19. Bisikan

75 7 3
                                    


Cawan kosong di atas meja bekas minuman pegawai polis yang datang tengahari tadi dibiarkan. Dedaun luruh di luar tingkap menarik perhatiannya. Nafasnya mendengus keluhan.

Sudah tujuh tahun berlalu dan separuh dirinya menyalahkan dan membodohkan diri kerana berdiam diri selama ini.

"Doohyun, maafkan saya" ucap wanita separuh umur yang memegang jawatan pegawai daerah itu. Senyuman iklas Doohyun yang terlintas di ingatannya tidak memberi sebarang kelegaan, tapi menambah perasaan bersalah.

"Masuk"

Song Imna mendongak pandang tetamunya yang mengetuk dan membuka kuak pintu bilik pejabatnya.

"Ada apa boleh saya bantu?" soalnya melihat seorang anak muda berdiri di muka pintu.

"Anyeonghaseyo~ nama saya Lee Doohyun. Saya pelajar sukarelawan yang datang dari Seoul"

Imna mengangguk. Dia mengenali anak muda yang aktif dengan kegiatan sukarelawan itu. "Ye. Saya kenal kamu. Ada apa ye kamu datang sini? Ada masalah dengan kegiatan sukarelawan? Ada penduduk kampung yang melayan kamu dengan buruk?"

Doohyun menggeleng. "Maaf menganggu Puan Song. Saya datang bukan untuk berbincang mengenai aktiviti sukarelawan di kampung nelayan tu. Aktiviti tersebut berjalan lancar dan penduduk kampung layan kami dengan baik"

"Kemudian?" Imna kemudian perasan akan sampul yang dibawa bersama Doohyun. "Apa hal yang kamu nak bincangkan?"

"Saya datang untuk bercakap mengenai salah seorang penduduk kampung ni yang tidak mendapat layanan adil seperti rakan sebayanya yang lain. Namanya Moon Kigyeol. Dia tinggal di kawasan hutan dan tidak mendapat peluang pendidikan" Doohyun kemudian memberikan sampul yang dibawa bersama kepada Song Imna.

Pegawai daerah itu menyambut sampul tersebut dengan pana sebelum membuka ia. Sebuah keping gambar kemudian dikeluarkan. Gambar itu dilihat dengan teliti.

"Doohyun, ini...."

"Dia adalah Moon Kigyeol. Lelaki yang berdiri di sebelah kanan sebelah saya"

Song Imna kemudian mendongak pandang Doohyun sebelum beralih semula kepada gambar tersebut. "Wajah dia... dan kamu...."

"Serupa" simpul Doohyun. Tersenyum

Song Imna mengangguk. "Ini pula?" gambar kedua dikeluarkan pula, dilihat juga dengan teliti. Perbezaannya, gambar pertama hanya mempunyai dua orang, manakala gambar kedua mempunyai tiga orang.

"Itu Ha Sungwoon. Kawan baru saya. Dia juga kawan baik kepada Moon Kigyeol" jawab Doohyun, membiarkan pegawai daerah itu membelek lihat gambar itu sepuasnya.

"Siapa mereka?"

"Moon Kigyeol adalah anak yatim piatu. Dia tiada sijil kelahiran sebab kelahirannya di dalam hutan oleh ibu tunggal yang tiada duit untuk mendaftarkannya. Dia tidak dapat peluang untuk bersekolah dan disisihkan oleh masyarakat kampung. Saya yakin pasti puan sendiri tidak mengenali malah tidak tahu pasal dia"

Song Imna diam seketika. Memang benar apa yang dikatakan Doohyun. Dia tidak mengenali Moon Kigyeol yang dinyatakan.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Ibunya dihina oleh masyarakat dan melarikan diri dalam hutan. Mereka larikan diri dari cemuhan masyarakat. Ibunya tiada wang untuk daftarkan kelahiran Moon KIgyeol dan menyebabkan Kigyeol tiada kad pengenalan diri sehingga sekarang. Dia juga tak dapat bersekolah dan belajar seperti orang lain" jelas Doohyun.

Antara Subuh dan SenjaWhere stories live. Discover now