2. Senja

106 8 3
                                        

Setelah tujuh tahun badannya tidak baring atas tilam yang empuk dalam keadaan yang selesa, Sungwoon berasa agak janggal namun masih mampu tidur lena. Kedinginan penjara besi ditukar ganti dengan kehangatan sup rumpai laut yang dimasak oleh Daniel malam tadi. Kesejukan lantai simen penjara yang mencucuk kaki bertukar kepada kehangatan pakaian baru yang diberikan oleh Daniel.

Usai bangun, Sungwoon keluar dari biliknya, ingin menyapa matahari yang dirindui dari dalam penjara.

"Yah, kau dah siap kerja yang...."

Sungwoon terkejut apabila disapa oleh seorang lelaki muda yang duduk menunggu di ruang tamu. Sekali imbas melihat pakaiannya, Sungwoon dapat mengagak lelaki itu merupakan pelajar sekolah menengah tinggi.

"Siapa....?" Soal anak muda itu, juga hairan melihat Sungwoon yang baru keluar dari bilik. Dia juga mengerling pandang Sungwoon dari atas sampai bawah namun dia tidak dapat mencari memori bila dia pernah berjumpa dengan Sungwoon namun wajah Sungwoon seperti dikenali.

"Woojin ah, jom pergi" Jihoon lalu keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa. Laju dia menyarung pakai beg galasnya dan menyambar tangan rakannya yang menunggu dari tadi.

"Eh siapa tu?"

'Ahhh, kawan jihoon rupanya' ujar Sungwoon dalam hati, sebelum tangannya secara tidak sedar mengangkat lambai. "Belajar elok-elok" suaranya ditinggikan.

Jihoon laju menyarung kasut tanpa menoleh belakang mahupun membalas ucapan Sungwoon. Woojin sempat memberi tunduk hormat kepada lelaki tersebut walaupun tidak mengenalinya. "Kami pergi dulu" ucap Woojin sebelum Jihoon menutup pintu dengan kasar.

"Yaa Jihoon. Siapa tu? Terkejut aku tadi" soal Woojin sambil mereka berjalan ke perhentian bas berdekatan.

"Tiada sesiapa" balas Jihoon ringkas, langsung tidak menoleh pandang Woojin walhal mereka jalan bersebelahan. Nadanya mendatar.

"Apa pula tiada sesiapa? Jadi siapa yang aku nampak tadi? Hantu ke?!" Woojin berhenti melangkah, menuntut penjelasan dari kawan baiknya itu. Namun Jihoon tidak mengendahkannya dan terus jalan ke depan.

"Yah Park Jihoon!" Woojin menjerit panggil.

"Cepat sikit sebelum kita tertinggal bas" Jihoon menoleh belakang dengan wajah yang kelat.

"Apa dia ni, pagi-pagi dah muka masam" Woojin akhirnya mengalah, dan meneruskan langkahnya, berlari mengejar Jihoon yang sudah agak jauh darinya. "Tunggulah!"

...................................

Di ruang makan, Lee Daehwi dan Lee Doohyun duduk saling bertentangan di meja makan. Di hujung meja pula, ayah mereka Lee Donghwan juga sedang menikmati sarapan mereka. Senyap. Hanya bunyi ketingan sudu garpu bertemu pinggan yang kedengaran. Barisan pembantu rumah juga senyap tertunduk menunggu tiga tuan rumah itu makan dengan tenang, berdiri agak jauh dari meja makan.

"Bila kamu sampai?"

Satu soalan membuatkan kedua-dua Daehwi dan Doohyun berhenti makan. Mereka memandang satu sama lain sebelum Daehwi menjawab "tengah malam tadi"

"Daehwi sampai agak lewat jadi saya tak mahu kejutkan ayah malam tadi" celah Doohyun pula.

Daehwi hanya mengerling pandang lelaki yang tua daripadanya itu. Dia akui Doohyun memang bijak mencelah dan mengambil peluang dalam setiap tindakannya.

"Ayah apa khabar? Sihat? Perniagaan ayah berjalan lancar?" Daehwi memulakan perbualan mesra dengan ayahnya yang sudah lama tidak berjumpa.

"Ayah macam yang kamu lihat, masih mempunyai kaki dan tangan untuk bergerak juga masih boleh makan dengan sendiri" balas Lee Donghwan, memandang anak lelaki bongsunya. "Mak kamu? Dia tak larang kamu pulang ke Korea?" soalnya pula sambil mencapai kain lembut di atas meja dan mengelap bibirnya.

Antara Subuh dan SenjaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang