Sudah seminggu gadis itu diam membisu, mata tertutup rapat dan terbaring lesu. Wajah pucatnya di pandang lama. Satu demi satu ujian yang harus dia tempuhi dan akhirnya dia tewas.
Perlahan lahan mata yang terkatup itu terbuka. Di perhati lama keadaan sekelilingnya sebelum dia bergerak.
" Eishal... " panggil Elham sayu.
Eishal masih statik. Dia cuba untuk menggerakkan anggota badannya malang sekali dia tidak berdaya.
" Jangan banyak gerak dulu, Eishal baru sedar badan tu tak sembuh lagi. Rehat dulu ya, abang panggil Doktor " gadis itu tidak memgangguk, tidak juga menggeleng. Diperhatikan saja Elham melangkah pergi meninggalkan dia sendirian.
Eishal cuba untuk bangun buat kali yang kedua namun masih sama hasilnya. Dia tidak berjaya.
Tak lama kemudian Doktor dan beberapa orang nurse masuk ke dalam wad . Eishal dibagunkan dengan bantuan beberapa orang nurse.
" Doktor... Ke... Kenapa kaki sa... Saya.... " wajah Doktor itu terus bertukar gusar. Mungkin hatinya berbelah bahagi untuk memberitahu tentang perkara yang sebenarnya kepada gadis itu.
" Jawaplah! Kenapa dengan kaki saya? " suara Eishal naik seoktaf. Dadanya turun naik menahan amarah..
" Cik, maafkan kami. Selepas selesai operation tempoh hari Cik disahkan lumpuh " Eishal terpana.
Tak... Tak mungkin....
" Jangan main main dengan aku lah! Aku tak cacatkan? Aku masih boleh berjalan kan? Tell me this is not true! " jerit Eishal separuh gila. Doktor itu memandang sepi ke arah Eishal. Perlahan lahan kepalanya digelengkan.
" Maaf cik, ini bukan mimpi. Cik memang dah disahkan lumpuh " Eishal tersandar lemah. Selimut yang menutupi kakinya diselak.
Tiba tiba terdengar esakkan halus daripada Eishal. Elham masuk dan menghampiri adiknya.
" Eishal – " belum sempat Elham bersuara Eishal memintas percakapan nya terlebih dahulu.
" Jangan dekat! Pergi! Aku taknak jumpa sesiapa! Keluar! " jerit Eishal bersama tangisan nya yang semakin menjadi jadi.
" Eishal, Eishal tak boleh macam ni " pujuk Elham.
" Habis kau nak aku bergelak ketawa bahagia ke bila dapat tahu yang kaki aku dah tak dapat berfungsi? " Elham terdiam. Ditarik tubuh kecil itu ke dalam dakapan.
" lepaslah! Pergi! Aku taknak jumpa sesiapa...." rintihnya.
" Sabar sayang, abang ada... Abang janji abang akan jaga Eishal. Abang janji abang tak kan biarkan sesiapa sakitkan Eishal lagi " dahi gadis itu dicium sayang.
Eishal menangis didalam dakapan lelaki itu.
Aku dah cacat, Rayden... Mana kau pergi bila aku perlukan kau? I need you....
To Be Continued,
Pray for Eishal guys 😌
YOU ARE READING
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...