Bab 4

582 17 0
                                    

Kejadian di restoran siang tadi membuat Rania tersenyum sendiri. 'Masih ada juga pasangan macamtu' desisnya dalam hati. Tiba-tiba hatinya sebak bila teringatkan kejadian 2 tahun lalu yang telah banyak mengubah hidupnya. Kehilangan dua insan yang paling dia sayang merupakan tamparan hebat baginya. Bukan mudah baginya menerima kenyataan bahawa penyeri hidupnya sudah pergi buat selama-lamanya. Hatinya sekali lagi diruntun hiba apabila kekasih hati yang sangat disayangi pergi menghadap Illahi. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.
Shafiq merupakan lelaki yang pernah singgah dihati Rania. Mereka ditunangkan selepas 3 tahun menjalin hubungan cinta. Selepas 2 bulan menempuh alam pertunangan, Rania dikejutkan dengan berita menyayat hati. Meronta jiwanya apabila menerima panggilan dari pihak hospital yang mengatakan Shafiq terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Hanya Rania sahaja waris terdekat yang dapat dihubungi oleh pihak hospital bagi mengenal pasti mayat mangsa kemalangan. Lemah longlai kaki Rania melangkah menuju ke bilik mayat dan tangisannya mula menggema seluruh bilik mayat tersebut apabila wajah lelaki yang pernah berjanji akan menikahinya terbaring kaku tidak bernyawa.
"Kenapa Fiq tinggalkan Nia ???! Fiq janji akan jaga Nia. Fiq dah janji nak bina keluarga bersama dengan Nia. Mana janji Fiq ??! Kenapa Fiq mesti pergi jauh dari Nia. Fiq sama macam ibu ! Fiq mungkir janji ! "

Tanpa sengaja air mata Rania gugur juga membasahi pipi apabila teringatkan kenangan yang banyak mengubah hidupnya 2 tahun lalu.
Kenangan itu membuat Rania berubah menjadi pendiam dan cepat melenting. Rania yang dulunya periang dan suka bergurau sudah lama hilang selepas peristiwa sedih yang terjadi dalam hidupnya. Kini hanya tinggal Danisha yang menjadi tulang hidupnya untuk terus tabah menjalani kehidupan.
Lamunan Rania terhenti apabila deringan telefonnya memecah kesunyian.

'My Bff' tertera pada skrin telefonnya. 'apalah pompuan ni nak tengah-tengah malam macamni. Kacau je.' desisnya dalam hati.

"Haa.. Nak ape ?"

"Ade orang buat kecoh kat depan kedai. Pak cik guard call aku tadi cakap cermin kedai pecah. Nia, kau pergi tengok."

" What ?! tengah malam kot Nisha. Sape pulak yang buat hal ni ?!"

" Aku tak tau lh Nia. Pak cik guard cakap tadi ade pasangan kekasih bertengkar depan kedai. Mungkin ade baling barang kot and terkena cermin kedai."

" Emm.. nak kena orang ni. Esok pagi aku tengok. Nanti kau call pak cik guard tu suruh tengok-tengokkan kedai. Awal pagi esok aku settle."

Selepas panggilan telefon dimatikan, Rania menuju ke bilik tidur. Hatinya jadi sakit selepas menerima panggilan yang boleh buat dia naik angin. Lebih-lebih lagi bila membabitkan butik pengantinnya. Matanya susah nak lelap apabila teringatkan butiknya jadi mangsa pertengkaran pasangan bercinta yang tak tahu nak pilih tempat dan masa nak bertengkar. 'kenapa tak pergi gelanggang gusti je kalau nak sangat bergaduh. Huhh. Memang nak kena orang ni.'  omelnya sambil melabuhkan tubuh atas katil empuknya. Selimut ditarik sehingga paras dada sambil jarinya erat memeluk bantal peluk. Kemudian, perlahan-lahan matanya terpejam dan Rania terlena dibuai malam yang bertemankan bulan.

Bila Hatimu Ada DiaWhere stories live. Discover now