03 | ♡

12.8K 726 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" So macam mana ? Kau dapat ke kerja tu? " Eishal menggelengkan kepalanya perlahan lalu menyuapkan red velvet ke dalam mulutnya .

" Tak, aku tak pergi pun " balas gadis itu selamba. Tiada riak sedih mahu pun kecewa kerana sampai sekarang dia tak dapat kerja. Malah gadis itu lebih ceria dan gembira.

Hairan.

" stop staring at me like that! Aku accident semalam, kereta remuk, rosak, jadi aku terpaksa patah balik rumah " mata sahabatnya membutang luas.

" Seriously? Siapa langgar kawan baik aku ni! Nak kena debik agaknya " lengan baju disingsing lalu gadis itu bercekak pinggang.

" Alana Amanda! Tak malu ke orang tengok " marah Eishal apabila kelakuan Alana diperhatikan oleh beberapa pasang mata manusia di cafe tersebut.

"Sorry sorry, terover pula "

" Tahu pun - " belum sempat Eishal ingin menghabiskan ayatnya tiba-tiba seorang lelaki asing menyelit.

" We-need-to-talk! " arah suara yang penuh dengan authority itu keras. Namun Eishal hanya memandang tajam ke arah lelaki tersebut.

" Tak ada adab ke? Dah lah semalam langgar orang lepastu harini gangu privasi saya pula, awak ni stalker ke? Rimas tahu tak! " amuk Eishal geram. Pantas tangan Eishal digengam erat oleh Alana .

" Shal , kau tahu tak kau tengah cakap dengan siapa tu! " Alana dijeling sekilas.

" I don't care lah siapa pun mamat ni , and you! Apa lagi yang awak nak? Dengar sini, saya tak nak awak kacau saya lagi. Kalau tak saya lapor pada polis yang awak ni pervert! Mengganggu privasi orang! " Suara Eishal naik seoktaf.

Boleh kata satu kedai makan memerhatikan mereka sambil berbisik bisik.

Lelaki itu tayang wajah tak beriaknya. Tangan yang dari tadi diseluk ke dalam poket dikeluarkan lalu menarik lengan Eishal kasar ke arah lobi.

" Eh lepas lah pervert! To- " pantas mulut Eishal ditekup oleh lelaki itu.

" Harraz kau uruskan kawan dia " arahnya sebelum pintu Range Rover itu tertutup dan meluncur laju keluar dari kawasan pusat membeli belah tersebut.

Harraz menoleh ke arah Alana yang terpinga-pinga. Baru saja lelaki itu ingin menyentuhnya pantas dia menepis.

" No need , saya akan ikut tanpa paksaan. But please explain kenapa lelaki tu tarik kawan saya masuk kereta dia? Dia tu jahat ke? Macam mana kalau Ayah Man cari Shal? " Alana mula gelabah.

Harraz mengeluh berat.

" Relax okey, kawan saya bukan perogol bersiri, dan saya jamin kawan awak akan selamat dengan dia, Now kita follow mereka " Alana menganggukkan kepalanya perlahan dan masuk ke dalam BMW 8 series milik Harraz.

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now