10. Buat masa ni..

60 6 1
                                    


Dua buah kenderaan polis laju menyusuri di jalan raya, menyusup masuk ke kawasan bandar. Bunyi siren polis yang kedengaran kuat menarik perhatian orang awam yang berada di kaki lima, deretan kedai berhampiran. Sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam kelihatan laju dipandu, menjadi sasaran polis.

"Laju Jihoon laju" arah Daniel, tidak senang duduk dan kerap berpusing memandang belakang. Sebuah kenderaan polis di belakang semakin menghampiri.

Jihoon juga tidak keruan, cuba untuk fokus pada pemanduannya sambil tangan memegang kuat stereng kereta. Pedal minyak ditekan dan kenderaan tersebut dipandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan di kawasan bandar. Dahi Jihoon berpeluh. Nafas Jihoon gementar. Beberapa ketika Jihoon teringat beberapa tips pemanduan yang diajar oleh ayah Woojin dahulu. Jihoon tidak menyangka kelas memandu yang dia, Woojin dan Jinyoung belajar secara tidak sah dulu, kini digunakan untuk melarikan diri daripada polis. Mereka pernah memandu kereta tanpa lesen namun kali ini, perasaan gementarnya berganda.

"Kita perlu buat sesuatu" ujar Sungwoon juga kerap memandang belakang. Sepucuk pistol di tempat letak barang di belakang lalu dicapai.

Jisung membulatkan mata, terkejut melihat senjata yang dipegang oleh Sungwoon. "Apa kau nak buat?"

"Jangan risau, aku tak akan bunuh polis tu" balas Sungwoon sambil memeriksa peluru dalam pistol tersebut. "Ini Taehyun yang beri?"

Daniel mengangguk laju. "Dia kata kita mungkin perlukan"

"Kita memang perlukan ia" ujar Sungwoon sebelum menurunkan cermin kereta di bahagian kiri dan menjenguk kepalanya di luar tingkap. Pistol diangkat acu.

"Ketua Lee!"

Minhyun yang mengejar laju di belakang kereta yang dipandu oleh Jihoon terkejut apabila melihat suspek utama menjengukkan kepala di tingkap dan mengacukan pistol.

Bang!

Minhyun memusingkan stereng, mengelak butiran peluru tersebut.

"Apa yang terjadi?!" Jihoon menjerit takut mendengar bunyi tembakan tersebut. Daniel memegang bahu Jihoon, menenangkan anak muda itu.

Di belakang kereta yang dipandu Minhyun, Seongwoo dan Youngmin mengekori dari belakang juga. Namun ketinggalan agak jauh.

"Kau dengar tu? Mereka lepaskan tembakan?" soal Youngmin sambil cuba mengejar laju, dan dalam masa sama cuba berhati-hati kerana mereka di kawasan bandar.

"Celaka, Mesti mereka lepaskan tembakan. Bahaya, ini kawasan bandar" Seongwoo juga tidak senang duduk, matanya fokus memandang depan, memastikan kereta Minhyun dan suspek masih dapat dikejar.

Bang!

Sungwoon melepaskan satu lagi tembakan.

"Oh Oh Oh" Minyun memusingkan stereng kereta, merasakan ketidakseimbangan. Kereta yang dipandu mula hilang arah sebelum Donghae perasan tayar depan kereta yang pancit ditembak oleh Sungwoon. Stereng dipusing laju dan cekap, memastikan kenderaan bergerak ke bahu jalan tanpa melanggar sebarang objek.

Minhyun merehatkan dagu di atas stereng kereta sambil mengeluh. "Kita kehilangan mereka"

"Tak guna!" Donghae menendang dashboard di depannya.

Sungwoon kembali duduk dan menarik nafas lega. Pistol di tangannya dilepaskan.

"Pandai kau tembak" ujar Jisung di sebelahnya.

"Pandu ke arah pinggir bandar, kawasan yang tiada cctv. Kita tak boleh terus berada di atas jalan" ujar Sungwoon, memandang Jihoon yang masih memandu.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now