29 | ♡

7.9K 395 33
                                    

Seisi dewan diam dan memandang tepat ke arah pelamin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seisi dewan diam dan memandang tepat ke arah pelamin. Wajah Danielle sudah memuucat apabila melihat wajah bengis milik lelaki itu. Terus dipeluk erat lengan Rayden.

" Kau lagi " Rayden bersuara.

" Bagus lah kalau kau ingat, tak payah susah susah aku nak bagitahu " Balasnya selamba. Kaki melangkah mendekati Rayden dan Danielle.

" Aku tak nak lah malukan korang harini , tapi semua orang patut tahu tentang apa yang dah terjadi setahun yang lepas " Mendengar saja ayat lelaki itu terus Rayden tersenyum sinis.

" Kau nak kata yang sekarang ni kau dah bahagia dengan bekas aku ke apa? Perempuan murah tu memang layak untuk lelaki macam kau " Rayden senyum senget. Dahi Danielle pula sudah dibanjiri dengan peluh keringat.

" Rayden, Rayden... Aku tak tahu la kau ni bodoh ke apa. Senang betul kau percaya cakap perempuan fake ni bulat bulat tanpa usul periksa kan? "

" Daim! " jerit Danielle tiba tiba dan menjegilkan matanya ke arah Daim yang sudah tersenyum sambil berpeluk tubuh.

" Sorry Dani ,but you're to much , Eishal tak salah. Tapi kau " Danielle kemam bibir.

" Sayang , you tengok lah lelaki ni! Boleh pula dia tuduh i yang buruk burukkan Eishal. Rayden you sendiri nampak Eishal dengan dia berpeluk kan? " hasut Danielle.

" Apa yang kau nak sebenarnya? Bukan ke kau patut berbahagia dengan perempuan tu sekarang? But kenapa kau ada dekat sini? Nak rosakkan majlis aku? Atau perempuan tu yang suruh? " balas Rayden geram.

" terpulang, cuma aku nak kau tahu perempuan yang berdiri dekat sebelah kau tu ... " Daim medekati Rayden lalu membisikkan sesuatu ke telinganya

“ Aku dah rasmikan dulu ”

Mata Rayden merah menyala memandang ke arah Daim yang sudah pun berlalu pergi meninggalkan mereka terpaku di situ.

" Dani , kalau aku tak bahagia kau pun tak layak untuk bahagia " gumam lelaki itu perlahan dan berjalan menuju ke keretanya.

Danielle mengejar langkah Daim pantas dan meninggalkan Rayden dan yang lain terpinga pinga. Apa yang sedang berlaku? Drama akasia apa pulak ni?

" Daim! Stop! " baju kemeja Daim ditarik kasar oleh Danielle. Nafasnya turun naik menahan amarah. Matanya yang sudah merah itu memandang tepat ke dalam anak mata lelaki yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis itu.

" Kau buat apa ni hah gila! Bodoh! Kau memang nak malukan aku ke? Kalau Rayden percaya kata kata kau dan jauhkan diri dari aku. Aku akan pastikan kau terima akibat dia " Danielle ketap gigi.

Daim hanya beriak selamba.

" Oh takutnya "

Pintu Kereta Range Rover berwarna hitam itu di buka. Namun pantas ditutup semula oleh Danielle yang masih tidak berpuas hati dengan kelakuannya.

" Aku boleh buat apa yang aku nak, kau jangan cabar aku Danielle. Ini bukan perjanjian kita. Kau tak layak untuk bahagia. Ingat tu " tangan Danielle ditepis kasar lalu ditolak ke tepi.

Daim masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju keluar dari kawasan hotel tersebut. Wartawan sudah mula berkerumun di hadapan hall. Danielle mendengus geram.

x-X-x

" Apa lagi yang kamu dan isteri kamu nak buat lepas ni? Tak puas malukan papa dengan mama pasal kes khalwat haritu ,kalini apa pula! " Tengking Engku Rafael. Wajah tua itu merah padam akibat menahan rasa marahnya.

" Please Rayden, stop malukan keluarga. Kamu tahu tak sebab perbuatan kamu nama papa dah tercalar! Tak cukup ke kamu dah malukan papa depan Hilman. Now what! Nak bagi satu Malaysia pandang serong Dekat kita? " Rayden menundukkan wajahnya memandang ke lantai.

" Kau dengan bini kau sama je, dua dua sampah " sindir Ratna pedas. Tak betah dia berlama di situ. Panas melihat muka Rayden yang seolah olah manusia yang tidak bersalah di dalam hal tersebut. Ikut hati dah lama dia bagi penampar, namun ditahan .

" Papa dah cukup bersabar dengan kamu Ayden. Papa dah tak sanggup lagi. Mulai sekarang, papa dah tak mahu ambil tahu urusan kamu lagi " Engku Rafael melangkah pergi meninggalkan mereka.

Rayden terkedu.

" Ma... " Rayden memaut lengan Engku Ruhaila namun pantas ditepis oleh wanita itu.

" Ingat Rayden, selagi kamu tak bawa Eishal balik, jangan berani kamu tunjuk muka kamu depan mama " Engku Ruhaila mengekori langkah suaminya.

Rayden mengeluh. Apa salah aku?

" benda ni semua berpunca daripada kebodohan kau. Pandai buat, pandai tanggung " Ratna menjeling sekilas ke arah Rayden dan meninggalkannya sendirian di ruang tamu.

Bagus, memang aku je yang jahat macam setan dalam rumah ni....








To Be Continued

Vote & comment ♥

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now