20. Dia

114 6 1
                                    

Tawa. Senyuman. Luahan.

Semua yang dirakam oleh Doohyun tujuh tahun lepas masih kelihatan jelas melalui skrin tayangan yang dipaparkan di bilik siasatan. Seongwoo, Youngmin, Sewoon, Donghae dan Heechul masing-masing menumpukan perhatian pada video yang ditayangkan.

'Baik. Itu sahaja rakaman saya Lee Doohyun pada hari ini. Saya harap dengan rakaman ini, kita boleh membantu Kigyeol"

Ayat terakhir dituturkan oleh Doohyun kedengaran sebelum video tersebut tamat. Skrin bertukar hitam. Gelap.

Youngmin mencapai suis lampu, menerangkan bilik siasatan.

Donghae meraup sapu rambutnya ke belakang, memberi dahinya ruang untuk bernafas. Heechul segera mencapai sebuah kerusi sebelum duduk. Wajahnya kosong.

"Mereka ada tiga orang. Sungwoon, Doohyun dan Kigyeol. Selama ni kita sangka ia hanya melibatkan Doohyun dan Sungwoon, kita tak tahu kewujudan Kigyeol" suara Seongwoo memecahkan kesunyian.

"Mereka serupa. Wajah mereka. Doohyun dan Kigyeol. Umpama kembar" celah Sewoon pula.

Donghae dan Heechul masing-masing mengangguk.

"Buku teks lama dan gambar rumah usang yang kau hantar tu?" Donghae beralih pada Seongwoo.

"Ya" Seongwoo mengangguk. "Rumah usang yang saya pergi tu, sama macam rumah dalam video tu, cuma keadaannya agak lama ditinggalkan"

"Saya dah siasat dengan pihak forensik. Laporan bedah siasat yang diberikan oleh Dr.Shin adalah laporan betul dan laporan tujuh tahun lepas berkaitan gambar mayat yang diberikan oleh Seongwoo juga palsu" ujar Youngmin, menghulurkan sebuah fail laporan kepada Heechul, ketua kumpulannya.

Donghae mendekati Heechul yang membuka baca laporan dalam fail tersebut.

"Seongwoo, gambar mayat ni diberikan oleh Pegawai Daerah di Busan?" soalnya memandang anak buahnya itu.

Seongwoo mengangguk lagi.

Donghae menarik nafas dalam sebelum melepaskan satu keluhan berat. "Kau tahu ke pasal ni?" soalnya teringat akan permintaan Seongwoo untuk siasat kes tujuh tahun lepas.

Seongwoo laju menggeleng, menafikan. "Saya cuma rasa pelik dan tergerak hati untuk kaitkan dengan kes tujuh tahun lepas. Sungwoon, Kang Daniel dan Doohyun, semuanya seolah mempunyai kaitan tersendiri, bukan sahaja dalam kes letupan keretapi tu, tapi semuanya bermula dengan tujuh tahun lepas. Sekarang kita dah tengok video tu, kita dah tahu bahawa kaitan dengan Kigyeol"

"Kigyeol, Doohyun, Sungwoon. Apa yang aku dapat simpulkan di sini ialah mereka bertiga saling kenal dan mungkin mayat yang ditemui tujuh tahun lepas ialah mayat Doohyun yang sebenar dan Kigyeol pula menyamar sebagai Doohyun, dan dia takut Sungwoon dedahkan kepada orang ramai maka dia nak masukkan Sungwoon dalam penjara dan jadikan Sungwoon sebagai suspek utama kes letupan tu" jelas Heechul, sejenak dia diam tertunduk.

Youngmin dan Sewoon saling mengangguk.

"Bagaimana pembunuhan Doohyun yang sebenar berlaku dan macam mana Kigyeol boleh menyamar jadi Doohyun tu, hanya Sungwoon mempunyai jawapannya" tambah Donghae pula.

"Aku akan soalsiasat Ha Sungwoon mengenai tu. Donghae, kau jadi pemerhati, dan Seongwoo, kau nak soalsiasat Kang Daniel tu kan? Boleh. Aku akan carikan pegawai lain sebagai pemerhati. Youngmin, mengenai suspek kes letupan tu macam mana?"

"Baik Ketua Kim. Terima kasih percayakan saya" balas Seongwoo sebelum beralih pada Youngmin pula.

"Pada mulanya saya berasa sangsi namun selepas kaitan antara Kigyeol sebagai Doohyun palsu dirungkaikan, akhirnya saya faham. Youngmin kemudian menghulurkan beberapa helai kertas yang dikepilkan bersama"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now