40 | ♡

9.4K 368 10
                                    

WAJAH kusut Kasyaf ditenung lama, dia tahu yang lelaki itu ingin menyatakan sesuatu. Sudah 30 minit mereka berdiam diri dan membuang masa dengan melayan perasaan masing masing.

" Kasyaf, kalau awak tak ada nak cakap apa apa saya nak balik " Eishal mencapai tas tangannya dan berura ura ingin pergi namun pantas Kasyaf menegahnya.

" Okay please, duduk dulu "

" Dah 30 minit awak membatu , saya ada banyak lagi kerja nak kena buat ni.  Takkan awak nak saya duduk sini tengok muka awak dan tak buat apa apa? " Kasyaf meraup kasar wajahnya.

" Eishal, saya mintak maaf " Ucapnya.

Eishal menarik nafas sedalamnya. Dari awal lagi dia sudah dapat menghidu niat lelaki itu.

" Untuk apa? "

Kasyaf memejam rapat matanya , tidak sanggup melihat wajah Eishal. Dia tahu gadis itu akan kecewa dengan dirinya.

" Kita putus "

Masing masing menyepi. Kasyaf membuka matanya dan memandang ke arah Eishal yang hanya beriak selamba.

" Saya dah agak dah " balas Eishal selamba.
" Ma-macam mana? " Soal Kasyaf gagap.

" Sejak Amy accident lagi saya dah dapat agak yang semua ni akan terjadi. Saya tahu awak akan beralih arah " Eishal berpeluk tubuh.

" Sebulan awak hiraukan saya . Awak habiskan semua masa awak untuk melawat dan jaga Amy dekat hospital sebab awak rasa serba salah. Awak ingat sebab awak Amy jadi macam tu sebab tu awak concern pasal dia " Kasyaf diam dan menundukkan wajahnya.

" Kasyaf kalau awak serabut atau hati awak tak tenang , find your way back to Allah. Mintak pada DIA , supaya lapangkan dada awak . Mintak petunjuk dari DIA " Eishal menggelengkan kepalanya perlahan melihat penampilan Kasyaf yang sudah tak terurus itu.

" Ingat apa saya cakap , mintak pada DIA. Assalamualaikum " Eishal menanggalkan cincin yang tersarung dijari manisnya lalu diletakkan dihadapan Kasyaf dan melangkah pergi.

Eishal masuk ke dalam keretanya, pedak minyak ditekan dan kereta dipandu ke satu tempat. Dia perlu mencari seseorang.
























KERETA dipakir di hadapan bunglow mewah milik keluarga Rayden. Hampir tiga tahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu.

" Assalamualaikum " laung Eishal.

Tak lama kemudian, Pintu rumah tersebut terkuak luas . Wajah Engku Ruhaila menyapa pandangannya.

" Ya Allah Eishal! " Terus tubuh Eishal dipeluk erat. Rindunya terhadap gadis itu terlepas juga akhirnya.

" Mari masuk? " Engku Ruhaila menarik lengan Eishal ke ruang tamu.

" Mama! " jerit Arryan teruja apabila melihat Eishal berada diruang tamu rumahnya, terus si kecil itu berlari ke arah Eishal dan memeluk tubuhnya.

" Rindu mama! " Pipi Arryan dicium cium. Rindu!

" Mama, sebenarnya Eishal cari Ayden . Dia ada tak? Dah dekat sebulan Eishal tak jumpa dia " Engku Ruhaila menggelengkan kepalanya perlahan.

" Samalah Eishal , Ayden pun dan dekat sebulan tak balik rumah. Mama tak tahu lah ke mana perginya budak bertuah tu " Beritahu Engku Ruhaila.

" Danielle mana ma? Dah lama tak nampak dia? " soal Eishal membuatkan Engku Ruhaila terkedu.

" Ayden tak bagitahu kamu? "

" Tak bagitahu apa ma? " Soal Eishal kehairanan.

" Danielle dah meninggal dua tahun lepas, selepas dia lahirkan Arryan " Eishal terpana. Kenapa Rayden langsung tak bagitahu dia pasal ni?

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now