35 | ♡

9K 400 22
                                    

SEPANJANG seminggu Bercuti, aktiviti yang Eishal lakukan untuk mengisi kekosongannya hanyalah pergi ke hospital dan menjalani rawatan untuk memulihkan semula kakinya.

Sudah seminggu juga Kasyaf menjadi bodyguard tak berbayar kepada Eishal.  Kemana saja gadis itu pergi dia tetap berada di sisi Eishal.

" Macam mana treatment harini? " Soal Kasyaf yang sedang memandu.

" Em ada lah improvement sikit " Balas Eishal dan memandang ke arah Kasyaf lama.

" So kalau awak nak sihat kena lah rajin buat treatment. Saya tahu awak boleh " Kasyaf kenyitkan sebelah matanya ke arah Eishal sambil tersenyum menggoda.

" Kita nak pergi mana ni? Ini bukan jalan balik rumah " Tanya Eishal apabila melihat jalan yang mereka lalui bukan jalan yang selalu mereka gunakan .

" Harini saya nak bawak awak amik angin dekat taman, asyik terperap je dalam rumah dapat apa? "

" tidur "

" patut lah gemuk " Kasyaf tersengeh.

" Apa? Hey, mana ada gemuk! Suka hati awak je " bahu lelaki itu dicubit cubit. Kasyaf mengaduh sakit.

" Gurau gurau! Ampun tuan puteri! " Eishal simpul senyum. Sedikit sebanyak, Kasyaf telah membuatkan hatinya berdetak hebat. Adakah dia akan berjaya menakluki hatinya?

Sampai sahaja di taman, Kasyaf turun dari kereta dan mengeluarkan kerusi roda lalu ditolak ke arah pintu sebelah penumpang. Tubuh kecil itu dicempung lalu diletakkan di atas kerusi roda tersebut.

Mereka beriringan ke arah sebuah foodtruck yang berada tidak jauh dari tempat letak kereta.

" Awak tunggu dekat sini, saya pergi beli air sekejap " Eishal menganggukkan kepalanya perlahan dan memerhatikan langkah Kasyaf yang semakin menjauhi nya.

Keluhan berat dilepaskan.

" Aku nampak betapa gigihnya dia, aku juga nampak betapa ikhlasnya dia. Tapi kenapa hati? Kenapa susah sangat untuk kau terima Kasyaf? Apa cinta aku masih untuk dia? " Eishal menggeleng lemah.

Wajah diangkat dan memandang ke arah Kasyaf yang berjalan menuju ke arahnya bersama senyuman yang mampu membuatkan hati mana mana gadis tergugat.

" Here you go " secawan Teh ais cincau itu dihulurkan lalu Eishal menyambutnya.

" So macam mana? Otak rasa segarkan? Itu lah saya cakap, awak kena rajin keluar rumah dan hirup udara segar, bukan udara dari air-conditioner " perlinya.

Eishal mencebik. Dia pun tak hingin berkurung dalam bilik sepanjang hari. Cuma dia tidak mahu menyusahkan keluarganya .

" Eishal , saya ada soalan nak tanya " Eishal hanya memandang sepi ke arah lelaki itu.

" Dah hampir sebulan saya jadi tunang awak. Sekarang saya nak awak jujur... " tergantung. Eishal menahan debar menunggu Kasyaf menyambung ayatnya.

" Awak masih tak boleh nak terima saya kan? " dum! Mati kau Eishal. Kau nak jawap apa ni? Muka Kasyaf yang seakan akan mendung itu diperhati lama.

" be honest " tambahnya.

Eishal mengeluh berat buat sekian kalinya. Perlukah dia jujur? Tapi dia tidak mahu melukakan hati Kasyaf.

" Saya... "

" Mama! " kedua mereka tersentak dan menoleh ke belakang. Eishal kemam bibir. Kenapa pada waktu ini mereka harus muncul.

Eishal melihat perubahan riak pada wajah Kasyaf. Senyuman lelaki itu kian memudar apabila mendengar si kecil itu memanggil dirinya ‘ mama ’ .

" Ash buat apa dekat sini " kepala sikecil itu diusap perlahan.

" eman papa jog (teman papa jog) " Eishal menganggukkan kepalanya.

Tak lama kemudian Rayden tiba di kawasan itu . Badannya sudah lencun dengan peluh ditambah pula dengan rambutnya yang basah membuatkan Rayden nampak sangat seksi.

" Ash , berapa kali papa dah pesan jangan main jauh jauh " lelaki itu bersuara. Eishal menahan debar didalam hati.

Sudah lama dia ingin mendengar suara serak basah milik Rayden. Dia rindu akan suara itu. Dia rindu akan panahan mata lelaki itu. Dia rindukan Rayden.

" Ehem! " Kasyaf berdehem.

" Oh , kenalkan Kasyaf Umayr saya punya– "  belum sempat Eishal menghabiskan ayatnya Kasyaf terlebih dahulu memintas.

" Fiance "

Rayden tersentak namun pantas dia mengawal riak wajahnya lalu mulutnya membentuk huruf 'O dan mereka berdua bersalaman.

" Rayden "

Eishal yang dapat menghidu akan ketegangan dan api cemburu Kasyaf segera bersuara.

" Okeylah, kami balik dulu. Jom Kasyaf " lengan Kasyaf yang berlapik itu ditarik perlahan.

" Nanti kita jumpa lagi ya sayang, auntie gonna miss you " tangan Ash Arryan segera di tarik oleh Rayden apabila si kecil itu seperti mahu mengikuti Eishal.

" Can we go now? " Eishal menganggukkan dan pergi bersama Kasyaf meninggalkan Rayden di tempat itu sendiri.
























SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah  Kasyaf hanya mendiamkan diri. Rahang lelaki itu bergerak gerak. Marah ke?

Kereta yang dipandu oleh Kasyaf dipakir dihadapan pagar rumah. Lelaki itu keluar tanpa bersuara, tahu tahu pintu sebelah penumpang yang diduduki oleh Eishal sudah terbuka.

" Saya nak kena cepat, ada hal. Saya hantar awak sampai sini je " Akhirnya dia bersuara.

Eishal?

Entah, dia seolah olah berasa seperti berjauh hati dengan lelaki itu. Selalu Kasyaf hantar sampai dalam. Tapi kenapa hari ini tidak? Marahkah lelaki itu padanya?

" Awak marah saya ke Kasyaf? " Soalan Eishal hanya dibiarkan sepi.

" Kenapa awak tiba tiba macam ni? " suara Eishal bergetar.

" Saya tak marah, cuma terkilan. Sorry Eishal saya betul betul dah lambat. Assalamualaikum " Kasyaf masuk ke dalam kereta dan memecut laju pergi dari kawasan perumahan itu.




SIANG berganti malam, Eishal merenung telefonnya menunggu massage daripada Kasyaf. Daripada petang sehinggalah ke pukul 10 malam, satu massage pun tidak dia terima.

" mana awak ni Kasyaf? "

Eishal meraup wajahnya perlahan. Kenapa hati aku rasa macam ni?  Kenapa sakit sangat hati ni bila dia tak massage aku macam selalu. Dia nak jauhi aku ke?

Tanpa dia sedar, setitik demi setitik mutiara jernih mengalir di pipinya . Mengapa semua orang mahu meninggalkan dirinya?

" Eishal? " Panggil Amysha . Pintu bilik diketuk beberapa kali namun dibiarkan sepi.

Eishal menatap skrin telefon nya , gambar Kasyaf diusap perlahan. Aku dah cintakan dia ke? Tapi tak akan secepat ini?

Kasyaf ❤ online,

Eishal terus bangun dari perbaringannya dan terus menaip laju.

+ Assalamualaikum
+ mana awak pergi?
+ kenapa tak msj saya?
 
Seen. 10 minit Eishal menunggu lelaki itu membalas message nya, namun tiada juga balasan dari Kasyaf.

Last seen 10.45 pm

Kecewa!

Eishal menaip sesuatu dan dihantar kepada Kasyaf sebelum dia melelapkan matanya.

+ Please don't leave me ..















To Be Continued,

Tak puas seksa Eishal 😂 kita seksa dia sikit lagi ya semua hahahahah.


3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now