyung ni tak senonoh betullll bersepah dressing dengan baju dalaman dia ni!"
Herdik hyemi.
Hyera melangkah ke arah ruang tamu rumahnya yang berselerak dengan pakaian wanita.
Dia terkejut, jadi selama ni.. taehyung tipu dia?
•Skip•
"Mana U dapat semua gambar ni?"
Taehyung mengetap giginya, gambar di hadapannya itu cukup buat dia berasa sakit hati.
Tidak sangka isterinya ada scandal di Jeju.
"Erm tadi ada orang hantar, I ambilkan je"
Bohongnya,
"Betul?"
Taehyung mengangkat keningnya, untuk kepastian.
"Yes, takkan I nak tipu U kan?"
•skip•
"S-sebenarnya.. urm taehyung tak ada adik pun. Eomma dia pun tak pakai heels"
Hyera berkata jujur, memang betul dalam keluarganya tiada yang memakai heels.
Tak lain tak bukan, pasti ada perempuan lain.
"Kau yakin ke? Mungkin tu kawan dia ke.. tumpang rumah kau."
Balas hyemi.
"Ha hyera cuba kau cek bilik tidur korang"
Hyera memandang Sana, ada betulnya.
Hyera melangkah ke arah bilik tidur mereka.
Hatinya sungguh berdebar. Adakah Tuhan bakal memberi petunjuk kepadanya?
Hati penuh resah.
Setibanya di hadapan pintu bilik. Tangannya berpeluh mahu membuka pintu.
"Sabar Hyera"
Dia memulas tombol pintu. Matanya menerajah ke kawasan bilik.
Lemah lutut jadinya.
YOU ARE READING
Mr. Cold : Taehyung
FanfictionSejahat-jahat dia, dia suami aku, dia pembimbing aku ke syurga bukan syurga, tapi neraka.