12. Penipuan

89 5 0
                                        


"Jihoon ah~"

"Hoon ah~"

Badannya terasa panas manakala kakinya terasa sejuk. Anak rambutnya basah dengan peluh sendiri. Jihoon membuka mata. Kepalanya terasa berat. Pergerakannya terasa terbatas. Jihoon melihat tangannya diikat pada kepala katil dan kedua-dua kakinya yang diikat rapat. Jihoon pana seketika. Apa yang berlaku?"

"Kau duduk sini dulu. Jangan pergi ke mana-mana"

Kata-kata Daniel terngiang-ngiang dalam mindanya. Di mana dia sekarang? Jihoon mengerling sekeliling, melihat keadaan bilik hotel yang mewah. Dirinya terbaring atas katil yang besar dan mempunyai sebuah pemanas udara yang dihidupkan di tepi katil. Langsir di tepi bilik tidak dibuka, dan keadaan agak kelam. Jihoon kemudian teringat yang dia diserang oleh seseorang dalam bangunan lama.

Jihoon menelan air liur, mukanya pucat. Nafasnya laju. Jihoon ketakutan. Pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya. Di mana dia sekarang? Siapa yang menculiknya? Adakah Doohyun yang menculiknya? Di mana Daniel dan Sungwoon? Apa akan berlaku padanya? Berapa lama dia tidak sedarkan diri?

.......................................................

Tangan yang menggengam pegang stereng laju membuat pusingan patah balik. Titisan air hujan yang belum kering pada wajahnya dibiarkan. Jantungnya berdegup laju.

"Kenapa kau tinggal dia di sana?!!" Sungwoon meninggikan suara.

"Apa kau buat ni" Jisung memegang tahan stereng kereta, tidak membenarkan Sungwoon patah balik. "Jangan beritahu aku yang kau akan patah balik untuk kutip budak tu"

"Dia adik aku!" dada Sungwoon turun naik, diselangi nafasnya yang kencang.

Daniel mengigit bibir, dihimpit rasa bersalah kerana meninggalkan Jihoon keseorangan dalam bangunan tadi.

"Dia mungkin keseorangan di sana! Dia mungkin menunggu aku untuk patah balik!"

"Tak boleh!" Jisung menghalang. "Polis masih ada di sana! Kalau adik kau ada di sana, dia mesti sudah ditangkap oleh pihak polis tu"

Daniel memegang kedua-dua Jisung dan Sungwoon yang berada di tempat duduk hadapan. Dirinya takut untuk bersuara. Separuh hatinya ingin patah balik dan mencari Jihoon dalam bangunan itu, namun separuh lagi bersetuju dengan apa yang dikatakan Jisung.

"Aku tak akan benarkan mereka ambil adik aku!"

Buk

Jisung menumbuk Sungwoon. Lelaki itu terkejut, hampir terlepas pegangan stereng dan kereta tersebut hampir melanggar bahu jalan sebelum dikawal semula oleh Sungwoon. Daniel juga terkejut dengan tindakan Jisung.

"Mereka tak akan buat apa-apa pada adik kau. Adik kau akan selamat dalam tangan pihak polis. Kita akan bebaskan dia, tapi bukan malam ni" tegas Jisung.

Sungwoon mengelap hidungnya yang berdarah dan memandang Jisung di sebelahnya dengan pandangan geram. Bibirnya diketap kuat.

"Hyung" Daniel bersuara, cuba menenangkan Sungwoon, memegang bahu lelaki itu.

"Jangan sentuh aku!" Sungwoon menepis tangan Daniel. Marahnya masih tidak hilang.

"Aku tahu kau risau. Tapi aku yakin adik kau boleh jaga rahsia kau dan jaga diri sendiri" ujar Jisung, sempat menoleh pandang Daniel yang diselubungi rasa bersalah. Wajah Sungwoon naik merah, dan cuaca hujan yang sejuk tidak membantu menghilangkan rasa panas dalam badannya.

............................................................

Di salah sebuah restoran berdekatan hotel, Guanlin menunggu di meja yang sudah ditempah. Jarinya mengetuk meja beberapa kali. Perutnya sudah kelaparan. Sejak pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan berat kecuali gula-gula getah dan sebungkus roti di hotel.

Antara Subuh dan SenjaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang