14

53 4 0
                                    


"Hospital???!" suara Doohyun meninggi.

Chanbin mengangguk sambil menggosok belakang lehernya. "Apa mereka buat di hospital?" soalnya, memandang Doohyun yang bangkit berdiri dari meja kerjanya.

"Mana aku tahu!" Doohyun membalas kasar. Fikirannya mula ligat memikirkan kemungkinan sebab untuk Sungwoon ke sana. "Hosptal mana dia pergi?" soalnya kembali.

"Yangji" ringkas jawab Chanbin, dalam masa sama, turut memikirkan jalan penyelesaian untuk menangkap Sungwoon dan Jisung.

Doohyun diam seketika, memaksa keringat otaknya untuk mencari kata kunci yang sepadan dengan hospital tersebut.

"Jangan-jangan....."

"Kenapa?" soal Chanbin, melihat riak pucat Doohyun.

"Dia nak dapatkan rekod perubatan aku? nak periksa DNA aku?"

Chanbin menggeleng. "Kau kan dah tukar rekod perubatan kau, sama macam Lee Doohyun yang sebenar"

"Bukan Lee Doohyun, tapi Kigyeol. Rekod perubatan aku yang sebenar"

Hujung bibir Chanbin terangkat, memandang sinis rakan subahatnya itu. "Kigyeol dah mati. Dia tiada rekod perubatan. Kau sekarang adalah Lee Doohyun. Dah tujuh tahun berlalu, takkan masih tak biasa?"

Doohyun memicit kepalanya. "Ahhhh pening kepala aku dengan Sungwoon ni. Apa rancangan dia sebenarnya? Macam mana kalau dia dedahkan identiti aku?"

Chanbin menggeleng. "Dia tiada bukti. Lee Doohyun yang sebenar dah mati dan tiada siapa jumpa mayat dia"

"Mayat...." Sesuatu terlintas di fikiran Doohyun.

"Yah Chanbin, kau ingat tak mayat yang ditemui oleh nelayan tujuh tahun lepas dekat dengan perkampungan kita?"

"Maksud kau?" dahi Chanbin berkerut.

"Ada mayat mati lemas pernah ditemui beberapa bulan lepas Sungwoon masuk penjara dulu...."

"Tapi itu bukan mayat Doohyun yang sebenar kan? kita dah periksa rekod dengan doktor masa tu" celah Chanbin.

Doohyun kembali diam, memikirkan kebenaran apa yang dikatakan oleh rakannya. "Aku tetap rasa tidak sedap hati. Kita kena tangkap juga Sungwoon dan Jisung"

Chanbin melepaskan satu keluhan berat "Aku akan bawa orang ke hospital Yangji untuk tangkap mereka berdua"

.................................................................

Jantungnya berdegup laju. Perkataan yang disebut oleh Jihoon masih bermain dalam fikirannya. Sukar untuk Daehwi menerima dan mempercayainya.

"Mati"

Daehwi menelefon seseorang namun panggilan tersebut tidak diangkat. Jarinya mengulang dail nombor yang sama, terus menelefon beberapa kali.

"Ma~" rungut Daehwi, berasa geram kerana panggilannya ditolak. Daehwi keresahan.

"Yah" Daehwi menoleh pandang Jihoon yang masih berada di atas katil. "Kau tak tipu aku kan?"

Jihoon melepaskan satu keluhan kecil. "Berapa kali harus aku cakap, aku tak dapat apa-apa kalau menipu pun"

Riak Daehwi tidak berubah, masih resah. Ibunya pula tidak mengangkat panggilan. Daehwi tidak tahu siapa lagi yang boleh memberi kesahihan terhadap kata-kata Jihoon.

"Kalau tuan muda nak tahu tentang apa yang berlaku tujuh tahun. saya rasa orang yang paling sesuai tuan muda tanya ialah Pekebun Ma"

Daehwi menguak rambutnya, memberi dahinya ruang untuk bernafas. Kata-kata Hoseok lalu lalu di fikirannya. Daehwi menggigit bibir.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now