[ PLAY MEDIA ]
by the way , thank you for 40k views and 4k vote. Love you! ❤
RAYDEN mengelus perlahan pipi Eishal. Mata redup lelaki itu memanah tepat ke dalam anak matanya . Rindu? Ya dia rindukan lelaki itu. Satu-satunya lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak dulu.
Cecair jernih mengalir dipipi lelaki itu membuatkan Eishal terkedu. Mengapa Rayden menangis? Apa yang lelaki itu fikirkan ?
Eishal menyeka air mata Rayden.
" Aku sayang kau sangat-sangat Eishal " ucapnya dalam nada bergetar. Eishal masih kekal tersenyum .
" Aku redha Eishal , aku lepaskan kau. Kau layak hidup bahagia dengan lelaki pilihan kau " Kata-kata Rayden menyentak tangkai hatinya. Semudah itu ?
" Kenapa? Kenapa semudah itu? Saya masih mengharapkan awak kembali , saya cuba beri awak peluang untuk rebut hati saya lagi. Tapi kenapa mudah sangat awak mengalah? " dada Rayden ditolak perlahan.
Terdengar keluhan kecil daripadanya.
" Aku tak nak kau terseksa lagi , aku tak sanggup tengok kau menangis lagi. Cukup lah dengan apa yang aku dah buat pada kau dulu . Kau sepatutnya cari lelaki yang lebih layak berbanding aku " Eishal sudah mula menangis teresak-esak .
" Tapi saya nak awak "
" Aku tak boleh Eishal , aku tak boleh. Maafkan aku untuk segalanya " Rayden melangkah pergi meninggalkan Eishal sendiri.
EISHAL terjaga daripada lenanya. Wajah diraup perlahan . Badan yang masih bertelekung itu dipandang hairan ,otaknya ligat mengingati semula perkara terakhir yang dilakukan nya semalam.
Dahi ditepuk perlahan.
Baru dia teringat malam semalam dia bangun untuk solat tahajud dan Istikarah. Entah macam mana dia boleh terlena .
Azan mula berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh. Perlahan-lahan Eishal mencuba untuk berdiri dengan sendiri dan Akhirnya dia berjaya . Dengan penuh berhati-hati Eishal melangkah masuk ke dalam bilik Air dan mengambil wuduk.
Selesai solat subuh, Eishal duduk di balkoni untuk mengambil angin pagi yang sejuk dan mendamaikan itu.
Rayden.
Terlintas nama itu difikirannya. Sudah seminggu lebih dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Ke mana dia pergi?
Kasyaf?
Eishal faham apa yang Kasyaf rasakan ketika ini, lelaki itu diselubungi dengan rasa serba-salah . Setiap hari lelaki itu akan melawat Amy yang sedang koma di hospital sehinggakan dirinya tidak dipedulikan.
Kepala yang berdenyut-denyut picit perlahan. Pening memikirkan masalah mereka . Rayden hilang entah ke mana , Kasyaf pula sudah semakin jauh dengannya ...
SENYUMAN terukir dibibir apabila mendengar penjelasan Doktor Amran tentang perkembangan kakinya. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan dari keluarga yang tercinta. Dia hampir pulih sepenuhnya.
" Jadi saya rasa awak dah tak perlukan kerusi roda lagi Eishal " Eishal mengangguk perlahan kepalanya. Gembira tak terkata .
" Kalau macam tu saya keluar dulu ya Doktor? " Pamit Eishal , keluar saja daripada bilik Doktor Amran terus beberapa orang jururawat perempuan mendekatinya.
" Alhamdulillah, Eishal dah boleh berjalan " katanya teruja. Tumpang gembira apabila melihat gadis itu mampu berjalan semula.
" Alhamdulillah Kak , Eishal nak berterima kasih dengan akak akak semua sebab sudi bantu Eishal untuk berjalan semula "
Mereka semua tersenyum.
" Akak gembira tengok Eishal sihat macam ni , akak tahu Eishal akan sihat sebab Eishal ni kuat orangnya " Eishal tertawa kecil.
" Okay lah akak tak boleh nak bersembang lama lama, ramai sangat patient harini. Jumpa lagi ya Eishal " Jururawat itu melangkah pergi meninggalkan Eishal sendiri.
Eishal melangkah dengan penuh berhati hati, tangan nya berpaut pada pemegang disepanjang laluan tersebut.
" Eishal? " Eishal menolehkan wajahnya dan memandang ke arah si pemanggil.
" Rayden! " spontan bibirnya tersenyum.
" Lama tak nampak awak , busy eh? Buat apa dekat sini? " Soal Eishal bertubi tubi.
" Emm ya busy sikit kebelakangan ni , oh aku melawat kawan aku " Eishal mengangguk walaupun hatinya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Rayden.
Siapa kawan dia?
" Glad to see you can walk again , come let me help you " lengan Eishal dipaut oleh Rayden dan perlahan-lahan melangkah ke dalam elevator.
" Te-Terima kasih " ucap Eishal sedikit gagap. Mungkin kerana keadaan jarak mereka yang terlalu rapat membuatkan dirinya terasa janggal.
" I hope that i can see your face smiling tomorrow and forever " Eishal terdiam.
" I really want you so bad , tapi aku kena berundur . Sebab aku tahu kau bukan milik aku lagi " Eishal terpempan.
Tak, tak mungkin!
" Awak cakap apa ni Rayden? Aa-Awak nak tinggalkan saya ke? " Wajah Eishal berubah cuak. Tolonglah katakan ini hanyalah mimpi.
Dia tidak mahu kehilangan Rayden lagi. Tapi bagaimana pula dengan Kasyaf?
" Ada lelaki lain yang lebih layak untuk jaga kau . Aku tak layak , aku tak mampu " air mata mula bertakung di tubir matanya.
" Dulu tuhan kirimkan aku seorang gadis yang perlu aku jaga sebagai amanah dari-Nya . Tapi aku gagal , hidup dia akhirnya terseksa sebab aku . Dan aku tak mahu perkara itu berulang lagi " Rayden menahan sebak yang memukul dadanya.
" Lupakan aku, dan teruskan kehidupan kau Eishal . Aku sayang kau dan kau segalanya buat aku " Apabila pintu elevator terbuka, Rayden terus melangkah pergi meninggalkan Eishal yang sudah menangis teresak-esak dan terduduk dilantai elevator.
" Kenapa? "
To Be Continued,
Who's crying? 😭😭😭😭
YOU ARE READING
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...