Tok tok,
Eishal mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah pintu pejabat. Marisa masuk ke dalam dan mendekatinya sambil tersengeh sengeh .
" Kau dah kenapa Ari? " soal Eishal kehairanan apabila melihat rakannya itu tersenyum seperti perempuan gila.
" Emm Rose, sorry tau harini aku tak boleh nak teman kau lunch, Aku ada... " mulut Eishal membentuk o. Baru dia faham mengapa gadis itu tersengeh sengeh.
" Oh buah hati ajak lunch la ni " Marisa tersipu sipu.
Eishal menggelengkan kepalanya. Mata dikerling sekilas ke arah jam di tangan yang menunjuk pada angka 12 .
" Jom lah turun sekali "
" Okey , aku kemas jap " Marisa berlalu pergi meninggalkan Eishal sendiri.
Tok tok...
" Sabar lah Ari! "
Tok tok
" Eh sabar lah— " terus mulut Eishal membisu apabila matanya tertancap pada tubuh tegap yang berdiri di pintu pejabatnya.
" Tak lunch? " soalnya pendek.
" Oh saya tengah kemas barang sikit boss, kejap lagi baru turun. Boss tak lunch ke? " soal Eishal kembali.
Lelaki itu berdecit.
" Rose, kerja tu kerja juga. Tapi jangan dera diri awak. Masa makan, makan. Masa kerja, kerja. Understand? " bebelnya. Eishal membatu.
" Stop cleaning, jom teman saya lunch " mata Eishal membulat. Lunch? Dengan lelaki yang berada di hadapannya ? Buat kali yang kedua? Oh tidak...
" Eh tak apa lagipun saya dengan Marisa dah janji nak makan sama—"
" Rose, aku gerak dulu tau. Razif dah tunggu dekat lobb— errr " Dahi ditepuk perlahan. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya kantoi jua.
" So no excuse then , hurry up. Potong gaji baru tahu " Eishal tersenyum kelat. Marisa dijeling sekilas. Rakannya itu hanya menayangkan wajah tak bersalahnya.
" Well ,nampaknya kau pun ada lunch date juga hari ni " bahu Marisa ditampar perlahan. Gadis itu ketawa kecil. Sensitive betul Eishal Rose ni, usik sikit dah Melenting.
" Jom lah, nanti aku yang kena bukan kau " tangan Marisa ditarik ke arah lif.
—————
" Any suggestions nak makan dekat mana? " Eishal mengeluh berat. Dalam banyak soalan kenapa keluar ‘nak makan dekat mana’ tu jugak... The hardest question ever!
" Mamak "
Lelaki itu diam. Tak sampai 8 minit memandu , kereta dipakir di hadapan restoran mamak Ali maju. Eishal menganga.
" Err boss okey ke kalau kita makan dekat mamak? " Senyuman sinis terlakar di bibir pink itu
" Awak ingat saya ni setiap masa nak kena jaga standard ke? Hello mamak ni dah macam port lepak saya tau " Eishal mencebik.
‘ eleh boleh percaya ke mamat salih celup ni? Macam acah je ’ kutuk Eishal dalam hati.
" Mengutuk saya la tu , dah jom " lelaki itu keluar dari dalam kereta dan duduk di meja makan di dalam restoran tersebut. Eishal menggelengkan kepalanya lalu mengekori langkah lelaki itu.
Selesai memesan makanan...
" Saya ingat boss nak bawak saya pergi makan chiken cop ke, aglio olio ke " Eishal menongkatkan dagunya dan memandang ke arah wajah putih milik lelaki itu.
" Membazir duit aku je , makan dekat kedai mahal tu makanan dah la ciput. Nak jadi taik pun tak lepas " selesai lelaki itu menghabiskan ayatnya. Pantas saja bahunya dicubit oleh tangan kecil milik Eishal.
" Orang tengah makan lah boss! Pengotor betul! " marah Eishal . Geram apabila lelaki itu bercakap ikut sedap mulut saja.
" Eh Gab? " sapa seseorang. Lelaki itu menoleh.
" Elham? "
Kedua mereka berpelukan ditengah tengah kedai mamak tersebut. Buat jejak kasih pula.
" Eh tak sangka aku boleh jumpa kau dekat sini, kau amacam sekarang? Makin sado aku tengok? " Kata lelaki bernama Elham itu lalu menyentuh ketulan ketulan abs yang sedikit menimbul pada baju kemeja lelaki itu.
" Aku biasa je, tak berubah apa pun " balas lelaki itu.
" Eh siapa ni? Awek kau ke? Tak nak kenalkan dekat aku ke? " kata si Elham lagi sambil memandang ke arah Eishal yang dari tadi menundukkan wajahnya.
" tak ada lah, ini PA aku "
" Serious lah bro? Kau bawak awek pergi mamak? " soal Elham tak percaya.
" Dia yang minta, aku bawak je la . Lagipun bagus apa, jimat duit aku " Eishal yang mendengar jawapan bossnya itu memutarkan bola matanya. Menyampah.
" Taknak kenalkan dekat aku ke? " Lelaki itu mula mendengus geram apabila si Elham itu banyak songeh. Namun ditahankan saja rasa menyampahnya.
" Elham, kenalkan PA aku... Nur Eishal Rose binti Raja Mohd Hilman and Rose this is my friend Elham Rizqi " Kedua mereka mematungkan diri sambil memandang ke arah satu sama lain tak berkelip.
" Ta... Tak mungkin "
—TBC—
— tak mungkin apa? Cuba teka? Cliche enough haha 😂 sorry kalau ada typo(malas nak check sebab line teruks gilos) . Stay tuned untuk update yg seterusnya.
Vote and comment.
Lots of love Alya ♥
YOU ARE READING
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...