"Saya nak siasat mengenai kes tujuh tahun lepas yang melibatkan kes lama suspek Ha Sungwoon dan anak jutawan Keluarga Lee"
Donghae memegang picit kepala, terasa berat dan pening dengan kes yang dihadapnya. Beberapa fail tidak tersusun bersepah atas mejanya. Banyak panggilan dari pihak media yang diabaikan dan beberapa kali sudah dia mendapat teguran dari pihak atasan, menggesanya untuk selesaikan kes letupan keretapi itu dengan segera.
..........................
Secawan kopi hangat terhidang di hadapannya namun masih tidak bersentuh. Kipas berpusing perlahan dan Seongwoo dapat melihat melalui tingkap, guguran daun di luar yang berselerak di bawah pohon. Detikan jarum jam di dinding kedengaran kuat, mengingatkan Seongwoo akan tempoh masa yang diberikan oleh ketua kumpulannya. 24 jam.
"Ha ini dia"
Seorang wanita pertengahan umur sempat membetulkan cermin mata yang jatuh di pangkal hidung sebelum menyerahkan kepada Seongwoo sebuah majalah tebal. Seongwoo menerima huluran tersebut namun sebelum sempat membelek buka, wanita tersebut terlebih dahulu membukakan halaman yang sepatutnya untuk detektif muda itu.
"Rasanya dia kelas ni"
Seongwoo hanya membiarkan beberapa halaman majalah sekolah itu diselak buka.
"Ha ini dia. Ha Sungwoon"
Wanita itu lalu menuding tunjuk pada sebuah gambar seorang pelajar lelaki. Tertera nama di bawah gambar itu milik lelaki yang kini disiasat oleh Seongwoo. Ha Sungwoon.
Seongwoo memandang gambar tersebut dan sekali imbas melihat gambar profil Sungwoon dalam fail yang dibawa bersama. Ternyata tidak banyak berubah kecuali wajah yang semakin matang.
"Saya terkejut apabila tengok berita yang dia sekarang menjadi buruan polis." wanita itu yang memegang jawatan Ketua Pengurus Daerah itu melepaskan keluhan.
"Mengenai kes tujuh tahun lepas, sehingga kini saya tak faham apa motif suspek untuk cubaan membunuh kawannya sendiri" Seongwoo langsung bertanya, mengejar masa.
"Sebenarnya mereka bukanlah kawan rapat tapi Lee Doohyun menganggap Sungwoon kawan setelah berjumpa dalam aktiviti sukarelawan. Saya pun tak faham kenapa Sungwoon jadi macam tu sebab setahu saya Sungwoon tu bukanlah pelajar bermasalah, dan selepas kematian ibubapanya, dia lebih fokus jaga adiknya sendiri. Dia dengan jiran dia...." wanita itu membelek pula beberapa halaman sebelum menuding tunjuk gambar seorang lagi pelajar lelaki. "... mereka berkawan baik"
"Kang Daniel" Seongwoo membaca nama yang tertera di bawah gambar tersebut dan langsung teringat akan lelaki sama yang mencederakan kepalanya dan lelaki sama yang dilihat dalam video lama dalam laptopnya tadi.
"Saya dapat tahu yang nenek Kang Daniel mati selang beberapa hari selepas penangkapan Ha Sungwoon, puan tahu kenapa?"
Wanita itu memandang mata Seongwoo, sambil mendekatkan dirinya. "Semua orang pun pelik dengan perkara tu sebab tiada sebab untuk neneknya bunuh diri. Tambah pula, lepas saja kejadian itu, Daniel terus bawa adik Sungwoon jauh dari sini dan mereka berdua pindah sekolah"
Seongwoo menjarakkan dirinya sedikit dari wanita itu sambil matanya menatap gambar Daniel yang tersenyum.
Kenapa Kang Daniel? Apa sebenar yang berlaku tujuh tahun lepas?
"Hmmm Detektif Ong" panggilan wanita di depannya mematikan lamunan Seongwoo. "Saya tak pasti samada maklumat saya ini boleh membantu pihak polis atau tidak, sebab ia tiada kaitan dengan kes letupan keretapi tu tapi ia ada kaitan dengan kes tujuh tahun lepas"

YOU ARE READING
Antara Subuh dan Senja
AçãoAntara Subuh dan Senja. Antara kegelapan dan cahaya. Kebenaran dan kepalsuan. Ha Sungwoon, terperangkap antara subuh dan senja. ////////////////////////////////////// Kesilapan di masa lalu ingin ditebus untuk membersihkan namanya. Namun langkah da...