Eishal kaku di tempatnya seketika , mata memandang hairan ke arah Rayden yang sedang berpeluk tubuh sambil bercakap dengan seorang lelaki. Tak lama kemudian mereka berhenti berbual dan berjalan menuju ke arahnya.
" Kita buat apa dekat sini? " soal Eishal kehairanan. Kedua lelaki itu memandangnya dan tersenyum segaris . Pelik!
" Hakim meet my lovely wife, Eishal Rose " Eishal mengangkat tangannya ke arah Hakim yang bermaksud 'hi.
" So Puan- " belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya Eishal terlebih dahulu menyampuk.
" Please Hakim just call me Eishal, tak payah nak berpuan sangat " Eishal tersenyum kekok. Kekok lagi rasanya apabila dipanggil puan. Hakim mengangguk.
" Jadi, Eishal ada berkenan mana mana kereta dekat kedai ni? " kening Eishal terjungkit lalu memandang ke arah Rayden. Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba bawa pergi kedai kereta.
" Sayang menung apa tu? Pilih la cepat " sampuk Rayden yang sentiasa berada di sisi gadis itu. Dia suruh pilih macam pilih baju 😌
" Oo... Okey " kaki mula berjalan dari satu ke satu tempat. Diperhati dan dibelek setiap kereta dengan penuh teliti. Rayden dan hakim hanya memerhatikan tingkahnya.
" So macam mana? Ada yang berkenan? " soal Hakim apabila melihat Eishal menggaru kepalanya.
" Emm awak saya tak tahu, apa kata awak dengan Hakim je yang pilih " Rayden tertawa kecil lalu menggosok perlahan kepala Eishal. Gadis itu mencebik apabila rambutnya diserabaikan.
" Sure , come aku bawa korang tengok our latest model . Baik punya! " Ujar Hakim teruja. Eishal yang baru saja hendak melangkah tiba tiba terhenti apabila matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang.
" Eh Eishal? Hi! " sapanya mesra.
Eishal tersenyum kekok dan membalas sapaan lelaki itu " Err hi Daim " lelaki itu mendekati Eishal.
" Datang survey kereta ke? Jom saya bawa awak jalan-jalan tengok model-model baru kereta dekat sini " pelawanya bersama senyuman yang tak lekang di bibir.
" Kau kerja sini? " Kepala diangguk laju.
" Jom la pergi sana , lagipun saya ada benda sikit nak bagitahu awak " Eishal garu kepala, ah sudah apa pula yang lelaki itu mahukan.
" No, i can't. Kalau nak cakap, cakap sekarang . Dekat sini " Suara Eishal bertukar keras. Buatnya Rayden nampak yang dia dan Daim berduaan tak ke mengamuk dia nanti?
Daim melepaskan nafas berat setelah beberapa minit mendiamkan diri. " Eishal Rose, please mary me " Eishal terpana. Gila!
" Sayang? " Bahu gadis itu terhinjut. Perlahan-lahan kepala ditolehkan. Liur diteguk kesat. Rayden menghampiri mereka.
" Eishal siapa lelaki ni? " soal Daim tak puas hati.
" Aku yang patut tanya who are you, and why are you flirting with my wife " Daim tersentak. Mata memandang ke arah Eishal yang dipeluk erat oleh lelaki yang mengaku bahawa Eishal itu adalah isterinya.
YOU ARE READING
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...