11. Soal maruah

62 6 0
                                    

Bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Sungwoon, wajah-wajah pegawai polis yang mengerumuni keretanya, dan pemanduannya yang laju tadi masih berlegar dalam fikiran. Peluh di dahinya sudah kering, bibirnya pucat dan rambutnya serabai. Jihoon meraba poket seluarnya, mengeluarkan telefon pintar. Skrin telefon tersebut gelap.

"....Matikan telefon kau"

Jihoon menekan butang, menghidupkan semula alat tersebut. Skrin berwarna hitam bertukar menjadi cerah dan kelihatan wallpaper gambar seekor anak anjing putih di kawasan perumahannya. Peratusan bateri tinggal separuh. Jihoon menekan dail beberapa digit nombor sambil merendahkan kepalanya, enggan dilihat oleh Daniel yang kelihatan seperti sedang berbincang dengan Sungwoon dan lelaki asing yang bersama Sungwoon di fakulti tadi.

"Hello?" panggilan Jihoon berjawab.

"Hello? Jihoon ah" suara di talian memanggilnya setelah Jihoon diam tidak membalas. "Jihoon, aku tahu kau Jihoon"

Jihoon senyum kecil. Suara Woojin melegakan hatinya. "Woojin ah~"

"Ha ye, aku ni. Kau kat mana?"

Jihoon mongerling keadaan di luar kereta, melihat bangunan usang di tempat tersebut. "Aku di....."

"Jangan beritahu!" celah Woojin. "Tapi kau masih ada di korea kan?"

"Dia mana ada passport nak ke luar negara" kedengaran suara Jinyoung juga.

"Jinyoung ada di sana juga?" soal Jihoon.

"Dia ada di rumah aku ni. Kiteorang ponteng sekolah hari ni, dan pergi rumah kau. Ada polis datang rumah kau dan polis tanya cikgu samada kau ke sekolah ke harini"

Jihoon mendengus perlahan.

..................................................................

Awan mendung kelihatan memenuhi ruang langit. Seketika baju di ampaian berkibar-kibar ditiup angin, namun masih disepitkuat di penyangkut. Keadaan bandar seolah dimandikan oleh warna jingga apabila dibias oleh cahaya senja, penanda malam akan keluar untuk menggantikan siang. Jinyoung mengintai dari tingkap.

"Yah, aku rasa aku perlu balik dulu. Nampaknya kejap lagi hujan akan turun, aku tak bawa payung"

"Kau boleh guna payung rumah aku tu" balas Woojin bersahaja sebelum merasakan getaran telefon pintarnya yang berada di atas lantai. Alat itu dicapai. Mata Woojin membulat melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin.

"Jinyoung ah~" Woojin melambai panggil rakannya.

Jinyoung menghampiri Woojin yang duduk di atas sofa.

"Jihoon call?!" soalnya terkejut.

Woojin menjawab panggilan tersebut dan menghidupkan mod pembesar suara supaya Jinyoung juga dapat mendengar suara Jihoon.

"Hello?"

Senyap di talian, tanpa sebarang belasan. Woojin dan Jinyoung saling berpandangan.

"Hello? Jihoon ah? Jihoon, aku tahu kau Jihoon"

"Woojin ah~"

"Ha ye, aku ni. Kau kat mana?"

Jinyoung menepuk peha Woojin dan menggeleng. Jinyoung memulutkan 'jangan' tanpa suara.

"Aku di....."

"Jangan beritahu!" celah Woojin. "Tapi kau masih ada di korea kan?"

"Dia mana ada passport nak ke luar negara" Jinyoung bersuara.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now