Beberapa botol bir dihabiskan sambil pemandangannya dicampakkan ke luar, pemandangan bandar Seoul yang disaluti warna kuning kemerahan. Awan di langit seperti menyukai sinaran tersebut yang memberi isyarat bahawa bulan akan kelihatan tidak lama lagi.
Lai Guanlin mengerling pandang Ha Sungwoon yang masih tidak sedarkan diri, terbaring atas katil. Tangan sudah diikat pada besi katil. Kakinya juga diikat rapat.
"Don't kill him"
Guanlin tersenyum apabila teringat akan amaran Daehwi pagi tadi.
"Ha Sungwoon. Lai Guan Lin. Same" ujar Guanlin. Sama seperti Ha Sungwoon, dia juga pernah dipenjarakan. Tiga tahun berada di penjara dan lima tahun dihabiskan di pusat pemulihan. Di pusat pemulihan tersebut, dia bertemu dengan ibu Daehwi yang bekerja di sana dan secara tidak langsung, Guanlin berkawan dengan Daehwi dan hanya Daehwi yang kekal menjadi kawannya, menerima keburukan Guanlin seadanya.
Guanlin mengangkat tangannya ke udara, melihat jari-jemari disebalik cerak cahaya senja yang menyinggah di balkoni bilik hotel tersebut.
Aku pembunuh. Guanlin tidak pernah lupa akan jenayahnya. Aku boleh berubah. Guanlin tidak pernah lupa akan usahanya untuk berubah. Jari-jemarinya yang pernah bermain dengan pisau, pistol dan terlibat dengan mafia merupakan masa silamnya yang gelap. Lee Daehwi adalah salah seorang yang memberinya sinar harapan.
..............................................
"Siapa mereka?" Minhyun menarik lengan Seongwoo, membisik tanya.
"Aku dah hantar kat kau senarai lima orang yang tak ditemui tu kan? Salah seorang darinya ialah kawan mereka, Yoon Jisung" jelas Seongwoo, mempersilakan Jaehwan dan Daehwi duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja Minhyun.
"Boleh saya tahu nama encik berdua, adik beradik ke?" Minhyun memulakan, tangannya bersedia di papan kekunci komputer.
Jaehwan menggeleng. "Saya Kim Jaehwan, saya menaiki tren bersama dengan Yoon Jisung pagi tadi. Kami duduk bersebelahan sebelum dia menghilang, kami....."
"Sekejap" Minhyun mencelah sebelum beralih kepada Daehwi. "Awak pula? pelajar sekolah??" soalnya melihat wajah dan penampilan Daehwi yang masih muda.
"Lee Daehwi. Saya ponteng sekolah hari ni sebab saya nak berjumpa dengan Yoon Jisung" ujar Daehwi, berbohong.
"Lee Daehwi? Anak keluarga jutawan Lee? Anak kedua Lee Donghwan?" soal Minhyun mendapatkan kepastian.
Jaehwan dan Seongwoo serentak memandang Daehwi. Remaja itu mengangguk.
Minhyun mencapai kertas yang tersedia di atas mejanya dan membelek baca dengan fokus.
"Yah, ada kaitan dengan kes tujuh tahun lepas?" Seongwoo bersuara, mendekati Minhyun, juga membaca maklumat tersebut.
"Kenapa tuan detektif?" soal Jaehwan kehairanan. "Kau ada kaitan dengan semua ni?" dia beralih kepada Daehwi.
"Awak masih pelajar kan? Hari ini awak ponteng sekolah? Kenapa awak naiki tren tu?" soal Seongwoo, matanya tertumpu kepada Daehwi.
Daehwi mengangguk sebelum menjawab "Saya peminat Yoon Jisung, saya ingin bertemu dengannya di sebuah pameran seni di Busan" Daehwi berbohong lagi. Dia sebenarnya sanggup ponteng sekolah hari ini adalah kerana ingin melihat agenda abangnya menculik Jisung tapi langsung tidak menyangka penculikan Jisung berjaya dilakukan tanpa Daehwi sedari. Daehwi enggan melibatkan diri dengan polis, makanya dia berpura-pura tidak tahu akan penculikan Jisung.
"Awak kawan Yoon Jisung?" Minhyun menyoal Jaehwan pula, sambil menaip sesuatu pada komputernya.
"Ya, kami berdua memang merancang untuk ke sebuah pameran seni di Busan"
YOU ARE READING
Antara Subuh dan Senja
ActionAntara Subuh dan Senja. Antara kegelapan dan cahaya. Kebenaran dan kepalsuan. Ha Sungwoon, terperangkap antara subuh dan senja. ////////////////////////////////////// Kesilapan di masa lalu ingin ditebus untuk membersihkan namanya. Namun langkah da...