15 | Raya edition 1 ♡

9.7K 461 3
                                    

Rayden melangkah masuk ke dalam rumahnya dan terus mencari kelibat Eishal di seluruh tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayden melangkah masuk ke dalam rumahnya dan terus mencari kelibat Eishal di seluruh tempat . Mata terarah pada seorang gadis yang sedang duduk merenung ke arah makanan yang terhidang di atas meja makan.

" Eishal? " bahu gadis itu terhinjut. Eishal yang tersentak itu menoleh lalu tersenyum segaris ke arah Rayden.

" Eh abang... " Rayden terkedu. Apa dia salah dengar ke tadi?

" Ei... Eishal sebut apa tadi? " soal Rayden menginginkan kepastian. Eishal tersenyum comel.

" Eishal panggil abang, abang la. Kenapa? Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak ap– " segera percakapan gadis itu dipintas.

" No, Please jangan ubah. Abang suka dengar sayang panggil macam tu. Tapi kenapa tiba tiba ni? Haritu bukan main tak suka lagi? " Rayden menduga.

" Umi kata walau tak suka atau terpaksa macam mana sekalipun kita kena terima seseorang yang bergelar suami tu, Eishal kena cuba untuk buka hati dan terima abang seadanya sebab abang dah jadi syurga Eishal... Dan Eishal tak nak jadi isteri yang derhaka " Rayden diam. Dibelek pula kepala Eishal yang dibaluti dengan sehelai selendang berwarna cream itu.

" Yang ni? " soal Rayden lagi sambil mengangkat hujung selendangnya.

" Ouh pasal ni? Emm sebenarnya Eishal dah lama nak berhijrah tapi tak tahu nak mula dari mana. Lagipun Eishal rasa kesian dekat ayah sebab selama ni kena tanggung dosa sebab Eishal, jadi Eishal nak berubah. Eishal harap Eishal dapat tebus balik dosa dosa yang lama " Rayden mengukir senyuman manis buatnya. Hanya Eishal yang mampu membuatkan dirinya tersenyum tanpa diduga.

" Alhamdulillah lah kalau macam tu, lega abang dengar " gumamnya.

" Em abang, Eishal ada benda nak bincang sikit " kata gadis itu lalu menghampiri Rayden yang sedang landing di atas sofa ruang tamu bersama segelas milo ais.

" Pasal lelaki semalam " Rayden berhenti bergerak.

" Shal harap abang tak salah faham dan anggap yang Shal ni tipu abang. Dia tu bukan sesiapa pada Eishal jauh sekali nak jatuh hati pada dia . Lagipun Suami Shal ada sorang je, iaitu abang. " beritahu Eishal panjang lebar.

Rayden dah sorok senyum sampai ke telinga. Bahagia tak terkata. Dari awal Pertemuan mereka, Rayden sudah tertarik dan jatuh padanya. Eishal Rose is the one who can make him happy.

" Eishal mintak maaf kalau Eishal ada buat salah " pada luaran saja gadis itu tampak seperti ganas, kasar dan lasak. Namun siapa tahu jauh di sudut hatinya dia lah orang yang paling manja dan lembut.

" Abang maafkan "








Ramadan Day-15 ,

Tangan Eishal digengam erat. Mereka melangkah masuk ke dalam bazaar yang menjual pelbagai jenis makanan yang kelihatan sangat menyelerakan.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now