19 | ♡

8.2K 405 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Skrin telefon ditenung lama. Perlahan lahan Eishal melepaskan keluhan kecil. Gadis itu bangun dari duduknya dan bermundar mandir di ruang tamu. Jam dikerling sekilas.

Jarum menunjukkan lagi lima minit untuk ke pukul dua belas. Namun batang hidung Rayden masih tidak kelihatan. Sudah lima hari Rayden tidak pulang ke rumah. Ke mana lelaki itu pergi?

Eishal mencapai telefonnya lalu menghantar pesanan ringkas kepada seseorang.

Ting!

Harraz

— dia dah balik pukul sepuluh tadi.
Takkan tak sampak rumah lagi??

Eishal kemam bibir . Apalagi yang harus dia hadapi? Keluhan demi keluhan dilepaskan . Penat, sakit dan perit.

Tak lama kemudian bunyi deruman enjin kereta Rayden mula kedengaran memasuki ke dalam perkerangan rumah. Eishal dengan terujanya berlari ke arah pintu utama dan membukanya.

Terus senyum yang mekar dibibir tadi mati.

" Aa... Abang? " lelaki itu hanya memandang sepi ke arahnya pintu sebelah penumpang dibuka. Seorang perempuan yang cukup Eishal kenali keluar dari perut kereta lalu memeluk erat lengan Rayden.

" Sayang you cakap maid you tak tinggal sini? Ni siapa? " Eishal terkedu . Maid? Wajah beersahaja Rayden dipandang meminta penjelasan.

" Ouh mak Esah memang tak tinggal sini, perempuan ni maid baru i, don't worry Danielle dia tak akan ganggu kita " Balas Rayden dan berlalu masuk ke dalam rumah. Danielle tersenyum senget , bahu Eishal dirempuh kasar .

" Oh dear, maid you masakkan untuk kita la sayang... You tak nak rasa? " tudung salji dicampak ke sisi meja .

" Kalau you nak makan, makanlah. I tak ada selera nak makan masakan perempuan ni . I nak naik mandi " Rayden naik ke tingkat atas dan meninggalkan mereka berdua di bawah.

" Kau buat apa dengan laki aku? Kau bomohkan dia eh! Kau ni kurang ajarkan! " amuk Eishal geram apabila melihat Danielle masih dengan senyuman sinisnya.

" Kau kena terima kenyataan Eishal yang Rayden masih sayangkan aku, dia tak pernah suka pun dekat kau. Buktinya... Kau tengoklah sendiri. Dia cari aku balik, dia merayu pada aku supaya jangan tinggalkan dia lagi " Balas Danielle meleret. Eishal ketap gigi.

" by the way, we are getting married at the end of this year.  Terkejutkan? I know right. Aku pun terkejut jugak, tiba tiba je dia ajak aku kahwin dengan dia "Eishal meraup perlahan wajahnya .

" And I will make sure yang Rayden akan ceraikan kau sebab aku tak suka nak Berkongsi orang yang aku sayang dengan orang lain " Danielle ketawa fake.

" Habis kau ingat aku suka ke share suami aku dengan perempuan desperate macam kau? Hey!  Dekat luar sana ada ramai lagi lelaki. Kenapa kau sebok terkejar-kejarkan suami orang! " tengking Eishal. Tahap kesabaran nya kian menipis apabila melihat Danielle hanya tersenyum sinis.

" Kau sedar tak kau yang rampas tunang orang?  Aku yang sepatutnya kahwin dengan Rayden ,not you! " jerit Danielle lantang .

" Hubungan kau dengan Rayden dah lama mati! Kau dengan dia dah tak ada apa apa. Dia yang beria nak kahwin dengan aku, dan kau patut terima kenyataan yang dia pilih aku bukan kau! " bahu Danielle ditolak perlahan.

" Kau kan! Erghhhh — " pinggan yang berisi lauk masak lemak cili api itu Danielle campak ke lantai .

Prangg! 

" What the hell is going on here! " jerit satu suara lantang. Danielle berpura-pura jatuh dan rebah di lantai apabila Rayden tiba di dapur.

" Eishal kau buat apa dekat dia! " jerkah Rayden lalu menerpa ke arah Danielle. Tubuh itu terus dicempung .

" Kalau jadi apa-apa pada Danielle aku tak akan maafkan kau! " dingin saja lelaki itu bersuara sebelum kakinya melangkah pergi.

Eishal terduduk di lantai dapur. Kaki yang tertusuk dengan kaca yang pecah tadi cuba dicabut perlahan-lahan. Pelik orang lain yang kena, tapi orang lain yang pengsan. Dasar dramaqueen.

————

" Kau okey ke tak ni Shal? " soal Alana sambil memimpin Eishal berjalan menuju ke kerusi yang berdekatan.

" Aku okey je lah, setakat 5 jahitan apalah sangat , Eishal Rose kan sado " terus tangan gadis itu dicubit-cubit.

" Eishal aku tanya elok-elok ni, jawap betul-betul lah, aku kasi penampar free kang " marah Alana.

Eishal melepaskan keluhan berat lalu tersenyum pahit. Mata mula berkaca kaca. Tubuh Alana dipeluk erat. " Aku tak kuat "

" Apa yang dia dah buat dekat kau? " soal Alana bengang. Jarang dia dapat melihat Eishal menangis kerana seorang lelaki.

" Lana kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia buat aku macam sampah? Kenapa dia buat macam ni bila hati aku dah mula sukakan dia? Kenapa lana? Kenapa! " tangis gadis itu. Bahu Eishal dipeluk erat.

" Kau cuba lah slow talk dengan dia " bicara Alana apabila tangisan Eishal sudah sedikit reda.

" Lana, dia pandang muka aku pun tak nak apatah lagi bercakap. Kalau jumpa cepat cepat dia lari, bagitahu aku macam mana aku nak slow talk dengan dia? " adunya. Air mata dikesat apabila perasan ada beberapa yang memandang hairan ke arah mereka.

" Dah tu?  Kau nak aku pergi tumbuk muka Rayden? Ke muka perempuan sundal tu? Dah lama aku tunggu saat saat macam ni " gurau Alana. Eishal tersenyum kelat.

" Tak apa lah, biar aku settle sendiri. Nanti apa pula Rayden cakap kalau aku libatkan kau dalam masalah kitaorang " Alana mengangguk perlahan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now