Part 5

53 8 1
                                    

Minhyun mencapai telefon pintarnya, laju mendail nombor telefon Lee Donghae.

"Ketua Lee..."

"Ini aku Seongwoo, Ketua Lee sedang memandu sebelah aku. Kenapa?" Minhyun mendengar suara Seongwoo di talian.

"Oh Seongwoo yah, aku dah soal siasat wanita itu...." Minhyun mengerling Puan Kim Chun Soo yang masih dalam bilik siasatan dengan tangan yang bergari. "....dan aku dah jumpa cctv orang yang menyerahkan kotak hadiah tu kepada dia. Lelaki memakai topeng mulut dan topi, memakai baju kelabu berseluar hitam lusuh. Lelaki itu sengaja menutup mukanya agar tidak kelihatan dalam cctv"

"Jadi memang surat amaran itu adalah benar? Bom memang telah diletakkan dalam keretapi itu?" soal Seongwoo dalam nada agak tinggi.

Minhyun sempat memandang cctv yang ditekan 'pause' dan melihat lelaki yang dimaksudkan tadi, dan memandang seorang lagi pegawai polis yang membantunya mencari cctv itu tadi.

"Ya aku yakin" lapor Minhyun.

..................................

Lai Guanlin lalu di sebelah Daehwi, memperlahankan langkahnya. "Mission almost clear. You must get out of here, there's bomb"

Daehwi terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Guanlin dan hanya mengangguk sebagai tanda balas. Dia percayakan Guanlin mampu melakukan tugas tersebut. Namun sesuatu menganggu fikirannya. Bom. Ada bom dalam keretapi tersebut? Angkara siapa? Doohyun?

Daehwi bangkit berdiri, bergerak ke depan, menghampiri seseorang.

"Maafkan saya...." Daehwi menegur Kim Jaehwan yang masih leka mendengar muzik dengan earphone yang dipasang. Sebaik perasan akan Daehwi, pantas tangan Jaehwan mencabut alat tersebut dari telinganya.

"Ya?"

Daehwi memandang tempat kosong di sebelah Jaehwan. "Saya sebenarnya peminat encik Yoon Jisung. Saya ingat mahu dapatkan tandatangannya tapi dia ke mana ya?"

"Peminat? Jisung hyung? Waaa" Jaehwan agak terkejut dengan sapaan Daehwi itu.

"Betul peminat?" soalnya pula seperti tidak dapat mempercayainya.

Daehwi mengangguk. "Saya suka karyanya masa pameran 'Lost Soul' di Incheon beberapa bulan lepas" ujarnya, sekadar menghafal maklumat yang diberi oleh Guanlin pagi tadi.

"Kamu pergi pameran dia maknanya betul kamu peminat dia. Tapi sekarang dia ke tandas, kamu tunggu sekejap ye" ujarnya, sambil mengerling pandang laluan ke tandas.

"Saya akan datang semula bila dia kembali dari tandas nanti" ujar Daehwi, mahu beredar sebelum langkahnya berhenti. Keretapi yang tadi bergerak laju tiba-tiba berhenti. Daehwi memandang sekeliling.

Daehwi dapat menduga yang mereka sudah menjumpai bom dalam tren tersebut. Seketika kemudian kedengaran pengumuman.

"Perhatian kepada penumpang KTX 2817, keretapi ini terpaksa diberhentikan atas arahan penguatkuasa polis. Para penumpang diminta untuk mengosongkan semua unit koc dan tidak dibenarkan berada dalam koc tanpa kebenaran pegawai perkhidmatan. Kami harapkan kerjasaman semua penumpang untuk turun keluar dengan berhati-hati"

Pengumuman tersebut menerima pelbagai reaksi, ada yang merungut, ada yang takut, ada juga mengambil sisi positif dan harap semuanya berjalan lancar.

"Maafkan saya encik, sila bangun dan kosongkan koc ini dengan segera"

Jaehwan keliru, mencapai kedua-dua beg miliknya dan Jisung. Seketika dia memandang lorong ke tandas. Jaehwan kerisauan.

Daehwi juga mencapai beg dan jaketnya, bergerak menghampiri Jaehwan.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now