Jauh renungan Rania bila sayup-sayup suara arwah ibunya memenuhi ruang ingatan.
"Nia, kalau suatu hari nanti ibu pergi... Nia kena teruskan hidup. Nia kena kuat. Sudah sampai masanya Nia belajar hidup berdikari. Hidup tanpa ibu. Emmm.. "Kata-kata itu selalu ada dalam ruang ingatan Rania. Sudah lebih dua tahun ibunya pergi menyembah bumi. Rania terasa kosong dan sepi setelah pemergian ibunya. Tanpa disedari air jernih jatuh dari kelopak matanya. Gadis itu tabah menghadapi dugaan walaupun kadang hatinya meronta kerana terlalu merindui wanita yang bergelar ibu.
Sedang asyik terleka dek kerana merindui ibunya, tiba-tiba bahu Rania ditepuk lembut. Suara manis kemudian meyapa dan menghentikan lamunannya.
"Kenapa ni ? Mengelamun lagi ke ?"
"Ehh.. Takde lah. Aku cuma teringatkan arwah ibu aku."
"Kau rindu arwah ibu kau ? Nia, apa-apa pun kau kena kuat. Sejak ibu kau pergi, kau nampak lain sangat."Rania hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Danisha merupakan sahabat Rania sejak di bangku sekolah. Gadis itulah penemannya ketika suka mahupun duka. Sewaktu ibunya menghembuskan nafas terakhir, Danisha lah yang banyak menenangkan Rania. Bagi Rania, Danisha merupakan orang kedua yang paling Rania sayang selepas ibunya. Sahabat baiknya itu pula sangat memahami Rania dan sangat pandai menjaga hati Rania. Rania bersyukur kerana ditemukan dengan seorang sahabat seperti Danisha. Dengan Diploma Keusahawanan yang ada, Rania telah membuka sebuah butik pengantin dan mengambil Danisha bekerja dengannya. Sejak dari bangku sekolah lagi Rania bercita-cita ingin menjadi usahawan muda yang berjaya. Impian itu tercapai setelah Rania berjaya membuka sebuah butik pengantin.
Sedang angan Rania melayang jauh, sekali lagi dia terkejut dengan sapaan mesra dari Danisha.
"Uuiii... apa lagi ni ? Jom balik. Dah pukul 5 petang ni."
"Oh. Aku tak perasan pulak. Kau balik lah dulu. Aku ada kerja sikit nak buat."Danisha menarik nafas dan memuncungkan mulutnya bila Rania masih lagi menyibukkan diri dengan kerja.
"Hmm. Tapi kau jangan balik lewat sangat. Aku balik dulu tau. Tu haa.. Ashraff dah tunggu aku tu."
"Ok. Selamat berdating."Berderai ketawa Rania selepas mengusik sahabat baiknya. Merah padam muka Danisha bila mendengar usikan dari sahabat baiknya Rania. Maklumlah Danisha baru sahaja usai melangsungkan perkahwinannya dua bulan yang lepas. Semenjak Danisha berkahwin, Rania memberi kelonggaran kepada Danisha untuk pulang lebih awal dari kebiasaanya. Dia memahami pasangan tersebut yang baru sahaja menikah dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
![](https://img.wattpad.com/cover/150686358-288-k99427.jpg)
YOU ARE READING
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...