Angin musim luruh bertiup dingin. Suasana senyap seketika. Bayang-bayang Sungwoon jelas kelihatan, biasan cahaya senja yang berwarna emas. Awan tidak lagi membentuk seperti gula-gula kapas sebaliknya terhampar seperti bulu-bulu yang berselerak di langit. Sungwoon mendepakan tangan.
"Hyung" Jihoon bersuara, melangkah ke depan. Satu langkah tersebut membuatkan semua senjata diangkat acu kepadanya. Pegawai polis bersedia di belakang pistol masing-masing.
"Hyung" Jihoon menggeleng. Air matanya jatuh mengalir di pipi. Mulutnya terbuka ingin mengatakan sesuatu tapi kata-kata itu seolah tersekat dalam tekaknya
"Hoon ah~" Sungwoon menghulurkan tangan pada Jihoon yang semakin hampir dengannya. "Hyung dah penat. Hyung nak tamatkan semua ni. Kamu.... Benci hyung kan?"
Jihoon menggeleng lagi. Angin yang bertiup mengeringkan peluh pada dahinya. Namun air matanya membasahi wajah. "Saya tak pernah benci hyung. Saya salah faham. Saya tak tahu apa yang hyung lakukan demi saya. Saya yang bodoh"
Jihoon berhenti melangkah dan memandang Daniel yang sudah terbaring. Lelaki itu tidak lagi bernafas. Cecair merah masih mengeluar keluar dari badan lelaki itu.
"Kalau hyung pergi, saya akan keseorangan" ujarnya. Air mata tidak berhenti mengalir, sebelum disertai dengan esakan kuat.
"Maaf Hoon. Jaga diri kamu sendiri. Kamu dah besar dan abang sentiasa bangga dengan kamu" ucap Sungwoon perlahan sebelum mendepakan tangan, membiarkan dirinya jatuh ke belakang, dari tingkat 20 bangunan hospital Yangji itu.
"Hyung!"
"Hyung!"
Jihoon membuka mata. Jantung berdegup laju. Di depan matanya bukan lagi wajah Sungwoon yang pucat dan Daniel yang tidak sedarkan diri. Merenung kembali padanya ialah wajah kosong Lee Daehwi di hujung katil. Mimpi. Semuanya adalah mimpi buruk. Jihoon rasa lega, apa yang dilihat tadi hanyalah mimpi.
"Macam mana doktor?"
Jihoon mengerling seorang lelaki separuh umur yang sedang menggantung beg air yang bersambung pada wayar yang dicucuk pada lengannya.
"Dia tak apa-apa. Demamnya dah kebah. Dia cuma perlukan rehat yang cukup" balas lelaki yang itu sambil mengemas alatan perubatannya.
Daehwi menghantar doktor persendirian itu ke pintu dan memberi bayaran yang tinggi. "Ingat doktor, rahsiakan perkara ni" ujarnya sebelum kembali menutup pintu dan mendapatkan Jihoon yang masih terbaring.
Jihoon merasakan kepalanya sedikit ringan berbanding sebelumnya dan tiada lagi tali kasar yang mengikat kaki tangannya.
"Im impressed. You just called a doctor for a man that you kidnapped"
Jihoon mengerling ke kanan, melihat seorang lelaki tinggi berdiri berdekatan tingkap. Separuh langsir dibuka, mengizinkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik hotel tersebut.
"Apa korang nak dari aku?" soal Jihoon, kali ini rasa takutnya sedikit berkurangan.
"Kau dah ok? Doktor tadi cakap yang demam kau dah kebah, jadi kau mesti dah boleh bercakap dengan normal sekarang kan?" Daehwi masih berdiri di hujung katil. "Jadi sekarang, beritahu aku, kau kenal Lee Doohyun? Apa kau tahu mengenai dia?"
"Kenapa? Kenapa kau nak tahu pasal dia? Bukankah kau kerja dengan dia?"
"Kerja dengan dia?" Daehwi tersenyum sinis sebelum menggeleng. "Kenapa aku perlu bekerja dengan dia"
Jihoon menelan air liur. Dia tidak mengenali siapa dua orang lelaki asing tersebut. Persoalannya malam tadi masih belum terjawab.
"Kami.. akan bebaskan kau, kalau kau tolong kami" ujar Guanlin, perlahan, mengatur ayat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Antara Subuh dan Senja
ActionAntara Subuh dan Senja. Antara kegelapan dan cahaya. Kebenaran dan kepalsuan. Ha Sungwoon, terperangkap antara subuh dan senja. ////////////////////////////////////// Kesilapan di masa lalu ingin ditebus untuk membersihkan namanya. Namun langkah da...