"Jihoon~ bangun" suara Daniel lembut memanggil sambil menggerakkan badan Jihoon. Jaket baju yang digunakan sebagai selimut oleh Jihoon ditarik lipat. "Kita dah sampai Incheon" ujarnya lalu bangkit berdiri.
Beg yang diletakkan di bahagian tempat letak barang di atas lalu dicapai. Jihoon menggosok-gosok mata, masih mamai, sempat melihat keadaan luar yang masih samar-samar gelap.
"Mari"
Jihoon berjalan menuruti Daniel, memegang hujung baju Daniel seperti anak kecil bimbang kehilangan ibu.
"Kita nak ke mana sekarang ni?" soal Jihoon setelah mereka berdua turun dari bas. Perhentian bas itu juga masih lengang, hanya beberapa orang penumpang menunggu bas dan pekerja-pekerja penjual tiket yang masih mencari sarapan. Keadaan juga masih awal pagi.
Jam 5.30 pagi, Daniel sempat melihat jam pada skrin telefonnya. Alamat yang sudah disalin dalam aplikasi nota telefon pintarnya lalu diperiksa semula.
"Mari kita cari teksi"
"Ahhh hyung saya lapar" Jihoon mula memegang perutnya.
"Tak boleh tahan?" Daniel bertanya sambil memandang sekeliling.
"Hmmm" Jihoon mengeleng-geleng, sambil mencebik.
Daniel mengeluh kecil. "Duduk sana dulu. Hyung akan cari sarapan untuk kita. Jangan pergi mana-mana, dan jangan tegur sesiapa"
Jihoon mengangguk lalu beredar ke tempat duduk di sebuah sudut taman berdekatan perhentian bas tersebut. Terdapat sebuah meja bulat dengan empat buah kerusi kayu di kelilingnya.
"Niel hyung, saya tunggu sini" jerit Jihoon, menunjukkan ke arah meja tersebut. Beg galas yang dibawa bersama diletakkan di atas meja.
Daniel hanya mengangguk.
.................................................................
Minhyun dan Seongwoo bergegas ke bilik mesyuarat 1 di awal pagi. Masing-masing membawa pegang sebuah fail keras.
"Pagi" ucap Youngmin, berjalan serentak dengan mereka berdua.
"Kumpulan kau pon join siasatan kes ni?" soal Minhyun mendapatkan tempatnya sebaik berada di bilik mesyuarat tersebut. Youngmin duduk berhadapan dengannya manakala Seongwoo berada di sebelahnya.
"Tiada pilihan lain" celah Sewoon sebaik tiba dan mengambil tempat di sebelah Youngmin.
Lee Donghae dan Kim Heechul tiba selang beberapa saat. Kim Heechul mengambil tempat di sebelah Sewoon, paling dekat dengan skrin layar.
"Tanpa buang banyak masa lagi, kes letupan keretapi di sempadan Busan semalam akan disiasat oleh dua kumpulan, kumpulan saya dan kumpulan Inspektor Kim. Pegawai di bawah Inspektor Kim iaitu Detektif Im dan Detektif Jung juga terlibat secara langsung" Masing-masing sempat memberi tunduk hormat.
"Saya rasa masing-masing dah diberi salinan profil dua orang penumpang yang distatuskan sebagai 'hilang'. Ha Sungwoon, dan Yoon Jisung. Mereka berdua tidak ditemui di tempat kejadian dan sehingga kini masih tidak dijumpai"
"Saya baru sahaja hubungi Kim Jaehwan dan ahli keluarga Yoon Jisung pagi ni. Yoon Jisung dilaporkan tidak pulang ke rumah mahupun asrama kampusnya" tambah Minhyun memaklumkan.
"Ha Sungwoon pula, kenalan dan ahli keluarganya tidak dapat dikenalpasti. Adiknya Ha Jihoon dan alamat tempat tinggal Ha Sungwoon selepas keluar dari penjara masih disiasat" Seongwoo memaklumkan bahagiannnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Antara Subuh dan Senja
ActionAntara Subuh dan Senja. Antara kegelapan dan cahaya. Kebenaran dan kepalsuan. Ha Sungwoon, terperangkap antara subuh dan senja. ////////////////////////////////////// Kesilapan di masa lalu ingin ditebus untuk membersihkan namanya. Namun langkah da...