06 | ♡

11.6K 593 17
                                    

Eishal memerhatikan wajah wajah ahli keluarganya yang terlalu mesra alam dengan Rayden dan Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eishal memerhatikan wajah wajah ahli keluarganya yang terlalu mesra alam dengan Rayden dan Harraz. Kalau lah mereka tahu macam mana perangai Rayden. Mahu mati kena cincang.

" Shal, dah kenapa tenung Rayden macam tu? Dia handsome sangat ya? Boleh kenyang ke makan handsome dia tu sampai nasi pun tak disentuhnya? " usik Puan Suhana. Eishal menjeling ke arah wanita itu tajam.

" Ha'ah ibu, kenyang sangat " Bola mata diputarkan. Biar mereka tahu yang dia betul betul benci dengan lelaki itu.

" Ayah dah bincang dengan Papa kamu, katanya nak langsung lagi dua minggu. Ayden okey ke? " Rayden memandang ke arah Encik Hilman sambil tersenyum.

" Ayden okey je ayah " Encik Hilman dan Puan Suhana ketawa bahagia. Ewah ewah.

" Syukurlah kalau macam tu, tinggal nak pujuk orang tuuu je " Eishal dapat merasakan yang bunyi tuuu itu seperti ditujukan kepadanya .

Eishal bangun dari duduknya.

" Eh Shal? Dah habis makan ke? Nasi tak luak pun ibu tengok? " Sampuk Puan Suhana.

" Takde selera Shal nak makan , Shal nak naik " pantas dia berlalu ke dapur dan membuang sisa makan lalu membasuh pinggan mangkuk di dapur.

" Shal , sini kejap. Ayah nak bagitahu kamu sesuatu " Eishal memegang dadanya yang dari tadi berdegup kencang. Dia tahu sesuatu yang ingin disampaikan oleh Encik Hilman itu adalah sesuatu yang mampu membuatkan dirinya diserang heart attack

Sekarang suasana di meja makan mula serius dan awkward .

" Ayah nak cakap apa? Tak boleh tunggu diorang balik dulu ke? " Rayden dan Harraz dijeling sekilas.

" Ayah nak Shal kahwin dengan Rayden " jatuh dua inci rahang Eishal . Tak mungkin!



Dush! Dush!

" Eh Shal stop stop! Aku penat " adu Alana. Termengah mengah gadis itu menahan rasa lelah.

" Kau blah sana, aku tak puas lagi! " Punching bag ditumbuk dan disepak sekuat hati. Mata mata yang memandang mula berasa gerun apabila mendengar sumpah seranah yang keluar dari mulut kecil itu.

" Shal dah la! Lebam Tangan kau nanti " pujuk Alana namun diendahkan sahaja gadis itu.

" Lelaki tak guna! " Eishal menjerit kuat dan melepaskan tumbukan yang terakhir lalu menghampiri Alana yang duduk tercengang di kerusi.

" Orang tua tua kata, jangan benci sangat cik Rose nanti silap silap kau yang sayang dia bagai nak gila " selesai saja Alana berkata begitu. Death glare yang setajam pisau diberikan.

" Lagi pun okey apa dengan Rayden, aku tengok dia tu sesuai sangat dengan kau, macam pinang dibelah dua " Eishal mengusutkan rambutnya .

" Eh kau diam lah Lana! kalau kau datang sini teman aku setakat nak menyakitkan hati , baik kau balik sekarang! " marah Eishal. Alana tersengeh lalu meminta maaf.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now