Eishal bermain main dengan brocoli yang berada di dalam pinggan nya. Tadi lapar bukan main, bila nak makan duduk pulak berhadapan dengan Rayden terus melayang seleranya." Emm Shal aku nak pergi toilet kejap tau " Eishal menganggukkan kepalanya perlahan. Alana berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di meja makan.
" I think you are good and ready enough to be my wife " menyembur nasi yang ada dalam mulut Eishal ke muka Rayden.
" Siapa nak kahwin dengan kau? Malangnya nasib isteri kau tu ish ish " Rayden ketawa sinis.
" It's you, my unlucky wife to be Eishal Rose Hilman " Eishal rasa seperti nafasnya tersekat dikerongkong. Dahi ditepuk perlahan.
' Stupid Eishal! ' Eishal mengutuk dirinya dalam hati.
" Esok kita keluar " Eishal angkat kening dan memandang ke arah Rayden .
" Pekak ke? Saya cakap esok kita keluar. Pukul 10 sharp. Lambat saya robohkan pintu bilik awak " ugutnya. Woah berani mati punya ugutan dia bagi.
" Assalamualaikum! " kedua mereka tersentak.
" Kak Shal kau- Astgahfirullahalazim kau buat apa ni? Kenapa korang boleh berdua dalam rumah ni? Ibu dengan ayah mana? Apa nak jadi dengan kau ni kak? " bebel lelaki itu panjang lebar.
Rayden tercengang.
" Eh Eimar? Bila sampai? " sapa Alana. Lelaki itu kemam bibirnya. Lambat lambat dia tersengeh.
" Boleh tak periksa dulu sebelum nak menuduh? Kau ingat aku ni teruk sangat ke? " Lelaki yang bernama Eimar itu memandang ke lantai. Tak berani nak bertentang mata dengan Eishal.
" Alaaa Shal relax la, lagipun bukan salah dia. Siapa je tak salah sangka bila tengok kau dengan Rayden berdua dalam rumah? " Alana membela Eimar.
" Masalahnya kita bertiga "
" Okey stop, now tak ada siapa yang salah. It's just a misunderstanding " celah Rayden, kononnya nak jadi penyelamat keadaan. Masing masing hanya diam membisu.
" By the way, I'm Rayden " Rayden menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Eimar. Dan huluran tersebut disambut tanpa ragu oleh Eimar.
" Eimar Rizqi "
" Oh , for your information Eimar ni twins Eiman " muka Rayden macam ' Ooo twins apabila mendengar penjelasan dari Alana.
" And Eimar this is your brother in law " beritahu Alana beria. Eishal bangun dan berlalu ke dapur. Malas nak menghadap mereka bertiga.
" So the chances untuk kita nak dapat twins are 80 percent. Sounds great " usik Rayden dan menghampiri Eishal yang berada di hadapan singki. Eishal menjeling lelaki disebelahnya.
YOU ARE READING
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔
Romance[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sama macam perempuan di luar sana . " kau boleh cari orang lain, sebab aku tak minat nak kahwin dengan...