21 | ♡

8.5K 416 57
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


—: thanks for the comments di chapter 20 srs korang ni comella 😂❤






" Kau buat apa dekat sini hah perempuan! Mana kakak aku! Apa yang kau dah buat dengan abang aku! " amuk Rafanda. Laju saja gadis itu ingin menampar wajah tak bersalah Danielle namun dihalang oleh Eimar.

Danielle tergelak.

" Entah " balasnya sepatah. Eimar dan Eiman tahan sabar melihat kegedikannya.

" Mana Abang aku? Aku nak jumpa abang aku. Aku tahu kau mesti dah buat sesuatu pada dia! " tengking Rafanda lagi.

" Kalau korang nak tahu, semalam Rayden dah halau Eishal. Hahaha padan muka dia, tu la siapa suruh pergi menjalang dengan jantan lain " Beritahu Danielle sambil membelek belek kukunya.

Laju Eiman menerpa ke arah Danielle , lengan perempuan itu dicengkam kasar wajahnya mula membengis dan memandang tepat ke dalam mata Danielle.

" Kakak aku bukan perempuan murah macam kau, aku kenal dia. Dia bukan perempuan yang sebarang " kata Eiman dingin. Danielle tersenyum sinis.

" Memang kau kenal kakak kau, tapi kau tak kenal abang ipar kau. Kau tak kenal Rayden macam mana. Tch, adik dia sendiri pun tak kenal macam mana perangai abang dia apatah lagi kau berdua? " Rafanda ketap gigi. Ikut hati mahu saja dia menampar muka Danielle dengan tahap kelajuan maksima namun ditahan.

" Eiman kau buat apa ni! " jerit satu suara lantang . Mereka semua menoleh ke arah pintu.

" Sayang! " jerit Danielle dan berlari ke arah Rayden yang berdiri kaku di hadapan pintu.

" Sayang lelaki tu tampar i " Danielle memegang pipi kirinya. Eiman tercengang. Penumbuk dikepal. Muka lelaki itu merah menahan marah.

" Kenapa kau tampar dia? " soal Rayden bengang.

Eiman tersenyum sinis.

" Bagitahu aku, apa yang kau dah buat dengan kakak aku! Kau halau dia? Eh kau ingat dia tu maid kau ke sesuka hati kau nak halau dia pergi? " tengking Eiman. Bahu lelaki itu dipeluk erat oleh Eimar.

Rayden tersenyum senget.

" Oh perempuan tu? Aku bukan setakat halau je, aku dah ceraikan dia. Perempuan macam tu tak layak jadi isteri aku. Jijik "

Bush!

Rayden memegang bibirnya yang terasa kebas. Dada Eimar turun naik menahan amarah .

" Habis perempuan sebelah kau tu suci sangat ke setan! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, arghhh sial! " amuk Eimar.

" Abang! Abang ni dah kenapa? Abang sedar tak apa yang abang dah buat ni? Abang jahat, abang tak guna! Abang bodoh! " tangan Eimar dan Eiman ditarik ke kereta dan meninggalkan mereka berdua.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now