8. Dunia yang kecil

48 7 0
                                    


Dada berombak turun naik. Nafas yang dihembus keluar laju dan terasa sesak. Bahunya yang cedera dipegang tahan hanya menggunakan tangan. Darah meruak keluar mengalir melalui celahan jari. Sungwoon menjilat bibirnya yang kering. Kepalanya terasa berat dan kakinya terasa lemah namun Ha Sungwoon menguatkan semangat.

"Tak guna. Mereka pergunakan aku" dengusnya sambil bersandar di lorong deretan kedai. lorong yang agak tersembunyi tidak digunakan ramai orang. Sungwoon duduk bersandar, melepaskan lelah. Pergaduhannya dengan Guanlin menyebabkan Sungwoon kehilangan banyak tenaga dan luka di bahunya menambah kesakitan. Wajahnya pucat dan Sungwoon berasa sangat haus.

Sementara Sungwoon berehat, dia teringat akan Daniel dan Jihoon. Bimbang. Risau. Sungwoon harap Daniel dapat mesejnya pagi semalam dan melarikan diri sebelum ditangkap oleh Doohyun.

"Celaka" Sungwoon menyumpah dalam diam. "Berani dia culik aku"

Sungwoon lalu bangkit berdiri dan berjalan ke sebuah kedai runcit kecil di kawasan kedai berdekatan. Paparan akhbar yang dijual menarik perhatian. Sungwoon melihat artikel yang menjadi muka depan akhbar tersebut. Dirinya sendiri. Gambar profilnya sebagai banduan juga gambar yang kabur ditangkap oleh kamera cctv menjadi hiasan tepi artikel tersebut. Sungwoong mengigit bibir sebelum beredar dengan segera.

"Tak guna. Ada letupan dalam keretapi tu? mereka ingat aku yang letupkan keretapi tu? kenapa aku? Haish" Sungwoon merungut dalam nafas yang tidak stabil.

"Aku mesti buat sesuatu. Aku mesti buat sesuatu. Dia dah melampau. Aku tak boleh berdiam diri lagi"

Sungwoon berjalan ke jalan besar dan menahan sebuah teksi.

"Encik, sila bawa saya ke Universiti Haneul"

.......................................................

Suasana dalam rumah agam milik Keluarga Lee sunyi seperti biasa. Di ruang tamu, Lee Donghwan menerima tetamu di pagi hari. Doohyun dan Daehwi, dua-duanya menjaga kelakuan di hadapan tetamu mereka.

"Terima kasih kerana memaklumkan mengenai perkara tersebut dan ambil berat keselamatan kami sekeluarga" ucap Donghwan ikhlas kepada dua orang detektif yang menjadi tetamunya itu. Pandangannya kemudian beralih kepada anak bongsunya.

"Mujur kamu tak cedera dalam letupan tersebut. Kamu mesti lebih berhati-hati selepas ni" ujarnya memandang Daehwi yang menunduk.

"Ya ayah" jawab Daehwi, tidak mengangkat muka, merasakan renungan semua orang padanya. "Saya minta maaf buat semua orang risau"

"Saya yang patut minta maaf" Doohyun turun melutut di lantai. Tindakannya menyebabkan kedua-dua detektif Jung Sewoon dan Im Youngmin terkejut.

"Saya tidak tahu yang Sungwoon akan kembali balas dendam. Saya tak sangka yang dia akan pergunakan adik saya kali ini" ujar Doohyun, melutut mengadap ayahnya.

"Bangun. Kamu terlalu baik sebab maafkan lelaki itu dan meminta hukuman penjaranya diringankan" Donghwan memegang lengan Doohyun, menyuruhnya bangkit.

Daehwi hanya merenung pandang tindakan lelaki itu. Sesuatu dirasakan aneh. Dia tahu tindakan Doohyun hanyalah lakonan semata-mata, tapi kenapa ia perlu?

Sewoon dan Youngmin saling berpandangan, memberi isyarat bahawa mereka perlu beredar dari rumah tersebut, dan tidak melibatkan diri dalam drama keluarga Lee.

"Kalau encik Lee Doohyun, atau tuan Lee terima sebarang ancaman atau ugutan, terus hubungi kami. Suspek masih berleluasa jadi kami harap masing-masing dapat jaga keselamatan sendiri. Kami masih berusaha untuk tangkap suspek" ujar Sewoon sebelum bangkit berdiri. Youngmin di sebelahnya ikut sama.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now